Thursday, February 06, 2014

"Saya Diugut Bunuh!"


Salah seorang juri tetap MLM 2013, Sheikh Haikel juga artis dari Singapura mengakui terpaksa mengupah seorang pengawal beribadi selepas menerima ugutan bunuh angkara komennya yang tidak disenangi sesetengah peminat fanatik MLM 2013.

Sheikh Haikel Maharaja Lawak

Jelas selebriti berusia 38 tahun ini, ekoran kritikan yang membina yang diberikan olehnya kepada para peserta di gelanggang MLM 2013, dia menerima ancaman bunuh menerusi laman media sosial dan semakin berhati-hati jika mahu bergerak kemana-mana mahupun berhadapan dengan peminat fanatik MLM menurut astrogempak.

“Baru-baru ini saya dan isteri telah menerima ugutan bunuh daripada peminat fanatik peserta dari MLM. Lebih mengejutkan, ugutan tersebut turut meilbatkan anak-anak saya.

"Peminat tersebut mengancam mahu langgar anak-anak saya jika kami sekeluarga berada di Malaysia. Saya amat terkejut juga dengan ancaman tersebut.

“Saya pun tidak berapa pasti komen yang mana saya berikan kepada peserta MLM sehingga mengguris hati individu tersebut sebagai salah seorang peminat fanatik.

(Baca: Artis-artis Hollywood Yang Membenci Watak Ikonik Sendiri)

"Secara jujurnya komen yang saya beri berdasarkan apa yang saya lihat dan bukan pedas atau hentam semata-mata,” jelas Sheikh Haikel.

Akibat daripada ancaman tersebut, Sheikh Haikel telah mengupah seorang pengawal peribadi bagi menjaga keselamatan diri, keluarga dan dua anaknya.

“Saya telah mengupah seorang pengawal peribadi ketika berada di Malaysia semasa menjadi juri MLM malah di Singapura juga saya buat perkara demikian bagi menjaga keselamatan keluarga,” ujar Sheikh Haikel pendek. -Mynewshub

Teresa Kok Buat Laporan Polis, Terima Ugutan

Teresa Kok Terima Ugutan

Selepas dikecam hebat, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok membuat laporan polis hari ini selepas mendakwa menerima ugutan bunuh berkaitan klip video kontroveri beliau berkaitan sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Menurut laporan The Malaysian Insider, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa mengesahkan polis telah menerima laporan berkenaan.

“Kami sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya ketika dihubungi, Rabu.

Difahamkan Teresa membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di ibu negara.

Teresa, yang juga naib pengerusi DAP didakwa telah memuat naik klip video bertajuk ‘Onederful Malaysia CNY 2014′ pada 27 Januari di saluran YouTube DAP Seputeh.

(Baca: Model Korea Bawah Umur Tanpa Pakaian!)

Dalam klip video berbahasa Mandarin tetapi disertai sari kata bahasa Inggeris itu, teresa bertindak sebagai hos program bual bicara membincangkan “feng shui” pelbagai isu dengan tiga tetamu.

‘Tiga ahli panel’ seolah-olah mempersendakan pelbagai isu seperti sistem pendidikan di Malaysia dan pencerobohan di Sabah tahun lepas.

Sebagai seorang Ahli Parlimen yang bukannya baru seketika berkecimpung dalam bidang politik di Malaysia, Teresa seharusnya tahu apakah tindakan yang akan mencemar sensitiviti khususnya bangsa Melayu di negara ini.

Teresa juga pastinya sudah arif akan akibat yang akan diterimanya jika tampil dalam video seumpama itu.

Bukan sahaja Teresa bakal dikecam sudah tentu ada pihak yang akan membuat pelbagai jenis ugutan termasuk ugutan bunuh jika Teresa terus melakukan keceluparan seperti itu.

Jadi, jika mahu bermain api, jangan takut ia akan menyambar kerana sudah rasminya api menyambar jika dicurah dengan petrol.. –KUMBANG WIRA/Mynewshub

Ezany Ugut Bunuh Guru ‘Ganggu’ Adiknya

Ezany Ugut Bunuh Guru

Apalah yang dilakukan oleh seorang guru di Kangar sampai pelakon Ezany Nizariff mengugut mahu membunuhnya?

Azahar Hassan, 43, menerusi Harian Metro berkata, pelakon tersebut mengugutnya melalui status dan gambar yang dimuatnaik di laman Facebook yang berbunyi: ‘WANTED: hidup atau mati, tempang, OKU atau cacat ada imbuhan’.

Ezany Ugut Bunuh Guru [2]

“Saya fobia dan takut dicederakan selepas pelakon terbabit sanggup mengugut untuk membunuh saya di dalam laman sosial Facebook miliknya.

“Saya mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan isteri saya dan risau dengan keselamatan mereka selepas ugutan daripada artis berkenaan,” ujarnya.

Susulan itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Kangar bagi melindungi dirinya dan keluarga jam 11 malam, kelmarin.

Berbalik kepada punca ugutan itu, rupa-rupanya Ezany memuatnaik status tersebut kerana geram dengan tindakan guru terbabit yang kerap menghubungi adik perempuannya biar pun sudah beristeri, memetik Terengganu Today.

Pendek kata, dia mungkin mahu melindungi adiknya itu daripada diganggu oleh suami orang.

Selepas perkara tersebut tersebar, Ezany menerusi lama Facebooknya telah memuatnaik status yang berbunyi:

Ezany Ugut Bunuh Guru [3]

Rasanya, Ezany mungkin hanya mahu menakutkan guru terbabit dan tidak ada niat langsung mahu membunuhnya.

(Baca: Wanita Sesak Nafas Selepas Klimaks Selama Tiga Jam!)

Harap-harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan tak perlulah dibawa hingga naik turun mahkamah.

Kepada guru terbabit, tak perlulah hubungi gadis lain kalau sudah berkeluarga. Kasihanlah sikit dekat anak bini tu... -Mynewshub

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon