Wednesday, February 12, 2014

10 Album Terbaik 2013 Pilihan Majalah Rolling Stone


Tahun 2013 menyaksikan penghasilan banyak muzik hebat berbanding tahun sebelumnya. Pada awal tahun begini majalah Rolling Stone mengeluarkan senarai 50 album terbaik untuk 2013.

Best Albums 2013

Sepuluh tempat teratas menurut penilaian Rolling Stone adalah:

10. Wrote A Song For Everyone (John Fogerty)

Best Albums 2013 - Wrote A Song For Everyone (John Fogerty)

Memuatkan lagu-lagu ciptaan Fogerty ketika bersama kumpulan Creedence Clearwater Revival. Ia dinyanyikan kembali bersama artis lain seperti Bob Seger, My Morning Jacket, Keith Urban, Miranda Lambert dan Foo Fighters.

9. Arctic Monkeys (Arctic Monkeys)

Best Albums 2013 - Arctic Monkeys (Arctic Monkeys)

Mengekalkan konsep rock indie untuk album kelima mereka, ia dipilih antara album terbaik tahun lalu oleh majalah New Musical Express. Album ini turut tersenarai sebagai album terbaik dalam anugerah Mercury Prize.

8. Trouble Will Find Me (The National)

Best Albums 2013 - Trouble Will Find Me (The National)

Memuatkan lagu hit seperti Don’t Swallow The Cap dan Demons serta mengetengahkan kekuatan suara penyanyinya, Matt Berninger.

7. Pure Heroine (Lorde)

Best Albums 2013 - Pure Heroine (Lorde)

Penyanyi pop berasal dari New Zealand dan baru 17 tahun ini menawan dunia dengan kemunculan album sulungnya. Walaupun remaja kematangan suara Lorde dapat dikesan dengan mudah dalam album ini.

6. ...Like Clockwork (Queens of the Stone Age)

Best Albums 2013 - Like Clockwork (Queens of the Stone Age)

Josh Homme berjaya mengatasi penyakit yang mengancam nyawanya. Dia kemudian menghubungi bintang rock dikenalinya seperti Dave Grohl, Trent Reznor dan Elton John. Maka terhasil album terbaru mereka tanpa mengetepikan identiti yang dibawa selama ini.

5. Reflektor (Arcade Fire)

Best Albums 2013 - Reflektor (Arcade Fire)

Sajian muzik dance rock yang hebat sepanjang kira-kira 70 minit. Reflektor dan Afterlife adalah antara lagu hit yang dimuatkan dalam album ini. Walaupun mendapat kritikan sesetengah peminat muzik, Arcade Fire tetap mampu merangsang perasaan pendengar.

4. New (Paul McCartney)

Best Albums 2013 - New (Paul McCartney)

Walaupun berusia 71 tahun bekas anggota kumpulan Beatle ini tetap memukau pendengar dengan suaranya yang bertenaga. Sesetengah lagu juga mengingatkan kita kepada irama pernah dibawa kumpulan muzik lagenda berkenaan. Pada masa sama dia turut memasukkan irama berunsur pop abad ke-21 dengan ketara. Ia adalah album ke-16 McCartney.

3. Random Access Memories (Daft Punk)

Best Albums 2013 - Random Access Memories (Daft Punk)

Album keluaran Colombia Music ini membawa irama yang pernah menggegar Amerika pada lewat 1970-an dan awal 1980-an. Daft Punk membuktikan mereka peminat irama pop dengan lagu Get Lucky dalam album ini.

2. Yeezus (Kanye West)

Best Albums 2013 - Yeezus (Kanye West)

Ia adalah album keenam artis penyanyi hip hop AS dan memuatkan lagu hit seperti Black Skinhead, Bound 2 dan Blood On The Leaves.

1. Modern Vampires of the City (Vampire Weekend)

Best Albums 2013 - Modern Vampires of the City (Vampire Weekend)

Dua album terawal Vampire Weekend menampilkan irama rock berbeza daripada kumpulan lain. Namun melalui album terkini ini mereka meneroka irama itu dengan lebih mendalam menjadikan ia begitu kompleks. Sebanyak 134,000 unit terjual pada minggu pertama pelancarannya dan sempat menduduki tangga pertama Billboard 200 AS.

Sumber: Harian Metro Online

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon