Thursday, March 27, 2014

Pelawak Terkenal, Ali Mamak Meninggal Dunia


Pelawak terkenal era 80an, Datuk Ali Mamak atau nama sebenarnya Osman Jantan meninggal dunia jam 4.20 pagi tadi.

Datuk Ali Mamak @ Osman Jantan Meninggal Dunia

Memetik laporan sebuah portal hiburan, Alllahyarham yang dikenali melalui sitkom ‘Santan Berlada’ meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana kanser tahap kedua.

Perkara ini juga disahkan oleh anak lelakinya, Shahrul Nizam melalui akaun Facebook (FB) peribadinya.

Alllahyarham yang merupakan anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka sudah berkecimpung dalam bidang seni selama kira-kira 25 tahun, dan telah dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.

Jenazah akan dibawa ke Hulu Langat, Selangor untuk dikebumikan sebelum Zohor. -Sinar Harian Online

Al-Fatihah.

Nurul Izzah sah mohon cerai

Nurul Izzah sah mohon cerai

Sementara itu, ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Pengesahan itu dibuat kakitangan mahkamah dekat sini namun enggan mendedahkan butiran lanjut. -Hmetro

MH370: Selebriti China Kutuk Kerajaan Malaysia

Selebriti China Kutuk Kerajaan Malaysia

Berkaitan dengan insiden kehilangan pesawat MH370 pula, kini sentimen anti Malaysia semakin berleluasa di Tanah Besar China apabila sebilangan besar penduduknya menyalahkan kerajaan Malaysia di atas tragedi yang menimpa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dilaporkan berakhir di selatan Lautan Hindi.

Semalam juga telah diadakan protes oleh ahli keluarga penumpang dari China di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di sana.

Terbaharu, menurut laporan Beijing Youth Daily, kebanyakan selebriti kelahiran China menyelar tindakan kerajaan Malaysia yang dikatakan memyembunyikan maklumat mengenai MH370 selain mempersoalkan kelembapan misi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan oleh negara.

Antaranya aktor Liu Ye mempersoalkan kenapa kerajaan lambat mengatakan pesawat itu berpatah balik menyebabkan semua operasi SAR terpaksa bertumpu di Laut China Selatan.

liu-ye
Namun, seperti yang dimaklumkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, operasi SAR sebelum ini tertumpu di Laut China Selatan berikutan penemuan beberapa objek oleh satelit China sendiri yang menyebabkan pencarian lebih tertumpu di bahagian tersebut.

Jadinya, penduduk China perlulah membuang segala kesangsian dan tiada apa yang mahu disembunyikan oleh kerajaan Malaysia berhubung insiden tersebut.

Kalau mereka kehilangan ahli keluarga tersayang, rakyat Malaysia dan 12 warganegara lain pun kehilangan orang tersayang juga.

Kita faham penderitaan yang dialami mereka, namun janganlah sampai mengambil peluang ini untuk mewujudkan sentimen Anti Malaysia.

Bukannya kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa tidak berusaha untuk mencari namun, sehingga kini penemuan positif berhubung insiden itu masih belum ditemui.

Namun tak semua selebriti di sana berfikiran seperti Liu Ye, di mana pelakon China yang mencipta nama di Hollywood, Zhang Ziyi menyifatkan tragedi yang berlaku sangat menyayat hati.

Malah mengucapkan salam takziah kepada semua ahli keluarga penumpang yang terlibat dalam insiden tersebut.

Apa-apa pun, di saat sukar ini perbanyakkan berdoa mengikut amalan agama masing-masing untuk kesejahteraan 239 nyawa yang masih belum diketahui nasibnya sehingga kini. -Mynewshub

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon