Saturday, April 12, 2014

Filem-filem Lumba Kereta Terbaik


Adakah anda sedang tercari-cari filem-filem lumba kereta terbaik? Mungkin anda sudah menonton filem-filem yang terhebat tapi terlepas filem lama yang tidak kurang hebatnya. Dan kami telah menyenaraikannya dibawah.

Grand Prix (1966)
Genre: Aksi

Grand Prix (1966)

Filem ini merupakan sedutan daripada rakaman perlumbaan kereta sebenar dan kemunculan pemandu-pemandu Formula One seperti Phil Hill, Graham Hill, Juan Manuel Fangio, Jim Clark dan Bruce McLaren.

Filem ini merupakan antara 10 filem terbaik 1966 dan pernah memenangi tiga anugerah Academy Awards untuk pencapaian teknikalnya.

The French Connection (1971)
Genre: Thriller

The French Connection (1971)

Diarahkan oleh William Friendkin pada tahun 1971, filem ini bukanlah filem yang bertemakan kereta semata-mata.

Filem ini diadaptasi dan difiksyenkan oleh Ernest Tidyman daripada sebuah buku bukan fiksyen oleh Robin Moore. Ianya mengisahkan tentang dua orang detektif Jabatan Polis New York yang dinamakan 'Popeye' dan 'Cloudy' daripada kisah sebenar.

Filem ini terkenal dengan babak kejar-mengejar menggunakan kereta yang mengasyikkan.

Pada tahun 2005, filem ini terpilih untuk dipelihara sebagai khazanah negara dalam Pendaftaran Filem Nasional Amerika Syarikat oleh Library of Congress kerana "Budaya, Sejarah dan Estetik Yang Signifikan".

Two-Lane Blacktop (1971)
Genre: Road movie

Two-Lane Blacktop (1971)

Ditayangkan kepada umum pada tahun 1971, filem ini mengisahkan perjalanan dua orang lelaki yang merupakan peminat tegar kereta yang hanya dikenali sebagai The Driver dan The Mechanics, merentasi Amerika Syarikat dengan sebuah kereta 55 Chevy berwarna kelabu.

Bagaimanapun, tiada sinopsis yang boleh menggambarkan kehebatan filem ini. Dengan komposisi layar lebarnya yang mengagumkan dan gambaran kecanggihan obses lelaki Amerika, filem ini merupakan salah satu karya seni layar yang mempunyai nilai artistik yang sangat tinggi dalam sejarah filem 1970an.

Filem ini dikatakan sebagai filem jalan raya terbaik pernah dihasilkan.

LeMans (1971)
Genre: Aksi

LeMans (1971)

LeMans menggambarkan era tersebut dengan tepat kerana suntingannya diambil daripada rakaman sebenar acara perlumbaan litar lumba tahunan 24 Hours Of Le Mans.

Filem ini penuh dengan pemandangan dan bunyi kereta Porsche 917 dan Ferrari 512 dan pelbagai visual dan audio yang menarik.

Sehingga kini, babak perlumbaan dalam filem ini sukar untuk diulangi dengan realistik tanpa penggunaan teknik CGI dan kebergantungan kepada pelakon lagak ngeri.

Senna (2010)
Genre: Dokumentari

Senna (2010)

Filem ini adalah dokumentari hidup pelumba litar yang pernah menjuarai tiga kejohanan dunia Formula One, Ayrton Senna de Silva sebelum kematiannya di trek Grand Prix San Marino pada tahun 1994, pada usia 34 tahun.

Filem ini bergantung kepada arkib rakaman litar lumba dan klip video yang diberikan oleh keluarga Senna dan tidak mempunyai sebarang ulasan rasmi. Senna dikatakan sebagai salah seorang pelumba litar terbaik sepanjang zaman.

Rush (2013)
Genre: Autobiografi, Drama, Sukan

Rush (2013)

Dibintangi oleh aktor kacak Chris Hemsworth, filem ini ditayangkan pada September 2013 di Amerika Syarikat dan United Kingdom dan merupakan sebuah filem autobiografi drama sukan yang memberi fokus kepada persaingan antara pelumba kereta James Hunt dan Niki Lauda pada musim kejohanan kereta litar Formula One 1976.

Filem ini dipuji kerana mempamerkan sejarah yang tepat tentang persaingan dua pelumba kereta ini dan digarap dengan baik dengan turutan perlumbaan yang bertenaga dan lakonan mantap daripada aktor utamanya, Chris Hemsworth dan Daniel Bruhl.

Selamat menonton!

BACA INI JUGA: P1, Rekaan Pertama Kereta Elektrik Porche 116 Tahun Lalu!

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon