Tuesday, February 18, 2014

UNIK! Tempah Sekarang, Makan 5 Tahun Kemudian!


Info Unik Dunia. Sebuah restoran, Basement Bistro di Amerika Syarikat dikatakan sangat eksklusif kerana setiap malam, restoran ini hanya memasak 15 hidangan yang disajikan untuk 18 pelanggan sahaja.

Basement Bistro Restaurant

Damon Baehrel, pemilik restoran tersebut hanya menyediakan senarai menunggu kerana masakan yang dia sajikan benar-benar istimewa, salah satu hidangannya yang terkenal, Acorn Ice Cream Kon memerlukan masa satu tahun untuk disiapkan.

Perkara ini disebabkan kerana dia harus mengumpulkan biji-bijian, kemudian merendamnya selama berbulan-bulan untuk dijadikan bahan asas ais krim istimewanya.

Basement Bistro Restaurant [2]

Kemampuan memasak bekas pelumba motocross ini dikatakan datang dengan sendiri.

"Saya tidak pernah melakukan kajian atau belajar dari buku memasak.

"Menurut keluarga, saya hanya boleh melakukannya sendiri dan inspirasi itu akan datang terus dari alam." katanya lagi.

Untuk menikmati hidangan makan malam di restoran ini, pelanggan perlu menyediakan sekurang-kurangnya USD$225 bagi setiap hidangan.

Basement Bistro Restaurant [3]

Beberapa selebriti terkenal juga termasuk dalam senarai menunggu restoran ini termasuklah Jerry Seinfeld dan Martha Stewart.

Malah, Barrack Obama, dikhabarkan telah menempah meja sejak tahun 2011 lagi.

Setakat ini, Restoran Basement Bistro berjaya mendapat pendapatan sebanyak USD$750 ribu setahun.


Sememangnya menarik..

[Sumber][Edited by SP]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon