Isnin, Februari 17, 2014

"RM500 Upah Tembak Perdana Menteri"


Loading...

Seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai ‘ustaz’ mencetuskan kontroversi di laman sosial Facebook apabila membuat status kononnya mendapat mimpi, diminta buat tawaran untuk menembak Perdana Menteri.

RM500 Bunuh Perdana Menteri

Lelaki itu ialah Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari, dalam mimpi itu dia mendapat panggilan telefon daripada seseorang mengatakan sesiapa yang dapat menembak Datuk Seri Najib Tun Razak akan menerima ganjaran RM500.

Selain itu, Ahmad Fahdli juga dilihat turut pernah muncul dalam Perhimpunan TURUN harga barang di Dataran Merdeka pada 31 Disember lepas melalui gambar yang dipaparkan di dalam Facebooknya.

“Tidak semena-mena mendapat panggilan telefon,”Ustaz, tolong war-warkan, siapa yang dapat tembak Perdana Menteri, saya bagi upah RM500,” Terkejut saya, tiba-tiba terjaga, rupanya bermimpi,” menurut status itu.

Jelas status digambarkan Ahmad Fadhli di dalam Facebooknya mengancam dan dilihat berbaur ugutan kepada Najib sebagai pemimpin negara biarpun dia mendakwa muncul ketika mimpi.

Ahmad Fadhli Shaari

Boleh pula dakwaan itu, menyertakan ganjaran RM500 yang ternyata tidak berbaloi dengan jenayah yang ditawarkan untuk dilakukan.

Berbaloikah RM500, untuk menembak seorang pemimpin negara. Bagaimana jika kos guaman yang terpaksa dibayar selepas ditangkap.

Jelas, ini satu lagi status hasutan melampau untuk mewujudkan kebencian kepada pemimpin negara.

Selain itu, status Ahmad Fadhli mengundang kritikan daripada pengguna alam siber yang mengutuk status berkenaan sebagai murahan dan tidak layak keluar dari mulut seorang ustaz.

Menurut satu komen, bagaimana jika Ahmad Fadhli muncul dalam mimpi orang lain melakukan kejahatan dan ia turut diceritakan di Facebook, maka ia bukan satu kesalahan kerana dia sendiri yang memulakannya.

Memalukan sahaja, jawatan tinggi tetapi mengeluarkan kenyataan status bertaraf murahan sebegini.

BACA INI JUGA: Najib Terima RM2.6 Bilion Ketika IS Belum Wujud! #KantoiLagi

Sumber: Mynewshub

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon