Thursday, April 17, 2014

Video Karpal Singh Maut Dalam Kemalangan Ngeri!


Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan Karpal Singh maut dalam kemalangan dekat Tapah awal pagi ini.

Video Karpal Singh Maut Dalam Kemalangan Ngeri!

Pembantu beliau Michael Cornandez turut meninggal dunia apabila kereta yang mereka naiki melanggar sebuah lori dalam perjalanan menuju utara di Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira jam 1 pagi tadi.

Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta dilaporkan cedera parah.

Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 1 pagi berhampiran kilometer 301.6 arah utara Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).

Gambar di kawasan kemalangan menunjukkan kereta kenderaan Karpal rosak teruk.

Seorang jurucakap polis memberitahu Malaysiakini kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Alphard tersebut merempuh lori yang menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Karpal, 74, menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terbabit dalam satu kemalangan pada 2005.

Ahli politik lantang ini mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum bertanding kerusi Parlimen pada tahun 1978.

Perkhidmatan lama beliau sebagai MP Jelutong sebelum ini serta ucapan berapi di Dewan Rakyat menyebabkan beliau digelar ‘Harimau Jelutong’.

Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam kes hasutan.

Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui laman sosial twitter.

“Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau,” tulis twit tersebut. –Malaysiakini.com



Karpal Singh Dalam Kenangan – 19 April 1940 – 17 April 2014

Karpal Singh Ram Singh

Mendiang Karpal Singh Ram Singh atau Karpal Singh (28 Jun 1940 – 17 April 2014), ialah seorang ahli politik dan peguam terkenal di negara ini.

Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan juga sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor, George Town, Pulau Pinang.

Beliau mengalami kemalangan dengan motosikal pada awal tahun 2005 menyebabkan beliau mengalami masalah neuromotor di sebelah lengan kiri dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Manakala, awal malam tadi, beliau dan rakannya Michael Cornandez beserta dengan anak Karpal, Ram Singh telah terlibat dalam kemalangan di KM301.6 Lebuhraya Utara Selatan menuju ke arah utara yang menyebabkan kematian Karpal dan Michael.

Kehidupan Awal

Karpal Singh dilahirkan di George Town, anak kepada pengawal keselamatan dan penternak separuh masa Ram Singh.

Ram telah berpindah dari India ke Pulau Pinang pada tahun 1921.

Leluhur Karpal merupakan petani dari kampung Samna Pind, berhampiran Amritsar, dalam daerah Punjab.

Beliau mendapat pendidikan awal di St. Xavier’s Institution,George Town,Pulau Pinang.

Mengikut catatan peribadinya, Karpal melawat kampung tersebut pada tahun 1963 ketika melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Singapura (1966) dan pada tahun 1974 apabila bapanya terbunuh dalam kemalangan di sana.

Beliau mula menyertai politik setelah menjadi ahli DAP pada tahun 1970. Beliau pernah menyandang jawatan Naib Pengerusi DAP dan Timbalan Pengerusi DAP.

Beliau ialah daripada etnik Punjabi dan juga sebagai seorang peguam yang handal. Beliau amat mahir dalam berhujah dan menerima jolokan sebagai “Harimau Jelutong” kerana beliau amat sukar untuk ditewaskan dalam pertandingan kerusi Parlimen Jelutong sebelum pilihanraya umum pada 1999.

Di Parlimen

Pada 7 September 2004, Karpal Singh diberi peluang sama ada meminta maaf dalam masa 3 hari dan hadapi penggantungan selama 10 hari daripada menyertai Parlimen ataupun penggantungan selama 6 bulan dengan segala kemudahan sebagai ahli parlimen ditarik balik. Beliau kemudian enggan meminta maaf dan digantung selama 6 bulan.

Pada 23 Oktober 2008, Karpal Singh digantung selama dua hari daripada menghadiri Persidangan Dewan Rakyat kerana didakwa mencabar kewibawaan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan menuduh beliau bersikap ‘tidak serius dan main-main’ selepas berlaku pertikaman lidah antara beliau dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ketika pemimpin pembangkang itu mencelah pada sesi lisan.

Pada 7 April 2010, Karpal Singh digantung 10 hari kerana mencerca ‘diktator’ terhadap Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Puncanya Speaker menolak usul Tian Chua (PKR-Batu) merujuk Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN/UMNO-Pasir Salak) ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen.

Beliau pernah dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA pada tahun 1987 dalam Operasi Lalang.

Pendirian Politik

Karpal Singh menyatakan bahawa beliau tetap tidak akan menerima pembentukan sebuah negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS meskipun sudah meminta maaf di atas kenyataannya yang menyebut ‘langkah mayat saya dulu sebelum tegak negara Islam’.

Bagaimanapun, beliau bersetuju jika PAS terus memperjuangkan Islam sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama rasmi manakala kebebasan agama lain dihormati.

Karpal Singh turut menafikan bahawa pimpinan atasan DAP juga menerima penjelasan berhubung perkara larangan isu kalimah Allah, sebaliknya beliau menyatakan kecewa dengan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkahwin dengan Gurmit Kaur dan dikurniakan lima anak. Salah seorang anaknya,Gobind Singh Deo merupakan Ahli Parlimen Puchong setelah menang di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 yang lalu.

Isu Dan Kontroversi

Perogol patut dihukum mati

Pada 31 Julai 2010, Karpal Singh selaku Pengerusi DAP Kebangsaan menggesa perogol kanak-kanak dijatuhi hukuman mati.

Sekarang, Seksyen 376 (2) (e), Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah hanya penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.Dalam kebanyakan kes jenayah berat, beliau menjadi peguam bela.

Sumber: Wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon