Thursday, February 28, 2013

Rihanna Dan Chris Brown Bakal Berkahwin?

Perjalanan kisah cinta penyanyi, Chris Brown dan Rihanna mungkin berakhir dengan penuh bahagia apabila pasangan ini dikatakan bersedia untuk berkahwin.


Menurut laporan sebuah majalah antarabangsa, pasangan ini akan berkahwin pada musim panas, Julai depan.

Jika sebelum ini mereka sering menafikan hubungan yang terjalin, namun ramai dalam kalangan peminat mereka amat gembira dengan keputusan itu.

Bagaimana pun, sehingga kini, kedua-dua penyanyi tersebut masih mendiamkan diri dan mengelak daripada beri sebarang penjelasan mengenai perkara itu.

-Sinarharian

Catherine - Michael Douglas Dilaporkan Bercerai

Aktres cantik, Catherine Zeta-Jones dilaporkan telah sah bercerai dengan suaminya, Michael Douglas, sejak musim panas lalu.


Sebelum ini, Jones, 43, pernah menafikan kemelut rumah tangganya, namun perkahwinan selama 12 tahun itu akhirnya gagal diselamatkan lagi.

Penceraian itu dikatakan berpunca daripada masalah kesihatan Douglas, 68, yang semakin teruk. Namun, Jones menafikan dakwaan tersebut.

"Kami berpisah bukan sebab itu saja. Kami tidak dapat bersama lagi kerana beberapa perkara. Mungkin inilah jalan terbaik," katanya.

Turut dilaporkan, Michael telah berpindah dari rumah yang didiami bersama Jones serta dua anaknya, Dylan dan Carys, serta dikatakan menyewa di kawasan berdekatan.

-Sinarharian

Julia Perez Diburu Polis Selepas Gagal Serah Diri

Aktres Indonesia, Julia Perez yang popular dengan nama Jupe, tersenarai sebagai orang yang dikehendaki setelah dua kali gagal menyerah diri ke Pejabat Pendakwa Raya Daerah Jakarta Timur untuk menjalani hukuman penjara selama tiga bulan.

Jupe sering dikaitkan dengan kontroversi.

Penyanyi dangdut yang juga pelakon penuh kontroversi ini, didapati gagal memenuhi arahan pejabat pendakwa raya itu pada 14 Feb dan 25 Februari lepas.

Jupe dihukum penjara tiga bulan oleh mahkamah selepas didapati bersalah mencederakan rakan artis, Dewi Persik (nama popular Depe) di lokasi penggambaran filem Arwah Goyang Kerawang pada tahun 2010.

Perbuatan itu dilakukan ketika mereka berdua sedang melakonkan adegan pergaduhan dalam filem seram itu.

Pejabat Pendakwa Raya Jakarta Timur telah memberi amaran akan bertindak lebih tegas jika keadaan memaksa, untuk memastikan Jupe menjalani hukuman penjara itu.

Sementara itu Dewi Persik, yang turut dijatuhkan hukuman penjara dua bulan oleh mahkamah kerana peranannya dalam pergaduhan itu, belum menjalani hukumannya.

-BERNAMA

Petua Hubungan Intim Hingga Ke Subuh

Masalah patah tandan atau zakar suami tiba-tiba terkulai layu ketika sedang bersetubuh sering dialami kebanyakan lelaki. Masalah patah tandan sangatlah mengecewakan terutamanya kepada isteri yang sedang kegersangan.

Subuh
Gambar hiasan

Bacalah doa di bawah ini 3 kali kepada zakar di waktu hendak bersetubuh supaya tidak mudah patah tandan dan boleh bersetubuh hingga ke subuh. Insyaalah.

بِِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


اَللَّهُمَّ اِنَّا نَعُوْذُبِكَ تَامَّهْ، وَالرُّوْحِ، وَالدَّمِ، وَلَحْمِ، وَسَحْمِ، وَالْحُرُوْبِ، وَالْجُلُوْبِ وَتَقْضِىْ، فَاِذَا قَضَيْتَ اَمْرًا فَاِنَّمَا يَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوْنُ

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Brennan Tidak Layak Jadi Ketua CIA Kerana Beragama Islam?

Bekas ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) John Guandolo mendakwa Ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang dilantik oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama, John Brennan memeluk agama Islam sejak 90-an lagi.

Brennan dipilih secara merit oleh Obama Januari lalu.

Guandolo mendedahkan, Brennan, 57, memeluk Islam di Arab Saudi dan telah melawat Makkah dan Madinah ketika musim haji bersama pegawai kerajaan Saudi.

Perkara itu didedahkan Guandolo ketika temu bual radio US Trento di Washington.

Dua minggu lalu, Al Arabiya News turut melaporkan, Brennam memeluk agama Islam ketika beliau bertugas sebagai ketua CIA di Riyadh antara 1996 hingga 1999 dan membuat amalan yang dilakukan oleh seorang Muslim.

Guandolo yang bersara dari FBI sejak 2008 itu mendedahkan perkara berkenaan dengan tujuan untuk menyatakan bahawa Brennan tidak layak mengetuai CIA kerana beliau beragama Islam.

“Brennan tidak layak menjawat jawatan di CIA dan penukaran agama itu sudah pasti melibatkan pengaruh seseorang ketika beliau berkhidmat di Saudi,” katanya.

Guandolo yang dikenali sebagai anti-Islam menambah, sekiranya Brennan menerajui CIA maka usaha AS dalam menghapuskan militan Al- Qaeda menjadi sukar kerana faktor pegangan agama masing-masing.

“Saya harap pelantikan beliau ditentang Senat dan Obama perlu meneliti semula pelantikan tersebut kerana seperti ada agenda tersembunyi dalam pelantikan yang tergesa-gesa itu,” katanya.

Brennan pernah menjawat beberapa jawatan penting termasuk Timbalan Penasihat Keselamatan untuk keselamatan domestik dan anti-pengganas selama tiga dekad.

Pelantikan Brennan dikecam penduduk Amerika Syarikat.

Beliau dicalonkan sebagai ketua baru CIA pada 7 Januari lalu oleh Obama bagi menggantikan Jeneral David Petraeus yang bersara susulan skandal dengan penulis biografinya.

Bekas calon Presiden AS, Senator John McCain juga dipercayai tidak akan menyokong pelantikan Brennan sehingga laporan serangan ke atas Konsulat AS di Benghazi, Libya, September lalu diperoleh.

“Kami mahukan laporan penuh berhubung kejadian itu. Obama seolah menganggap kesemua kejadian menimpa pegawai AS di luar negara seperti tidak pernah terjadi,” katanya.

Menurutnya, pelantikan ini seperti satu permainan yang memperjudikan keselamatan AS.

-The Telegraph

Wartawan Putar Belit Kenyataan Isu Kahwin - Rozita Che Wan

Kurang dari 24 jam berita perkahwinan Rozita Che Wan diperkatakan, pelakon jelita ini tampil memberi kenyataan balas terhadap laporan yang dikeluarkan oleh akhbar Harian Metro. Jelas Rozita atau Che Ta, dia tidak pernah memberitahu wartawan terbabit mengenai tarikh perkahwinannya. Sebaliknya wartawan akhbar terbabit yang mencadangkan tarikh tersebut.


Dalam laporan sebuah portal hiburan, Che Ta turut memberitahu dia sering menjadi mangsa putar-belit kenyataan. Biarpun begitu, pelakon berusia 42 tahun ini mengakui ingin melangsungkan perkahwinan dengan Zain Saidin dalam tahun ini juga.

Terdahulu, Zain Saidin sempat meluahkan rasa terkejut apabila mendapat tahu Rozita merancang untuk berkahwin dengannya dalam waktu terdekat. Bahkan, Zain menepis laporan akhbar Harian Metro itu. Jelas Zain, tidak mungkin dia akan berkahwin dengan Rozita pada Julai kerana pada waktu itu umat Islam sedang sibuk membuat persiapan menyambut bulan Ramadhan.

Mengulas kepada wartawan Mstar.com.my, Zain turut menjelaskan keluarganya tidak ada halangan untuk dia memperisterikan Rozita.

-Gua.com.my

Aktres Pakistan Dicium Sebanyak 137 Kali Seminit!

Tangan aktres dari Pakistan, Veena Malik dicium sebanyak 137 kali dalam tempoh 60 saat oleh sejumlah lelaki, lapor portal berita Indian Express semalam.


Veena juga dilaporkan memecahkan rekod Guinness World Records bagi kategori menerima ciuman paling banyak di dunia.

Dia mengatasi rekod aktor terkenal Bollywood, Salman Khan yang pernah menerima ciuman sebanyak 108 kali oleh kanak-kanak dalam tempoh sama.

“Saya berjaya menewaskan rekod 108 ciuman yang diterima Salman dengan memperoleh 137 ciuman dalam tempoh seminit,” katanya.

Veena atau nama sebenarnya, Zahida Malik dicium oleh para peserta sebuah rancangan realiti televisyen sempena sambutan kelahirannya yang ke-29 kelmarin.

Dia sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila gambarnya dalam keadaan bogel disiarkan majalah FHM versi India.

-Agensi


Fesyen Tudung Bonggol Haram?

Pada pandangan anda mengenai gambar di bawah ini? Gambar yang memberi maksud perumpamaan fesyen bertudung bonggol ini sama sahaja seperti alien mamakai tudung.

Tudung Bonggol

Ini perumpamaan sahaja dan bukan bermaksud memperkecilkan hati kaum hawa. Ada yang mengatakan ianya HARAM dipakai jika dilakukan seperti ini. Terdapat ada hadis yang mengatakan :

Daripada Abu Hurairah r.a kata beliau: Bersabda Rasulullah s.a.w: "Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitulah: Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia, dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian."

(H.R. Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat).

BACA INI JUGA: 5 Jenama Tudung Paling Popular Di Malaysia

Saya Sudah Tunaikan Tugas Sebagai Isteri - Rita Rudaini

Dalam laporan akhbar Harian Metro sebelum ini ada menyatakan punca dan sebab utama mengapa Aidil Zafuan tidak lagi menyayangi Rita Rudaini dan memilih untuk berpisah dengan aktres tersebut sepertimana yang dilafazkannya ketika permohonan cerai itu dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Isnin lalu.


Menurut penyerang bola sepak kebangsaan itu, Rita Rudaini seringkali mengaibkan dirinya menerusi kenyataan yang dibuat aktres berkenaan di dada-dada akhbar setiap kali bergolaknya rumahtangga mereka.
Mengenai pertuduhan yang telah dibuat terhadap aktres kelahiran Perlis itu, Rita nyata tidak mudah melatah dengan dakwaan tersebut. Sebaliknya Rita mahu Aidil menjelaskan bilakah saat,waktu dan ketika yang menunjukkan dia diaibkan aktres tersebut.

Rita Rudaini ketika dihubungi menjelaskan bahawa apa sahaja komen serta kenyataan yang dibuatnya bukan sengaja direka semata-mata untuk mengaibkan suaminya itu. Malah, tidak semua gosip itu datangnya daripada Rita tetapi oleh masyarakat sendiri yang jelas mampu menilai dan akhirnya ia sampai ke telinga aktres tersebut.

“Dulu ketika mula Aidil tidak pulang ke rumah, bukan saya yang pergi bercerita kepada media tentang perkara itu. Tetapi orang yang melihatnya sendiri setelah menyedari hanya saya yang saja yang sentiasa beada bersama anak-anak, sudah tentu ianya menimbulkan persoalan dan akhirnya soalan tersebut pasti akan diajukan kepada saya.

“Kalau dia kata saya aibkan dia, daripada segi apa? Saya sudah pun menjaga tingkah laku saya sebagai perempuan, ibu dan isteri. Sebelum ini, dia yang banyak dikaitkan dengan beberapa orang wanita lain Kalau tidak benar, kenapa nama dia banyak dipetik dan bukannya saya?

“Malah orang di luar sana yang sering datang menyampaikan khabar kepada saya tentang kononnya mereka ternampak Aidil keluar dengan perempuan lain. Pada saya pula, apa gosip yang berlaku selepas krisis rumahtangga kami, itu adalah urusan Aidil dengan Allah SWT,”ujarnya mengenai tuduhan suami yang mengatakan diaibkan oleh Rita di media tentang kisah rumahtangga mereka.

Dalam pada itu, Rita hanya mahu suami, Aidil Zafuan melunaskan segala tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakannya sebagai bapa kepada anak-anaknya. Rita turut menambah bahawa kesenangan dan rezeki adalah kurniaan Allah namun ia juga dilihat sebagai ujian untuk menguji kesabaran dan iman umatnya.

[Sumber]

Gambar Seksi Azharina Azhar Pula Tersebar!

Baru-baru ini tersebar gambar penyanyi yang semakin menyepikan diri dari industri hiburan tempatan iaitu Azharina Azhar, 28 tahun.

Azharina Azhar

Azharina yang merupakan anak didik kepada komposer Julfekar ini tampil berpakaian seksi dan bersosial di kelab hiburan dengan rakan-rakannya yang lain.

Penyanyi yang popular dengan lagu Elergi Sepi, sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang peguam yang berasal dari Kelantan iaitu Datuk Sukri, 55, pada 2007.

Bagaimanapun ikatan perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercerai pada 2008.

Mungkinkah Azharina bakal membuat comeback dalam bidang nyanyian kerana suaranya memang mampu membuat bulu roma kita terangkat apabila apabila mendengarnya kan..

Sayang sekiranya bakatnya itu tidak diasah dengan sebaik mungkin. -M

Tak gitu?

UPDATE (6/12/2016)

Azharina Juara Gegar Vaganza 3 2016

Gegar Vaganza 3

ROGRAM Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) melabuhkan tirainya dengan menobatkan Azharina Azhar, 31, sebagai juara GV pada musim ini.

Menewaskan lima finalis lain yang turut bertanding iaitu Siti Sarah, Zarul Umbrella, Ameng, Intan Sarafina dan Gmie Screen, Azharina ternyata berada dalam kelasnya tersendiri.

Menepati ramalan ramai, Azharina yang tampil dengan persembahan mantap menerusi medley pada persembahan pertama dengan dendangan lagu Izinkanlah dan Mama Aku Ingin Pulang nyanyian Nike Ardilla mendapat pungutan markah tertinggi sebanyak 82.4 peratus meninggalkan Siti Sarah di tempat kedua dengan markah 76.3 peratus.

Manakala Zarul di tempat ketiga dengan markah 73.1 peratus, Ameng di tempat keempat dengan 54.3 peratus markah dan Intan Sarafina serta Gmie Screen pula berada di tempat kelima dan keenam dengan markah 52.8 peratus dan 52.1 peratus.

Menerusi kemenangan itu, Azharina membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000, sebidang tanah lot bernilai RM60,000, pakej percutian ke Itali bernilai RM15,000, rantai mutiara Rafflesia bernilai RM30,000, baucar barangan GoShop bernilai RM6,000 serta hadiah sampingan lain berserta trofi dan rakaman sebuah single baru dari Astro.

Sementara persembahan terbaik yang dipilih menerusi undian penonton pula memihak kepada Siti Sarah yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000.

Azharina yang sememangnya konsisten menampilkan persembahan terbaik pada konsert mingguan GV, sekali lagi tampil dengan persembahan hebat yang bukan hanya memukau penonton, tetapi juga barisan juri. GV mendapat tajaan platinum dari Qu Putih berserta tajaan lain seperti KFC, Digi dan Adabi.

Keputusan sebulat suara

Kehebatan vokal bekas juara Bintang RTM 2001 ini sememangnya tidak boleh dinafikan apatah lagi dengan penghayatan hebat yang diberikan menerusi persembahannya untuk kesemua segmen solo mahupun ‘battle’ bersama Sarah menerusi lagu Kesetiaan.

Persembahan mantap Azharina juga telah mendapat ‘standing ovation’ daripada juri jemputan, Hetty Koes Endang yang mengakui begitu terkesan dengan persembahan penyanyi kelahiran Sabah ini sehingga menitiskan air mata.

Pertandingan GV3 di peringkat akhir ini diadili empat juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim selaku juri tetap, manakala Datuk Jamal Abdillah dan Hetty Koes Endang pula sebagai juri tempatan.

Ramli MS selaku ketua juri menyifatkan kemenangan Azharina sebagai keputusan sebulat suara barisan juri yang mengambil kira persembahannya yang menepati kehendak penjurian baik dari segi vokal, penghayatan mahupun persembahan yang diberikan pada malam final ini.

“Semua peserta memberikan persembahan terbaik mereka, namun Azharina mempunyai kelebihan dari segi penjiwaan dan kawalan suaranya yang baik.

"Malah dia dia juga sudah banyak memperbaiki cara nyanyian dengan teknik baru yang lebih baik berbanding sebelumnya,” ujar Ramli pada sidang media GV3.

Perjuangan baru Azharina

Azharina yang ditemui sebaik sahaja pertandingan berakhir menyifatkan kemenangannya ini sebagai satu kenangan yang cukup manis buatnya.

Malah penyanyi yang cukup dikenali dengan sikap rendah dirinya ini menganggap ia sebagai rezeki buat anaknya, Rahmat Azarin Aziz, 2.

“Kemenangan ini sememangnya bukan untuk saya seorang, sebaliknya untuk semua mereka yang menyokong saya tanpa jemu terutamanya para peminat yang sentiasa percaya kepada bakat dan kebolehan saya selama 15 tahun dalam industri seni.

“Malah ia juga merupakan pengorbanan berbaloi saya selama lapan minggu dalam GV3 di mana banyak masa bersama anak yang telah saya korbankan untuk memastikan setiap persembahan saya termasuk di final ini dapat menghiburkan mereka yang menonton termasuklah pihak juri.

“Soal menang atau kalah itu sudah menjadi perkara kedua kerana niat asal saya memasuki GV pada mulanya hanyalah untuk bertemu rakan-rakan lama serta menimba pengalaman baru yang mungkin saya tidak perolehi sebelum ini,” ujar Azharina yang mendapat bimbingan vokal daripada komposer Julfekar.

Ditanya tentang perasaannya apabila persembahannya mendapat ‘standing ovation’ daripada penyanyi legenda, Hetty Koes Endang, Azharina mengakui merasa cukup terharu.

“Siapalah saya untuk menerima penghormatan begitu, apatah lagi daripada beliau yang kita tahu begitu hebat dan mempunyai pengalaman berpuluh tahun dalam bidang seni ini.

“Bagaimanapun saya anggap ia sebagai penghargaan yang cukup istimewa untuk saya kenang,” ujarnya yang turut mendapat pujian dan komen positif daripada penyanyi Indonesia itu.

Menyentuh tentang hadiah kemenangan yang dianggarkan berjumlah lebih RM200 ribu yang dimenanginya itu, kata Azharina, dia belum lagi merancang apa-apa ke arah itu.

“Itu rezeki anak dan jujurnya saya belum berfikir apa-apa dengan hadiah kemenangan itu, cuma dalam kepala saya kalau ada kesempatan saya mahu mengerjakan umrah.

“Untuk hadiah rakaman single pula, mungkin saya perlu melakukan perbincangan dan meminta pendapat pelbagai pihak dahulu bagi memastikan single yang bakal dihasilkan nanti menepati citarasa muzik masa kini,” ujarnya.

Berkongsi tentang perancangan terbaharunya, Azharina mengakui selepas menyertai GV3, jadualnya kembali padat dengan pelbagai tawaran persembahan bukan sahaja di tanah air, tetapi juga dari Indonesia dan Filipina.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan rezeki yang datang tanpa saya duga ini di mana banyak sekali tawaran yang datang kepada saya sehingga jadual kerja saya sudah penuh sehingga Mac depan.

“Terdekat saya bakal mengadakan konsert solo di Nusajaya Barat Indonesia pada bulan di depan dan kemudiannya diikuti dengan persembahan di Filipina yang saya harapkan dapat memberi peluang baru untuk saya dalam kerjaya seni selepas ini,” katanya yang turut berhasrat mengadakan konsert solo di Malaysia pula selepas ini.

Sarah akur naib juara

Sementara itu, Siti Sarah yang meraih tempat kedua juga tampil dengan persembahan yang mantap menerusi medley lagu I Will Always Love You dan Matahariku serta lagu Seandainya nyanyian Azharina di segmen battle.

“Saya dah mencuba paling baik pada malam ini dengan izin ALLAH SWT, namun saya percaya kepada rezeki yang telah ditentukan di mana ia berpihak kepada Azharina malam ini.

“Saya gembira dengan apa yang dilalui sepanjang GV3 ini malah bersyukur kerana mempunyai suami serta dikelilingi insan-insan yang banyak menyokong perjalanan saya dalam pertandingan ini.

“Insya-ALLAH, selepas ini saya akan kembali aktif dalam bidang nyanyian dan bakal muncul dengan single terbaru bersama Tam Spider tidak lama lagi,” katanya.

CORAT-CORET:
  • Penonton memenuhi perkarangan Auditorium MBSA, Shah Alam seawal jam 6.00 petang.
  • Perang sorak antara penyokong Azharina dan Siti Sarah di dalam auditorium menggamatkan suasana.
  • Sebelum konsert bermula, setiap finalis diberikan peluang untuk berada bersama-sama dengan para penyokong mereka di tempat duduk.
  • Setiap kali iklan, juri undangan, Hetty Koes Endang diserbu para artis dan tetamu yang hadir untuk bergambar.
  • Hetty Koes Endang memberikan ‘standing ovation’ untuk persembahan Azharina dan Siti Sarah.
  • Ning Baizura dan Syamel muncul membuat persembahan bagi mempromosikan program terbaru Astro, Duo Star.
  • Battle Azharina dan Siti Sarah mengimbau kenangan 15 tahun lalu ketika pertandingan final Bintang RTM 2001.
  • Azharina mengenakan barangan kemas bernilai lebih RM1 juta ketika membuat persembahan.
  • Sarah melayan peminat sehingga jam 1 pagi di luar perkarangan Auditorium MBSA bagi menyatakan rasa terima kasihnya.
  • Gmie Screen menitiskan air mata usai menyanyikan lagu medley Salam Terakhir dan Bila Bulan Berwarna Biru.
  • Persembahan penutup dari Datuk Siti Nurhaliza memukau penonton biarpun hanya lima minit kerana dirasakan seolah-olah menonton sebuah konsert mega. -SH

BACA INI JUGA: 10 Artis Wanita Asia Paling Popular Tahun 2015

Gambar Menarik Minuman Keras Dibawah Mikroskop

Sebuah syarikat bernama Bevshots telah menghasilkan satu siri gambar minuman keras di bawah mikroskop di makmal kimia Florida State University. Gambar di bawah ini adalah Martini kering pada pembesaran 1000x.

Pengambilan gambar di lakukan dengan membiarkan titisan minuman beralkohol tersebut hingga kering dan meletakkannya di dalam bekas kedap udara yang kemudian di potret dengan menggunakan kamera 35 mm.

Seluruh proses pengambilan gambar ini memakan masa lebih dari 3 bulan dan sebanyak 200 kali percubaan telah dilakukan untuk dapat mengambil bahagian-bahagian dari minuman beralkohol ini.

Scotch

Tequila

Vodka

Whiskey

White Russian

Chablis

Champagne

Daiquiri

Margarita

Pina Colada

Rose

Sake

Ianya dikongsi bersama sebagai pengetahuan umum.

[Sumber]

Budak Diculik Temui Keluarga Selepas 22 Tahun Melalui Facebook

Alex Anfuso, seorang lelaki Itali yang diculik oleh ayahnya sendiri pada usia 5 tahun, telah tinggal di Kairo, ibu kota Mesir selama 22 tahun terakhir dengan menggunakan nama yang berbeza.


Lelaki itu muncul kembali melalui jaringan sosial terkenal dengan post berikut: "Nama saya Alex. Saya mencari keluarga saya. Saya mencari ibu saya".

Pada tahun 1987, ketika itu ibu Alex sedang menjalani hukuman penjara di Rebibbia Rom, ayahnya mengambilnya dari Guidonia, Itali dan membawanya ke Mesir, di mana dia tinggal.

Anfuso, yang kini berusia 29 tahun, tidak memiliki surat kelahiran Mesir atau kad pengenalan penduduk Mesir.

Setelah bertahun-tahun, dalam usaha untuk berhubung dengan saudaranya di Itali, dia mengirim pesan kepada ramai orang dengan nama terakhir 'Anfuso'.

Dia juga menghubungi Pino Anfuso, pengacara TV yang bekerja untuk TV RAI yang akhirnya membantunya untuk berkongsi cerita dengan acara TV popular "Chi l'ha visto" ( "Siapa yang telah melihat mereka?" ).

Alex keudara untuk menceritakan kisahnya namun sayangnya, ibunya sudah meninggal dunia.

-SP

Gambar Seksi Adik David Beckham Bertukar Jadi Kurus

Jika pemain bola sepak, David Beckham bukan main bergaya disamping isterinya, Victoria dan anak-anak.


Lain pula cerita mengenai adiknya Joanna, 31.

Selepas mengalami penurunan berat badan sebanyak 20 paun, Joana yang baru saya menyambut hari lahirnya telah memakai dress bewarna hitam dengan menampakkan sebahagian daripada ‘asetnya’.

Baju yang dipakainya itu mempunyai ruang yang luas pada bahagian depan. Dia pulak tidak memakai baju dalam!

Ramailah yang mula mengutuknya kerana dia seolah-olah memalukan diri sendiri.

Lihat gambar Joanna sebelum dan selepas kurus ini.


[Sumber]

Lakaran Jantung Manusia 201 Tahun Lalu

Satu lakaran dalam jurnal New England Journal of Medicine yang bertarikh 1 April 1812 menunjukkan gambar rajah jantung manusia.


Gambar rajah itu disiarkan menerusi artikel berjudul Cases of Organic Diseases of the Heart and Lungs yang dihasilkan oleh John C. Warren.

Jurnal itu diasaskan dua abad lalu oleh dua doktor dari Boston dengan idea bahawa sains akan dapat memberi panduan dalam rawatan perubatan.

–Kosmo

Bunuh Anak Sendiri Kerana Alat Kelamin Terlalu Kecil

“Kalau alat kelamin tak ada, lebih baik mati saja,” begitu kata seorang ibu berusia 38 tahun dalam keterangan kepada polis ketika mengaku membunuh anak lelakinya berusia tujuh tahun kerana malu dengan jiran-jiran di Jatinegara, Cakung, Jakarta Timur pada Selasa.


Dalam kejadian di rumahnya itu pada tengah hari ini, wanita itu dilaporkan telah membenam kepala kanak-kanak itu ke dalam baldi berisi air sehingga tidak bernyawa.

Ibu itu juga mengikat tangan dan kaki anaknya agar dia tidak meronta.

Dia telah menyerah diri di balai polis dan mengaku melakukan pembunuhan itu.

Seorang jurucakap polis dipetik oleh portal berita kompas.com sebagai berkata bahawa kanak-kanak lelaki itu telah melalui proses berkhatan di kampung halaman di Grobogan, Jawa Tengah, pada Disember lalu.

Setelah pulang ke Jakarta, wanita itu yang mendapati alat kelamin anaknya mengecil telah membawa anaknya ke sebuah pusat berkhatan di Bekasi, Jawa Barat.

Usaha itu tidak memberi hasil sebagaimana yang diharapkan sehingga menyebabkan dia berasa malu dengan jiran-jiran dengan keadaan zakar anaknya itu, kata jurucakap itu.

Selain motif perasaan malu, polis akan juga menyiasat motif lain dalam pembunuhan itu kerana jiran-jiran wanita itu tidak mengetahui masalah yang dialami kanak-kanak lelaki itu selepas dia berkhatan.

-BERNAMA

Artis Hollywood Puji Keenakkan Buah Durian

Jarang-jarang kita dengar mat saleh suka makan durian kan. Kebanyakannya langsung tidak menyukai rasa dan bau buah berduri itu.


Tetapi perkara ini berlainan pula buat pelakon siri guaman popular Suit, Patrick J. Adams.

Dia yang dalam rangka promosi drama terbabit minggu lalu sempat singgah di sekitar negara Asia Tenggara seperti Singapura dan Malaysia bersama rakan pelakonnya yang lain.

Malahan kesukaannya terhadap buah tempatan itu sempat dikongsikannya kepada lebih daripada 120 ribu pengikut di laman Twitternya.


Patrick menulis, “Terima kasih Malaysia di atas layanan baik anda. Harapnya dapat kembali lagi ke sini. Durian Sedap”!

[Sumber]

Gambar Bumi Yang Menakjubkan Dari Angkasa

Gambar satelit yang diambil oleh NASA ini menunjukkan kepada kita betapa indahnya bumi ciptaan Tuhan ini.


Kadang-kadang keindahan tersebut akan semakin terserlah apabila kita melihatnya dari angkasa.

Cuma sayangnya tak mustahil semua keindahan ini akan lenyap daripada pandangan apabila kita tak henti-henti melakukan pencemaran alam sekitar.

Apa-apa pun jom kita nikmati gambar-gambar satelit pemandangan menakjubkan dari seluruh dunia ini.


[Sumber]

Zamani Slam Kurus Kering Hanya Seberat 42 Kg!

Vokalis kumpulan Slam, iaitu Zamani masih belum berputus asa mencari pasangan hidup selepas mengalami kegagalan dalam hubungan cinta sebanyak dua kali sebelum ini.

Zamani Slam

Zamani, 42, berkata, pada usianya kini dia sentiasa berharap akan kehadiran seorang wanita dalam hidupnya suatu hari nanti.

“Saya tidak menolak jika bertemu jodoh pada usia sekarang kerana masih belum berputus asa mencari pasangan sesuai untuk saya.

“Ciri-ciri pada seorang wanita bukan menjadi keutamaan kerana yang penting dia dapat menerima bukan sahaja kebaikan tetapi juga kekurangan pada diri saya.

“Walaupun pernah putus cinta sebanyak dua kali sebelum ini tetapi itu tidak bererti saya sudah serik mencari jodoh cuma belum sampai masanya lagi,” jelasnya kepada mStar Online.

Zamani ditemui pada sidang media Minggu Setiausaha Bersama Zamani di sini, Selasa.

Persembahan eksklusif itu bakal diadakan pada 9 April depan di Kelab Darul Ehsan (KDE) bermula pukul 12 tengah hari hingga 2 petang.

Pelawak Man (Raja Lawak) dan Fida Ibrahim turut dijemput untuk memeriahkan persembahan yang dijangka akan dihadiri kira-kira 300 tetamu itu.

Dalam pada itu, ditanya mengenai keadaan fizikalnya yang kelihatan cengkung, Zamani berkata, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menaikkan berat badan namun gagal.

Menurutnya, selera makannya seperti biasa seperti individu lain tetapi keadaan fizikalnya tetap sama sejak dahulu.

“Dari dulu berat badan saya 45 kilogram dan macam-macam usaha dibuat untuk tambahkan berat badan tapi tak berjaya.

“Malah sekarang badan saya turun dua kilo sehingga ada yang menegur saya kelihatan sakit,” jelasnya.

Bagaimanapun kata Zamani, dia tidak terlalu memikirkan tentang perkara itu kerana baginya dia mengamalkan pemakanan seimbang supaya kekal sihat.

Dalam perkembangan lain, Zamani berkata, dia sangat teruja dengan persembahan Minggu Setiausaha KDE itu kerana ini adalah kali pertama dia terlibat dalam persembahan eksklusif berkenaan.

Zamani akan mempersembahkan 10 buah lagu pada acara itu nanti selain menyelitkan beberapa segmen bersama penonton.

“Setakat ini kami masih berbincang untuk memberi kelainan kepada persembahan itu nanti namun yang pasti saya akan cuba memberikan yang terbaik,” jelasnya.

Dibawa oleh Triple Network Solutions (M) Sdn Bhd, penonton yang hadir bakal memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai RM10,000 termasuk percutian ke tempat-tempat menarik dalam negeri.

Tiket dijual pada harga RM173, RM273, RM373 dan RM473.

BACA INI JUGA: Shah Slam Bongkar Rahsia Sikap Sebenar Zamani!

Sumber: mStar

Wednesday, February 27, 2013

Aksi Menarik Nora Danish Ketika Cuci Kereta

Nora Danish baru-baru ini memuat naik gambar dia dan anaknya membasuh kereta dalam Facebooknya.


Walaupun ia cuma aktiviti biasa, Nora mungkin merasakan ia adalah antara aktiviti terbaik untuk meluangkan masa bersama anak tercintanya, maklumlah dia sendiri semakin sibuk mendapat undangan berlakon sejak akhir-akhir ini.

Jadi mungkin aktiviti sebegini salah satu cara untuk dia merapatkan lagi hubungan mereka anak beranak.


Masing-masing ada ‘style’ tersendiri untuk bersama insan yang tersayang…anda pula bagaimana?

[Sumber]