Saturday, March 01, 2014

Akhirnya, Nokia Terima Android!


Syarikat pengeluar telefon yang masih bernafas, Nokia dikatakan sudi menerima Android sebagai penyedia aplikasi yang disepadukan dalam sistem operasi Windows Phone­nya.

Nokia accept Android

Khabarnya, ia mendapat lampu hijau daripada Ketua Pegawai Eksekutif baru Microsoft, Satya Nadella untuk berbuat demikian.

Nokia antara syarikat yang aktif menggunakan Windows Phone dihasilkan Microsoft sebagai sistem operasinya.

Ia dilakukan demi melonjakkan Microsoft kembali kepada industri mudah alih dan tidak terhad kepada pengeluar perisian semata-mata.

Akses kepada aplikasi itu boleh dilakukan jika pengguna mengaktifkan akaun Google atau Microsoft.

Aspirasi baru Nokia

Nokia X

Tiga telefon Nokia berasaskan sistem operasi Android diperkenalkan syarikat dari Finland itu dengan tawaran harga berpatutan serendah kira-kira RM400.

Di bawah keluarga X, Nokia memperkenalkan Nokia X, X+ dan XL yang diinspirasikan berdasarkan rekaan Lumia.

Nokia X mempunyai saiz skrin 4.0 inci dengan kamera 3.0 megapiksel manakala Nokia X+ disasarkan untuk pengguna menikmati lebih game, muzik, foto dan video.

Satu lagi model, Nokia XL bersaiz 5.0 inci akan dilengkapi kamera depan 2.0 megapiksel. Kesemua model dikuasakan pemprosesan Dual Core Qualcomm Snapdragon.

Telefon Android paling selamat

Blackphone Android Smartphone

Sementara itu, pendatang baru, Blackphone tampil dengan versi PrivOS yang dikatakan telefon pintar Android paling selamat di dunia bersama pemprosesan Quad Core 2GHz selain paparan 4.7 inci HD IPS dan menyokong rangkaian LTE.

Lebih dari itu, ia dilengkapi kapasiti RAM 2GB dan setoran 16GB, namun tidak akan didatangkan sekali dengan slot kad mikroSD.

Pengeluarnya membangunkan Blackphone dengan kamera 8.0 megapiksel di samping kamera depan 1.3 megapiksel. -Hmetro Online

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon