Thursday, May 15, 2014

Che Ta Dan Zain Patut Kongsi 'VIDEO' Pula Lepas Ni!


Belum pun reda isu gambar ‘mesra’ pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan atau Che Ta di atas katil baru-baru ini, muncul satu lagi gambar yang tidak kurang kontroversinya.

Che Ta Dan Zain Bercumbu

Gambar yang dimuatnaik Che Ta itu memperlihatkan kedua-duanya sedang bercumbuan di hadapan Eiffel Tower di Paris.

Tak habis lagi ke promosi percuma seks bebas pengantin baru ni. Entah bila agaknya akan berakhir.

Kejadian terbaru ini sekaligus mewujudkan dua blok di kalangan pengikutnya di akaun Instagram.

Ada yang menyokong dengan menganggap ia perkara yang halal untuk dilakukan oleh suami-isteri, manakala ada yang membantah atas alasan kemesraan suami-isteri perlu ada batasnya pada pandangan umum.

Che Ta Dan Zain Bercumbu [2]
Che Ta Dan Zain Bercumbu [3]
Che Ta Dan Zain Bercumbu [4]

Bukannya salah jika kita hendak mempamerkan kasih-sayang antara suami-isteri kepada umum.

Tetapi berpada-padalah mengikut adat, budaya dan agama kita yang cukup menekankan ciri-ciri kesopanannya.

Rasanya, kalau tak tunjuk adegan mesra pun, orang luar tahu Zain dan Che Ta memang sedang ‘mabuk’ diulit cinta.

Dan jika kedua pasangan ini merasakan perlakuan sebegini tidak salah apabila dikongsi bersama peminat dan khalayak ramai, apa kata lepas ni kongsi Video Seks Che Ta dan Zain pula, ala-ala Alvivi tu.

Bukannya korang buat zina, sah sebagai suami isteri dah pun. Sekadar untuk dikongsi bersama peminat..

Kami nantikan..:)

-Sentiasapanas.com

3 comments

  1. Salam semua..pertanyaan buat yg beranggapan dah halal nikah..biarlah.
    Apakah pendapat kamu sekiranya semua pasangan suami isteri kat Malaysia ni bercumbu pada bila2 masa di tak kira di mana saja..stesen bas,pusat beli belah,restoran dsb..?dah halalkan konon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Angkara kejahilan diri dan tiada pemahaman agama. Inilah unsur2 bagaimana menularnya seks bebas di kalangan umat Islam. Marah apabila ditegur dan enggan muhasabah diri.

      Delete
  2. Berpada2 la Cik Ta. Mameng manis kerana anda baru kawen, harap jgn over. Tunggu la dua tiga tahun lagi. Dgn umo yg jauh berbeza tu. Kene byk redha dgn mcm2 kemungkinan

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon