Tuesday, March 11, 2014

MH370: Pasport Palsu Langsung Tidak Di Semak!


Penggunaan pasport curi oleh dua penumpang pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia menunjukkan ketidakpekaan negara-negara di dunia ini untuk menggunakan pangkalan data Polis Antarabangsa (Interpol) dalam memeriksa seseorang individu sebelum meninggalkan sesebuah negara.

Pasport Palsu

Memetik laporan Associated Press dari media Kanada, CTV News, Setiausaha Agung Interpol, Ronald K.Noble berkata meskipun Interpol telah berkali-berkali mengingatkan mengenai kes-kes berkaitan penipuan pasport ini, masih lagi terdapat ramai orang yang mampu menaiki pesawat dan terbang beberapa kali menggunakan pasport dan dokumen pengenalan diri yang dicuri itu.

“Adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa terdapat kaitan antara pasport yang dicuri ini dengan misteri kehilangan pesawat tersebut namun yang jelas disini adalah kebimbangan mengenai individu yang mampu terbang ke mana-mana destinasi menggunakan pasport curi yang telah disenaraikan dalam pangkalan data Interpol,” kata Ronald.

Di sebalik kritikannya itu, agensi yang beribu pejabat di Lyon, Perancis itu memberitahu bahawa mereka kini sedang menyiasat dan memeriksa individu sebenar yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat Boeing 777-200 yang hilang pada Sabtu lalu, sejam selepas ianya berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.

Kecurian pasport milik seorang warga Austria dan Itali pada tahun 2012 dan tahun lalu di Thailand telah dilaporkan dan datanya telah pun berada dalam pangkalan maklumat namun, tiada pemeriksaan terhadap pasport curi itu dilakukan oleh “mana-mana negara” sebelum penerbangan tersebut.

Luigi Maraldi Stolen Passport

“Namun begitu, terdapat negara-negara yang secara sistematik menggunakan pangkalan data agensi polis itu untuk memeriksa sama ada pasport yang digunakan oleh mana-mana individu sebelum masuk atau meninggalkan sesebuah negara,”.

Dalam satu temubual bersama Associated Press pada Januari 2010, Noble pernah mengingatkan ketika itu bahawa “ancaman terbesar di dunia” ialah, separuh billion ketibaan individu dari pelbagai penerbangan dunia menggunakan dokumen perjalanan yang tidak sah atau dicuri.

Ada beberapa negara yang telah mula sedar dengan ancaman seperti ini.

“Pada tahun 2006 sahaja, pihak berkuasa Amerika Syarikat telah membuat 2,000 kali saringan individu yang tiba di negara itu menggunakan pangkalan data Interpol dan telah merekodkan 78 juta kali saringan untuk tiga tahun kemudiannya,”.

Bertahun-tahun, Interpol mempersoalkan mengapa negara-negara di dunia ini perlu menanti sesuatu tragedi berlaku untuk mengetatkan soal keselamatan di pintu masuk sempadan negara atau juga lapangan-lapangan terbang.

Interpol3

“Sekarang pula kita berhadapan dengan satu keadaan dimana seluruh negara mengandaikan bahawa pemegang pasport curi itu ialah pengganas walhal dalam hal sebenar, kita mempersoalkan pula kenapa hanya beberapa negara sahaja yang begitu mengambil berat terhadap soal keselamatan terutamanya pemegang pasport curi yang seharusnya tidak dibenarkan menaiki mana-mana pesawat untuk terbang ke destinasi mereka,”.

Noble berharap bahawa kerajaan dan mana-mana juga syarikat pengendali penerbangan dapat belajar dari kejadian kehilangan pesawat MH370 ini dan mula meneliti pasport penumpang-penumpang pesawat sebelum dibenarkan terbang ke mana-mana destinasi dunia. –Astroawani.com

UPDATE!

Penumpang Guna Pasport Palsu Warga Iran

MH370 - Penumpang Guna Pasport Palsu Warga Iran

Polis mengesahkan seorang daripada penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan menggunakan pasport palsu adalah warga Iran yang bercadang untuk berhijrah ke Jerman, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau mendedahkan identiti lelaki itu sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19 tahun.

“Kita telah semak latar belakangnya. Kita juga telah semak profilnya dengan pihak polis di negara lain dan kita percaya dia tidak mungkin anggota mana-mana kumpulan pengganas,” kata Khalid.

Pouria Nour menggunakan pasport Austria milik Christian Kozel yang disahkan dicuri di Phuket, Thailand.
Pengumuman Khalid ini selari dengan penemuan siasatan polis di Thailand yang mendapati dua penumpang MH370 dengan pasport curi itu mungkin pelarian yang mencari suaka.

Ia berdasarkan kepada tempahan tiket harga paling murah dan laluan transit di Beijing dan Amsterdam sebelum menuju destinasi akhir. Seorang penumpang menempah destinasi akhir ke Copenhagen, Denmark manakala seorang lagi ke Frankfurt, Jerman.

Mereka dibantu oleh dua warga Iran yang menguruskan tempahan tiket daripada sebuah agensi pelancongan yang sudah dilanggani oleh orang tengah itu sejak tiga tahun lalu.

“Berdasarkan kepada tempahan tiket saja, sekiranya keganasan, mereka tentunya mengkhususkan laluan dan pesawat yang hendak dinaiki,” kata Ketua Polis Pattaya, Supachai Puikaewcome seperti dipetik oleh Reuters pada Selasa. -Mynewshub

Papar Gambar Wajah Sama Di Pasport

MH370 - Papar Gambar Wajah Sama Di Pasport

Kedua-dua individu yang didapati menggunakan pasport palsu milik warga Austria dan Itali didapati memberikan dokumen perjalanan yang memiliki gambar yang serupa dengan pembawanya.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Aloyah Mamat berkata kesemua prosedur operasi standard pemeriksaan pasport telah pun diikuti dalam pemeriksaan pasport kedua-dua individu berkenaan.

Beliau berkata selepas berpuas hati dengan gambar dan pemeriksaan yang betul serta mematuhi peraturan barulah dua individu berkenaan dibenarkan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

“Individu pertama tiba di Malaysia pada 28 Februari dan diberikan visa lawatan sosial yang membolehkan dia tinggal di negara ini selama 90 hari dan kemudiannya meninggalkan negara ini pada 8 Mac lepas dengan menaiki pesawat MH370.

“Individu berkenaan memberikan pasport dan pas masuk (boarding pass) untuk menaiki pesawat berkenaan, selepas diperiksa visa lawatan sosial masih lagi belum tamat tempoh dia diberikan kebenaran meneruskan perjalanan,” kata Aloyah dalam sidang media bersama dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Selain itu, Aloyah berkata suspek berkenaan telah direkodkan butiran biometriknya ketika tiba di Malaysia dan ketika mereka berlepas rekod biometrik dan pasport yang diberi selari dan mengikut keperluan imigresen. -Mynewshub

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon