Friday, April 04, 2014

MH370: Bersekongkol Dengan Fitnah Media Barat


MH370 adalah satu kejadian tragik, memilukan hati dan traumatik selama-lamanya akan terbuku dalam sejarah penerbangan.

mh370 mystery
Rakyat Malaysia mendoakan keselamatan penumpang MH370.

Kejadian yang tidak pernah dijangka akan berlaku kerana ia belum pernah terjadi sebelum ini dalam rekod sejarah penerbangan di Malaysia mahupun antarabangsa.

Ia memang sangat menyedihkan dan menyeksa hati, penderitaan selama dua minggu dalam penantian berita serta takdir MH370.

Mengapa, bagaimana, bila dan dimana - pertanyaan-pertanyaan ini terus menjadi misteri dengan pencarian mungkin mengambil tempoh bertahun-tahun untuk dijawab atau tidak akan ada penyelesaian langsung.

Rakyat Perancis mengambil masa dua tahun untuk mengesan kedudukan kotak hitam selepas serpihan kapal ditemui.

Terdapat banyak kejadian dalam sejarah penerbangan, pesawat-pesawat hilang tanpa jejak sehingga hari ini kekal tiada penyelesaian.

Namun, kritikan memilukan hati belum pernah lagi dialami seumpamanya sebelum ini. Mengap negara Malaysia dilayan sebegitu teruk sekali oleh dunia yang 'sedar' dan terus dibelenggu persoalan seperti kita semua.

Kecenderungan manusia ialah mencari orang untuk dipersalahkan atas sebarang kesilapan dan dalam kedudukan ini memang mudah sekali menyalahkan kerajaan.

Dunia media kini memperkecil-kecilkan Malaysia. Kerajaan China beserta segala peralatan, pesawat, kapal perang berteknologi tinggi dan canggih tidak mampu merungkai misteri tetapi terlalu ghairah mengutuk Malaysia.

Pengkritik yang hanya pandai berteori terutama sekali negara Barat, menabur fitnah tanpa belas kasihan terhadap pengendalian perkara tersebut walaupun terdapat hanya sedikit pilihan untuk di teliti.

Dua puluh lima negara yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat dan semuanya memahami misi mustahil yang bakal mereka hadapi.

Semua negara ini berhimpun untuk Malaysia, selaku rakan dalam kesusahan, dimana ia sungguh menyentuh hati. Kami rakyat Malaysia menghargainya.

Kita rakyat Malaysia juga harus berdiri teguh untuk negara di kala para pemimpin memerlukan sokongan. Mengkritik, mengutuk dan mempersenda-sendakan Malaysia adalah tidak wajar.

Kejadian misteri seumpama ini yang belum pernah berlaku sebelumnya dan mungkin akan kekal tanpa penyelesaian tidak harus digunakan sebagai kesempatan meraih kepentingan politik.

Kita sepatutnya mengambil pengajaran daripada rakyat Jepun. Mereka berhimpun selepas kemusnahan Nagasaki dan Hiroshima, tanpa menyalahkan kerajaan ataupun sesiapa.

Semua negara, selaku warganegara yang patriotik, sepatutnya tidak bersekongkol dengan negara-negara luar terutamanya media-media Barat yang tidak henti-henti menabur fitnah dengan mengkritik dan memburuk-burukkan negara sendiri secara membabi-buta atas kepentingan diri dan politik.

Kita, rakyat Malaysia harus memberi sokongan kepada negara, bukannya menghukum pemimpin-pemimpin sekarang.

Apabila jawapan akhirnya ditemui, kita harus mengambil tindakan yang betul dan berjuang bersama, jika ada keperluan.

Akhir sekali, kita harus memberi sokongan kepada kerajaan, untuk meneruskan hidup dan bukannya terus membebankan mereka dengan kritikan serta tekanan.

Malaysia tidak harus hilang tumpuan demi masa depan.

OLEH: NKS Tharmaseelan

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon