Sunday, January 26, 2014

Juan Mata Lengkapkan Perpindahan RM203.61 JUTA Ke MU!


Pemain tengah Sepanyol, Juan Mata melengkapkan rekod perpindahannya bernilai £37.1 juta (44.7 juta euro) dari Chelsea ke Manchester United selepas selesai menjalani ujian perubatan.

Juan Mata

Penyandang juara Liga Perdana Inggeris itu dilaporkan bersetuju membayar 37 juta pound (RM203.61 juta) kepada The Blues untuk melengkapkan perpindahan pemain berusia 25 tahun tersebut.

Ini adalah pembelian paling mahal pernah dilakukan United sejak mendapatkan penyerang Bulgaria, Dimitar Berbatov dari Tottenham menerusi bayaran 30.7 juta pound (RM169.22 juta) pada 2008.

"Manchester United dengan sukacitanya mengumumkan telah mencapai perjanjian dengan Juan Mata menerusi perpindahan rekod kelab.

"Kontrak akan ditandatangani selepas pemain tersebut selesai menjalani pemeriksaan kesihatan dan bersetuju dengan beberapa terma peribadi.

"Butiran lanjut akan diumum dalam masa terdekat," kata United dalam satu kenyataan.

“United adalah tempat yang terbaik untuk saya dan saya amat gembira mempunyai peluang untuk bersama kelab ini,” katanya.

Mata mempunyai 32 cap permainan bersama pasukan kebangsaan Sepanyol.

Beliau tiba di Manchester dengan penuh bergaya menggunakan helikopter sebelum menjalani ujian kesihatan.

(Baca: Kisah Lagenda Tersohor Alex Ferguson Menjulang Manchester United)

Pembelian itu melebihi £30.75 juta oleh United kepada Tottenham Hotspur pada 2008 untuk mendapatkan penyerang Bulgaria, Dimitar Berbatov.

Pengurus United, David Moyes kini amat terdesak untuk membawa masuk beberapa nama besar bagi menaikkan semula semangat pasukannya yang mengharungi musim buruk sejak dia mengambil alih kelab daripada Alex Ferguson.

Sejak menggantikan Ferguson, Julai lalu, Moyes membimbing United menghuni tangga ketujuh liga, 14 mata di belakang pendahulu, Arsenal.

Mereka juga tersingkir pada pusingan ketiga Piala FA menentang Swansea, selain dimalukan oleh Sunderland pada separuh akhir Piala Liga, Rabu lalu.

Mata, yang dibeli dengan bayaran 23.5 juta pound (RM130 juta) dari Valencia pada 2011, gagal mendapat tempat di bawah bimbingan pengurus Chelsea, Jose Mourinho biarpun memenangi anugerah Pemain Terbaik Pasukan selama dua musim berturut-turut.

Rooney tandatangani kontrak RM1.65 juta?

Wayne Rooney

Pada ketika masa depan Wayne Rooney di Old Trafford sebelum ini dikatakan tidak menentu, akhbar Britain bagaimanapun melaporkan, bintang penyerang England itu bakal menandatangani kontrak baharu bersama Manchester United yang membolehkannya menikmati gaji 300,000 pound (RM1.65 juta) seminggu.

Menurut Daily Telegraph, kontrak baharu yang jauh lebih lumayan itu bakal mengekalkan Rooney di Old Trafford sehingga 2018, sekali gus menamatkan spekulasi bahawa dia akan berhijrah ke Real Madrid atau Chelsea.

(Baca: Pemain Malaysia Patut Belajar Gelecek Bola Dari Cameroon!)

Kontrak sedia ada Rooney, 28, yang membolehkan pemain itu menikmati gaji 250,00 pound (RM1.37 juta) seminggu akan berakhir pada penghujung 2015.

Akhbar Daily Telegraph berkata, rundingan di antara United dan Rooney akan dijalankan bulan ini. Tawaran baharu yang lebih menarik dan lumayan dijangka akan memikat penyerang Rooney itu untuk terus menyarung jersi United.

Berita tersebut hadir tidak lama selepas Rooney dilihat berada di Essex, London, sekali gus menguatkan spekulasi bahawa dia akan menyertai Chelsea.

United sebelum ini menolak dua tawaran yang dikemukakan The Blues untuk mendapatkan bintang penyerang England itu pada musim panas lalu. -AFP/AGENSI

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon