Friday, February 07, 2014

Akhirnya Nabil Minta Maaf Aibkan Luna Maya


Sungguhpun akhbar melaporkan beliau tidak akan meminta maaf namun akhirnya, peserta Maharaja Lawak Mega 2013, Nabil Ahmad, memohon secara terbuka kepada Luna Maya dan peminat MLM 2013.

Nabil mohon maaf aibkan Luna Maya

Sebelum ini Nabil Ahmad dikritik hebat oleh peminat MLM 2013 kerana lawak beliau bersama Harith Iskandar minggu lalu dilihat mengaibkan salah seorang juri, dengan menyindir isu skandal lama Luna Maya.

Sungguhpun kebanyakan juri, termasuk Luna, dan penonton sangat sporting namun tindakan Nabil menyelitkan lawak menyindir masalah lampau Luna secara live dan berdepan bukan sahaja mengaibkan Luna tetapi juga menimbulkan perasaan kurang senang penonton.

Mungkin ia terlepas cakap atau kekeringan idea untuk membuat lawak, namun tindakan beliau yang kemudiannya membuat kenyataan dalam Harian Metro tidak akan meminta maaf kepada Luna Maya telah menambah kemarahan orang ramai.

(Baca: Nabil Aibkan Luna Maya, Terkantoi Kisah Hitam Sendiri!)

Nabil mengatakan, “Saya tidak berhasrat untuk meminta maaf kerana saya tidak melakukan sebarang kesalahan atau mempunyai isu peribadi dengan Luna Maya.

"Saya tidak sangka pula lawak saya itu dilihat sebagai satu unsur penghinaan atau cuba mengaibkan Luna Maya.

“Saya rasa kesal dengan segelintir peminat atau penonton yang berfikiran sempit sehingga cuba mahu perbesarkan hal-hal seperti ini.

"Sedangkan ianya sebuah lawak semata-mata dan tidak langsung cuba mahu menjatuhkan maruah individu yang terbabit,” ulasnya pelawak berusia 31 tahun ini. Sumber: Suara.tv



Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon