Friday, April 25, 2014

UNIK! Restoran Paling Kecil Di Dunia!


Info Unik Dunia. Bagi pasangan yang ingin meraikan cinta tentulah akan mencari tempat-tempat menarik, istimewa dan lebih privasi. Di Itali, terdapat sebuah lokasi yang memberikan pengalaman indah seperti itu.

Solo-Per-Due-restaurant

Solo Per Due merupakan sebuah restoran terkecil di dunia. Di dalamnya cuma ada sebuah meja dan dua buah kerusi. Restoran ini sengaja di hiasi sebegitu rupa kerana ia hanya mahu menerima dua orang pelanggan pada satu-satu masa.

Justeru, bagi pelawat yang telah menempah awal, makan malam anda akan menjadi satu kenangan yang indah. Mana tidaknya, anda tidak perlu lagi menunggu lama untuk mendapatkan hidangan yang dipesan, apatah lagi mendengar bunyi bising yang berlebihan. Kerana pada masa itu, tiada orang lain melainkan anda berdua sahaja di restoran itu.

Menurut pemilik restoran, Remo Di Claudio, beliau sengaja membina tempat menjamu selera yang hanya memuatkan dua orang pelanggan pada satu-satu masa. Tujuannya adalah bagi memudahkan beliau dan pekerjanya memberi perhatian lebih kepada pelanggan.

Solo-Per-Due-restaurant [2]
Hanya dua pelanggan pada suatu masa.

Dengan harapan, dia dapat memenuhi apa saja permintaan pelanggan sekaligus memberi layanan terbaik buat mereka yang datang.

Memandangkan restoran tersebut memuatkan dua orang pelanggan sahaja, maka tempahan perlu dilakukan lebih awal. Setibanya anda diperkampungan Vacone nanti, anda akan disambut dengan bangunan bersejarah abad ke-19, tempat dimana lokasi Solo Per Due.

Bersebelahan bangunan itu pula terdapat runtuhan vila kuno di mana penyair Latin, Horatio dikatakan pernah tinggal di situ.

Tambah menarik, apabila melangkah masuk ke dalam restoran, anda akan merasa seolah-olah seperti berada di dalam sebuah taman. Di kelilingi dengan pelbagai koleksi pokok bunga yang di datangkan khas dari seluruh dunia.

Antaranya, bunga daripada Spesis Trachycarpus Fortunei, Trachycarpus Martianus, Phoenix Canariensis, Phoenix Reclinata, Butia Capitata, Bhaea Armata, Washingtonnia Filifera, Butia Capitata, Bhaea Armata, Washingtonnia Filifera, Sabal Mexicaca, Chamaerops Humilis dan beberapa jenis Cycas Revoluta.

Semasa cuaca panas, tetamu boleh berehat di bawah rimbunan pokok bunga dan menikmati pemandangan sekeliling. Di sini, anda juga boleh menemui Libro Dei Pensieri, sebuah buku catatan berkisar tentang kisah-kisah romantik, menyeronokkan ataupun sedih daripada tetamu dari seluruh dunia yang pernah datang ke sini.
Selepas menikmati pemandangan di sekitar restoran, pelanggan akan dipelawa ke meja makan yang telah dihiasi dengan candelier dan cahaya lilin di atasnya. Satu hiasan tradisional untuk menetapkan suasana romantis di bangunan itu seperti mana biasa dilakukan sejak abad ke-19 lagi.

Tapi, sekiranya anda belum mahu menikmati makan malam dan bercadang untuk berbual-bual dengn pasangan terlebih dahulu, anda bebas melakukannya.

Anda boleh memanggil pelayan rstoran pada bila-bila masa yang anda suka dengan hanya membunyikan loceng tngan berwarna perak.

Solo-Per-Due-restaurant [3]
Dihiasi taman yang indah.

Menu hidangan juga sudah tentulah lebih istimewa daripada biasa. Dalam menjaga kualiti, pemilik restoran sangat teliti dalam memilih bahan yang digunakan untuk masakan. Justeru, menu yang berasaskan bahan-bahan segar dan berkualiti tinggi menjadi pilihan utama pada setiap hari mengikut musim.

Bahan-bahan segar itu pula kebanyakannya daripada sumber tempatan. Ia termasuk minyak zaitun, keju, kambing biri-biri, pasta segar, pastri, roti, pelbagai jenis cendawan liar, buah-buahan, daging, gula-gula tempatan dan kek.

Bagi memastikan pengalaman makan malam yang romantis, salah satu pencuci mulut orang Itali, Tiramisu juga dihidangkan di restoran ini. Tiramisu dihiasi dengn coklat berbentuk hati. Selepas selesai menjamu selera, pelanggan akan diminta untuk menulis pandangan dan sedikit pengalaman ketika menikmati makan malam di restoran terkecil di dunia itu.

Oleh kerana segala-galanya eksklusif, baik dari segi makanan, layanan dan suasana restoran, maka harga yang ditetapkan untuk setiap seorang ialah sebanyak 250 Euro (RM1,200).
Sejak ia dibuka kepada pelawat untuk makan malam dan tengah hari, restoran kecil ini telah menerima kunjungan daripada lebih 1,500 orang pelanggan setiap tahun.

Sehingga sekarang, ciri-ciri unik sedemikian telah menjadikan restoran Solo Per Due destinasi popular bagi pelancong dari seluruh dunia.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon