Friday, April 04, 2014

Pelakon Mengaku Curang Mohon Maaf Di Laman Sosial


Pelakon China, Wen Zhang menjadi topik paling hangat diperkatakan di negaranya apabila meminta maaf secara terbuka kepada isterinya menerusi media sosial kerana curang.

Wen Zhang

Perbuatan itu dilakukan Wen Zhang selepas kisah kecurangannya heboh diperkatakan di media sosial terutama Twitter versi China, Sina Weibo.

Kecurangan Wen Zhang mendapat perhatian kerana pelakon itu selama ini dikenali dengan imej bersih dan kelihatan bahagia bersama isterinya yang juga aktres, Ma Yili dan anak tunggal mereka.

Dalam mesej meminta maaf kepada isterinya menerusi Sina Weibo, Wen Zhang yang mempunyai 52 juta pengikut mangakui keluarganya melalui kehidupan yang baik selama ini tetapi segala-galanya telah musnah disebabkan perbuatan dirinya.

Pada Rabu, mesej Wen Zhang ini telah dimuatnaik semula (retweet) lebih 1.2 juta kali dan mendapat hampir 1.9 juta komen. Rata-rata meluahkan kemarahan terhadap perbuatan Wen.

Topik ini malah menenggelamkan isu lain yang sedang hangat di negara tersebut termasuk kehilangan pesawat MH370 dan bantahan terhadap tapak petrokimia di Maoming yang mencetuskan keganasan.

Bagaimanapun topik hiburan yang mendapat perhatian meluas adalah perkara biasa di China berbanding politik dan isu semasa lain.

Hal ini kerana selain faktor hiburan sememangnya menarik minat manusia, kerajaan China mempunyai polisi untuk menyekat maklumat berkaitan isu sensitif daripada terus tersebar di negara tersebut, contohnya melibatkan isu petrokimia di Maoming yang kini maklumatnya ditahan daripada dapat diakses menerusi internet.

Miley Cyrus Jadi Subjek Kuliah Di Kolej

Miley Cyrus Jadi Subjek Kuliah Di Kolej

Sementara itu, selepas mencetuskan kekecohan serta kontroversi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Miley Cyrus bakal dijadikan sebagai subjek kuliah bagi pembelajaran Sosiologi di Kolej Skidmore.

Subjek yang dinamakan sebagai The Sociology of Miley Cyrus: Race, Class, Gender and Media itu akan diketuai oleh penolong profesor jurusan sosiologi, Carolyn Chernoff.

Menurut Carolyn, dia berminat menjadikan Miley sebagai subjek terbaru kuliahnya kerana ingin mengkaji tingkah laku Miley lebih-lebih lagi selepas gaya persembahan ‘twerk’ Miley mendapat maklum balas meluas daripada seluruh dunia.

Miley bukanlah selebriti pertama yang dijadikan sebagai subjek kuliah, sebaliknya mereka turut memperkenalkan subjek Politicizing Beyonce di Universiti Rutgers di mana mereka mengkaji kehidupan bintang muzik Beyonce dan kerjayanya dari segi kaum, jantina dan politik.

Eina Azman Nafi Rampas Tunangan Orang

Eina Azman Nafi Rampas Tunangan Orang

Tidak kurang hebatnya di Malaysia, tidak putus-putus kontroversi yang melanda pelakon Eina Azman.

Baru sahaja reda isunya berselisih faham dengan pengarah filem Indonesia, timbul pula isu baru.

Kali ini, dia dikatakan ‘mencaras’ tunangan orang menerusi sebuah portal hiburan.

Ia timbul gara-gara komen beberapa individu menerusi akaun Instagramnya yang mendakwa kekasih barunya itu masih bertunang dengan orang lain.

Bagaimanapun, menerusi Sinar Harian, Eina menafikan sekeras-kerasnya perkara itu dengan menyatakan kekasihnya sudah solo lebih setahun yang lalu.

“Dari mana pula cerita ini boleh timbul? Kekasih saya masih ‘solo’ dan kami dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing.

“Namun, sebelum ini dia pernah bertunang dan hubungan itu putus setahun setengah yang lalu.

“Kenapa pula saya dikatakan sebagai perampas sedangkan hubungan saya dengannya baharu sahaja terjalin enam bulan!,” katanya.

Eina Azman Nafi Rampas Tunangan Orang [2]

Ujarnya lagi, dia mengenali kekasihnya itu kerana jejaka itu merupakan kenalan abangnya.

“Kami sememangnya serius dalam hubungan ini, namun segalanya terserah kepada jodoh.

“Kekasih Eina non-muslim, jadi dia memerlukan tempoh untuk memeluk agama Islam sekiranya kami ingin berkahwin,” jelasnya lagi.

Jika benar apa yang dikata, bersabarlah sajalah Eina.

Seperti biasa, bila orang dah bosan bercerita, senyaplah nanti

Sumber: Mynewshub.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon