Thursday, January 31, 2013

Kisah Wanita Penipu Dilantik Menjadi Presiden Kelab 9/11

Demi mendapat perhatian ramai dan keinginan mahu dihargai serta disayangi, Alicia Esteve yang kini berusia 40 tahun sanggup mereka cerita dia menjadi antara mangsa keruntuhan Pusat Dagangan Dunia (WTC), Amerika Syarikat (AS) ketika bangunan itu menjadi sasaran serangan pengganas dalam kejadian 11 September 2001.


Hakikatnya, Alicia yang ketika itu baru berusia 28 tahun, bukan saja berada di negara asalnya Sepanyol ketika kejadian, malah hanya menjejakkan kaki ke AS buat pertama kali selepas dua tahun tragedi berkenaan.

Menggunakan nama samaran Tania Head, Alicia muncul di tengah kesedihan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan sesetengah mangsa terhadap kurangnya perhatian dan sokongan diberikan kerajaan bagi menyalurkan bantuan wajar kepada mereka yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan kejadian malang itu.

Cerita menyayat hati Alicia yang mendakwa nyawa-nyawa ikan dan hampir kehilangan tangannya dalam kejadian itu sebelum ditarik keluar dengan selamat dari runtuhan oleh seorang lelaki yang memakai bandana merah di kepala, memukau ramai pihak hingga dia diangkat sebagai Presiden Rangkaian Mangsa Terselamat WTC.

Tidak cukup dengan kisahnya hampir menemui ajal, Alicia turut mendakwa dia kehilangan tunang tersayang, Dave yang bekerja di bahagian menara utara bangunan berkenaan.

Bagi meraih perhatian media, Alicia juga mengatakan kononnya seorang lelaki yang sedang nazak ketika runtuhan berlaku memintanya untuk membantu memberikan cincin perkahwinan kepada isterinya.

Alicia turut mendakwa dia berada di tingkat 78 di bahagian selatan menara ketika kapal terbang, United Airlines Flight 175 yang ditawan pengganas melanggar WTC, sekali gus menjadikan dia antara hanya 19 orang di tingkat itu dan di atasnya yang terselamat dalam kejadian ngeri itu.

Pada 2005, anak jati bandar Barcelona itu dipilih untuk menerajui Pusat Pelawat Penghormatan WTC serta membawa pelawat ternama melihat keadaan sekeliling runtuhan termasuk Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg; mantan Datuk Bandar New York, Rudy Giuliani dan Gabenor New York, George Pataki.

Dia juga dijemput ramai untuk memberikan ucapan di merata tempat termasuk kolej, menceritakan kisah sebagai mangsa runtuhan menara itu yang mendapat perhatian seluruh dunia.

Dengan penuh yakin, Alicia sering berkongsi ‘pengalaman tragisnya’ kepada kumpulan pelawat. Kata-kata seperti “saya seorang mangsa dan saya akan menceritakannya kepada anda” sering bermain di bibirnya.

Namun pada 2007, enam tahun selepas kejadian, bibit penipuan Alicia mula terbongkar apabila akhbar The New York Times mengambil langkah mengesahkan setiap fakta dalam kisah wanita itu.

Alicia menarik diri daripada tiga temu ramah yang sudah dijadualkan dan kemudian enggan bertemu wartawan. The New York Times kemudian menghubungi mangsa lain untuk memujuk Alicia, namun dia tetap enggan ditemu ramah.

Akhbar itu mula menimbulkan persoalan terhadap kebenaran fakta cerita Alicia dan pada 27 September 2007, pertubuhan Rangkaian Mangsa Terselamat WTC mengundi untuk memecat wanita itu sebagai presiden dan pengarah kumpulan itu kerana mereka-reka cerita.

Satu elemen yang dipersoalkan ialah pertunangannya dengan seorang lelaki bernama Dave. Keluarga lelaki itu mendakwa tidak pernah mendengar mengenai Alicia.

Janice Cilento, seorang pekerja sosial di pertubuhan Rangkaian Mangsa Terselamat WTC dan rapat dengan Alicia berkata, pada September 2007, wanita itu membuat perubahan dalam pengakuannya beberapa minggu sebelum semuanya terbongkar. Dia mendakwa memiliki ijazah daripada Universiti Harvard dan ijazah perniagaan siswazah daripada Universiti Stanford, namun kedua-duanya melaporkan tiada rekod Alicia sebagai pelajar di situ.

Alicia juga mendakwa dia bekerja di Merrill Lynch di Pusat Dagangan Dunia sedangkan Merrill Lynch berkata, ia tidak mempunyai rekod dia bekerja di situ.

Menurut Adrian Gatton, pengeluar dokumentari The Faker 9/11, Alicia tidak berada di Amerika Syarikat pada 11 September 2001, sebaliknya dia menghadiri sekolah perniagaan di Barcelona, Sepanyol, ketika itu.

Satu laporan dalam akhbar harian Barcelona, La Vanguardia pada 2 Oktober 2007 mendedahkan Alicia menghadiri kelas Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Sekolah Perniagaan ESADE di Barcelona hanya seminggu selepas serangan itu.

Rakan di kelasnya juga tidak pernah mendengar Alicia membincangkan serangan atau kehilangan tunang dan dia tidak menunjukkan sebarang kecederaan ketika itu.

Namun Alicia ada memberitahu rakan kelasnya dia mengalami kecederaan lengan akibat kemalangan kereta atau ada masanya kemalangan menunggang kuda.

La Vanguardia melaporkan, wanita itu menghadiri kelas berkenaan sehingga Jun 2002 dan memberitahu rakan sekelas dia mahu bekerja di New York. Dia sebelum itu menghadiri Universiti Barcelona dan bekerja untuk penganjur hiburan tempatan dan syarikat hotel Sepanyol, Hovisa.

Sejak pendedahan mengenai cerita rekaannya tersebar, satu e-mel dihantar pada Februari 2008 dari akaun Sepanyol kepada ahli pertubuhan Rangkaian Mangsa Terselamat WTC mendakwa Alicia yang membunuh diri.


Bagaimanapun, dalam dokumentari The Faker 9/11 pada September 2008, kedudukan Alicia dikatakan tidak diketahui.

Dalam dokumentari filem dan buku bertajuk The Woman Who Wasn’t There, kisah Alicia dipaparkan melalui temu bual bersamanya dan ahli pertubuhan Rangkaian Mangsa Terselamat WTC sebelum dan selepas penipuan terbongkar.

Alicia enggan ditemu bual selepas identitinya terdedah. Pada penghujung buku dan filem dokumentari itu, dia dilihat di bandar New York pada 14 September 2011, sekali gus menyangkal fakta tidak tepat dia membunuh diri.

Pada Julai 2012, Alicia dipecat daripada tugasnya di Inter Partner Assistance, sebuah syarikat insurans di Barcelona sebaik majikannya mendapat tahu mengenai penipuannya di New York.

Dia dikatakan menunjukkan prestasi yang baik di syarikat itu, tetapi dipecat kerana majikannya bimbang kehilangan kepercayaan pelanggan.

Pengganti Alicia sebagai Ketua Pertubuhan Rangkaian Mangsa Terselamat World Trade Center, Richard Zimbler berkata, tidak ada sebab bagi mereka atau sesiapa yang mendengar untuk meragui cerita wanita itu.

“Dia kelihatan serasi dengan cerita itu. Malah dia mempunyai parut terbakar akibat kecederaan yang teruk pada lengan dan ceritanya sangat realistik,” katanya.

Namun, La Vanguardia memetik seorang bekas rakan sekerja sebagai berkata, Alicia mengatakan lengannya berparut selepas kereta Ferrari yang dipandu selaju 200 kilometer sejam bersama tunangnya terbabit dalam kemalangan.

Sumber itu berkata, Alicia sering mengatakan dia sudah kehilangan tangannya dalam kemalangan itu, tetapi ia dijumpai dan dijahit semula.

Menurut La Vanguardia, Alicia sebenarnya datang dari keluarga Barcelona yang terkenal, tetapi terbabit dalam skandal kewangan pada 1992. Ayah dan abangnya dimasukkan ke penjara.

Seorang rakan lamanya juga berkata, Alicia sering memperkatakan mengenai kekayaan dan kedudukan sosial keluarganya, perniagaan abangnya, pakaian mewah dan pendidikannya di universiti terbaik di Amerika Syarikat.

“Bagi kami, amat mengejutkan kerana ceritanya lebih kepada rekaan berbanding fakta. Dia menipu dengan terlalu mudah,” katanya.

Ahli psikologi Amerika Syarikat, Bella DePaulo berkata, Alicia mahu apa yang semua pendusta paling inginkan iaitu mengubah cara orang lain melihat mereka, mahu disayangi, dihormati, dihargai dan diberi perhatian.

-Hmetro

Tahniah! Ning Baizura Lahirkan Seorang Bayi Lelaki

Penyanyi, Ning Baizura, 38, selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital swasta, di sini, awal pagi tadi.


Kehadiran orang baru seberat 3.5 kilogram yang dilahirkan pada jam 3 pagi melalui pembedahan itu lebih bermakna buat Ning kerana dia dilahirkan ketika Ning menyambut ulang tahun perkahwinan kelima bersama suami, Omar Sharif Christopher Layton Dalton, 37, hari ini.

Pengurus Ning, Aylwin Santiago ketika dihubungi memaklumkan Ning dan anaknya itu berada dalam keadaan sihat.

-Hmetro

Pengguna Facebook Dipaksa Berbogel Selepas Akaun Digodam

Seorang lelaki berdepan hukuman penjara sehingga 105 tahun jika didapati bersalah memeras ugut beratus-ratus wanita supaya mereka berbogel sambil menyaksikan aksi itu melalui Internet.


Karen ‘Gary’ Kazaryan, 27, didakwa memaksa lebih 350 wanita muda mempamerkan tubuh mereka selepas menggodam akaun Facebook dan e-mel mangsa.

Media semalam melaporkan, Kazaryan menyamar sebagai rakan wanita itu sebelum memujuk mereka supaya berbogel untuknya.

Aktiviti itu dapat dilakukan secara langsung melalui kemudahan Skype.

Lelaki dari Glendale itu didakwa menyelongkar akaun mangsa mencari sebarang gambar bogel atau separuh bogel.

Jika mangsa mengesan aktiviti Kazaryan, dia bukan saja tidak menghentikan perbuatan itu, malah mengugut mereka untuk berbogel lagi untuknya.

Penyiasat berkata, 3,000 gambar bogel atau separuh bogel ditemui dalam komputer Kazaryan setakat ini.

Katanya, Kazaryan menghubungi mangsanya dari semasa ke semasa supaya dapat mendesak mereka berbogel untuknya.

“Dalam sesetengah kes, Kazaryan meletakkan gambar bogel di akaun Facebook mangsa jika mereka enggan mengikut kemahuannya,” katanya. Kazaryan ditahan semalam dan menghadapi 15 tuduhan pencerobohan komputer serta 15 dakwaan mencuri identiti.

-DM

Negara Manakah Yang Paling Ramai Dihuni Yahudi?

Sudah tentu negara yang pertama paling ramai dihuni oleh bangsa Yahudi adalah Israel dengan jumlah penduduknya 5313800 (40% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia).

Negara haram Yahudi

Data-data ini dapat memberikan sebuah gambaran yang mendalam pada peringkat dasar setiap negara, yang berkaitan dengan politik, ekonomi, perdagangan, pertahanan-keselamatan, budaya, ilmu pengetahuan, teknologi-maklumat, dan bahkan bidang pertanian.

Semakin ramai jumlah orang Yahudi di sebuah negara, semakin kuat pengaruhnya terhadap aspek-aspek polisi pemerintahan di sebuah negara. Ini sudah menjadi fakta yang sifatnya umum.

 Negara-negara yang jumlahnya penduduk Yahudi cukup ramai, bererti negara itu sudah berada dalam 'genggaman' golongan Yahudi.

Ini kerana orang Yahudi selalu membina jaringan yang sangat kuat, berdasarkan hubungan darah (ras), ideologi (agama) dan kepercayaan atau mitos bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa pilihan 'tuhan'.

Di luar Israel, sepuluh negara yang jumlah Yahudinya paling ramai adalah;
  • Amerika jumlah Yahudi 5,275,000 (40% dari jumlah keseluruhan populasi dunia)
  • Perancis jumlah Yahudi 491,000 (3.8% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia)
  • Kanada jumlah Yahudi 373,000 ( 2.9% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia)
  • Britain jumlah Yahudi 297,000 (2.3% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia)
  • Rusia 228,000 (1.7% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia)
  • Argentina jumlah Yahudi 184,000 (1.4% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia )
  • German jumlah Yahudi 118,000 (0.9% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia)
  • Australia jumlah Yahudi 103 (0.8% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia)
  • Brazil jumlah Yahudi 96,000 (0.7% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia)

Dari data ini golongan Yahudi yang paling ramai di luar Israel, ialah di Amerika yang jumlahnya seramai 5,275,000 (40% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia), maka Amerika sebagai negara 'super power' yang mempunyai pengaruh secara global, baik di bidang ekonomi, perdagangan, petahanan-keselamatan dan memberi kesan sangat luas.

Di Amerika yang sangat terkenal dengan 'lobi' Yahudi yang sangat berpengaruh seperti AIPAC dan JAC yang semuanya mempengaruhi kehidupan nasional Amerika.

Jadi dengan jumlah golongan Yahudi yang ramai, dan sudah menyerap kedalam semua institusi awam yang ada di Amerika, maka melihat keadaan ini para pemimpin Israel telah menganggap Amerika sebagai tanah air mereka. Israel dengan mudah mengawal dasar terhadap negara dan pemerintah Amerika.

Selain itu, beberapa negara Eropah yang sangat strategik iaitu Perancis, Britain dan Jerman, terdapat populasi Yahudi yang besar (lihat jumlah daftar Yahudi).

Disamping Rusia yang sejak zaman Tzar, orang-orang Yahudi sudah mempunyai pengaruh yang sangat penting dalam kehidupan politik Rusia.

Bahkan, sebahagian pemimpin politik dan ideologi Parti Komunis Rusia adalah Yahudi. Seperti Karl Marx, Lenin, Stalin dan lain-lain.

Malah, orang kedua terkaya di Rusia, Roman Abromovich, yang memiliki kelab Chelsea adalah seorang Yahudi.

Semua negara Barat, bergabung dalam kumpulan G8 (Kumpulan Negara Industri), di negara mereka masing-masing terdapat jumlah Yahudi yang ramai dan pada umumnya mereka mempunyai pengaruh yang sangat penting.

Namun, yang menjadi pusatnya adalah di Tel Aviv. Negara-negara lain, seperti Amerika, Perancis, Kanada, Britain, Rusia dan Jerman, hanya menjadi 'proxy' kepada Israel.

Dalam kes konflik di Timur Tengah, sejak wujudnya negara haram "Israel" pada tahun 1948 sehingga perang 1956, 1967, 1973 serta serangan Israel di Lebanon pada tahun 1982 serta perang di Lebanon Selatan 2006.

Kali terakhir pencerobohan Israel ke Gaza, semuanya menggunakan 'proxy', negara yang sudah di bawah bayang-bayang Israel.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Benarkah Bahawa Cicak Mesti Dibunuh?

Ramai yang bertanya soalan ini kepada saya. Kenapa Islam memberi kelebihan tertentu untuk membunuh cicak? Apakah itu kerana ia pernah meniupkan api yang membakar Nabi Ibrahim?

cicak

Jika benar, mengapa kerana kesalahan seekor cicak ratusan tahun lalu, semua cicak mesti dibunuh hingga ke hari ini?

Sebelum menjawab soalan ini, saya hendak menegaskan satu prinsip. Setiap perintah Rasulullah SAW mestilah mengandungi hikmah tertentu, sama ada kita dapat mengetahui hikmah itu ataupun tidak.

Namun begitu, setiap kali berbincang tentang perintah ataupun larangan Nabi SAW, kita mesti pastikan terlebih dahulu status kesahihan hadis yang mengandungi perintah atau larangan tersebut.

Ini kerana, menisbahkan suatu ucapan palsu kepada Nabi SAW sebuah dosa besar menurut para ulama.

Hadis yang mengandungi perintah membunuh cicak adalah sahih berasal daripada Nabi SAW. Antaranya hadis riwayat Muslim daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi memerintahkan untuk membunuh cicak dan menyebutnya sebagai haiwan perosak (fuwaisiq).

Berdasarkan hadis di atas, para ulama sepakat menyatakan sunat membunuh cicak. Sebabnya kerana cicak termasuk haiwan perosak, pengotor dan boleh membawa penyakit. Atau dalam hadis Saad bin Abi Waqqas di atas, ia termasuk fuwaisiq.

Dalam istilah moden, kita boleh mengatakan bahawa cicak termasuk dalam kategori pest (perosak) seperti; nyamuk, kutu, tikus, pijat, lipas dan lain-lain. Semua haiwan ini digalakkan untuk dibasmi demi menjaga kesihatan manusia.

Berkata Imam al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim: "Nabi memerintahkan dan menggalakkan untuk membunuh cicak kerana ia termasuk mu'ziyat (haiwan-haiwan yang dapat mengganggu kesihatan manusia)."

Jadi, sama sekali tidak benar sangkaan bahawa kerana kesalahan cicak seekor, semua cicak mesti dibunuh hingga ke hari ini.

Kisah cicak meniup api yang membakar Nabi Ibrahim memang sahih. Al-Bukhari meriwayatkan, Nabi memerintahkan Ummu Syarik untuk membunuh cicak.

Baginda bersabda, "Ia pernah meniup api pembakaran Nabi Ibrahim (untuk menyalakannya)."

Namun hadis ini sama sekali tidak menunjukkan bahawa perkara itu tidak menjadi 'illat (penyebab) suruhan tersebut.

Menurut al-Baidawi, ini menunjukkan betapa kotor dan buruknya cicak sehinggakan syaitan boleh memperalatkan (cicak) untuk meniup dan menambah besar api yang membakar Nabi Ibrahim.

Jadi, lagi-lagi perbincangan kembali kepada sifat perosak dan kotor haiwan kecil ini. Sifat inilah yang menjadi sebab utama mengapa Islam memerintahkan untuk membunuhnya. Bukan kerana motif balas dendam atau perkara lainnya.

Adapun hadis al-Nasa'i dan Ibnu Majah yang menceritakan bahawa Siti Aisyah menyiapkan sebuah tombak untuk membunuh cicak, itu adalah hadis lemah.

Dalam hadis tersebut, Rasulullah SAW menceritakan bahawa semasa Nabi Ibrahim dilempar ke dalam api, semua haiwan berusaha memadamkannya kecuali cicak.

Haiwan ini malah meniup untuk menyalakan api, maka sebab itulah Rasulullah memerintahkan untuk membunuhnya.

Dalam sanad hadis ini terdapat kecacatan yang melemahkannya.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Cicak Gecko Bernilai RM1 Juta Menjadi Rebutan!

Sumber: utusan

Perogol Bersiri Hanya Dipenjara 5 Tahun!

Seorang lelaki yang juga perogol bersiri, dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas menukar pengakuan kepada bersalah mencabul seorang gadis berusia 23 tahun pada 18 Mac tahun lalu.


Tertuduh, Amran Che Jaafar, 30, seorang duda berasal dari Bachok, sebelum ini mengaku tidak bersalah sehingga kes tersebut menjalani perbicaraan yang agak panjang iaitu hampir setahun.

Penjenayah seks yang dikaitkan dengan 20 kes rogol dan cubaan rogol di seluruh Kelantan itu sedang menjalani hukuman penjara selama 28 tahun dan 13 sebatan atas pelbagai kesalahan jenayah berat seperti merogol, merompak, memecah masuk kediaman dan menikam paha gadis yang gagal dirogolnya.

Majistret Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly menetapkan hukuman penjara lima tahun itu berkuat kuasa bermula hari ini.

[Sumber]

Unik! Lukisan Yang Dibuat Daripada Tali Kasut

Info Unik Dunia. Kalau dilihat dari jauh potret-potret ini, mungkin ada yang menyangkakan ianya dihasilkan menggunakan cat kat kanvas atau "arcylic". Tapi sebenarnya, potret-potret ini terhasil daripada beribu-ribu tali kasut.


Unik kan..

[Sumber]

Wednesday, January 30, 2013

Wanita Gemuk Meninggal Dunia Selepas Dihalang Menaiki Pesawat

Seorang lelaki Amerika Syarikat (AS), Janos Soltesz yang 'kehilangan' isterinya pada tahun lalu selepas tiga syarikat penerbangan enggan membawa isterinya itu dari Eropah ke AS, bertindak menyaman syarikat-syarikat terbabit berjumlah AS$6 juta (RM18 juta), semalam.


Syarikat-syarikat penerbangan itu enggan membawa isteri plaintif, Vilma Soltesz kerana wanita itu mempunyai berat badan yang berlebihan, menurut saman yang difailkan lelaki itu di Mahkamah Persekutuan di Manhattan.

Ketika kejadian itu, Soltesz dilaporkan mempunyai berat badan sebanyak 193 kilogram, selain berkerusi roda dan menghidap penyakit diabetis serta buah pinggang.

Soltesz ditemui meninggal dunia di kediaman percutian mereka di Hungary pada Oktober 24 Oktober lalu.

Menurut saman yang difailkan, ketiga-tiga syarikat penerbangan itu menyebabkan kematian dan melakukan kecuaian melampau.

Pasangan itu meninggalkan rumah mereka di Bronx pada September lalu untuk bercuti di Hungary dengan menaiki pesawat Delta Air Lines dengan Vilma diberikan dua tempat duduk.

Namun, pada 2 Oktober lalu, Soltesz terpaksa dirawat di hospital Hungary selepas jatuh sakit, tetapi dibenarkan keluar hospital dan menaiki pesawat dengan syarat dia haruslah berjumpa doktor sejurus selepas tiba, menurut tuntutan saman tersebut.

Dua minggu selepas itu, pasangan tersebut cuba meninggalkan negara itu menggunakan kaedah sama seperti mereka pergi ke negara ini sebelum ini, tetapi penerbangan KLM Royal Dutch Airlines, Delta dan Lufthansa menolaknya dengan memberi alasan tertentu.

Selepas beberapa minggu mencuba, mereka masih gagal dan Soltesz yang keletihan dan sakit akhirnya hanya terbaring di atas katil di rumah percutian mereka di Veszprem sehinggalah dia ditemui meninggal dunia oleh suaminya pada 24 Oktober lalu. - REUTERS

-Utusan

Penduduk Korea Utara Makan Anak Sendiri Akibat Kelaparan

Penduduk Korea Utara yang kelaparan didakwa bertindak membunuh anak mereka untuk dijadikan makanan bagi mengelak kelaparan, lapor The Sunday Times.

Gambar kanak-kanak Korea Utara yang kebuluran

Seorang ayah dikatakan telah dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh dua anaknya untuk dijadikan makanan, ketika kebimbangan lebih banyak lagi kes seperti itu berlaku di negara komunis ini.

Menurut The Sunday Times, mereka memperolehi maklumat itu daripada wartawan yang menyaksikan beberapa kejadian mengerikan itu di negara ini.

Kes lain yang dilaporkan termasuklah seorang penduduk yang menggali kubur cucunya untuk dijadikan makanan dan anak warga emas itu bertindak memasak daging anaknya sendiri.

Beribu-ribu rakyat Korea Utara dikhuatiri mengalami kebuluran, meskipun perkara itu dinafikan oleh pemimpin negara ini, Kim Jong-un.

Lebih 10,000 penduduk negara ini didakwa terbunuh di wilayah selatan Pyongyang akibat kebuluran.

Menurut seorang pemberi maklumat di Hwanghae, seorang lelaki di kampungnya dijatuhi hukuman mati pada Mei lalu selepas membunuh dua anaknya dan cuba memakan mayat anaknya.

Menurutnya, lelaki itu ditahan selepas isterinya membuat aduan kepada pihak berkuasa dan mayat kanak-kanak itu ditemui.

Laporan itu dikumpulkan oleh Asia Press menggunakan 'wartawan penduduk tempatan'.

Ramai penduduk Korea Utara mengalami kebuluran akibat kejatuhan pengeluaran makanan di negara ini, terutama akibat dilanda musim kemarau. - AGENSI

-Utusan

Pelakon Malaysia Pertama Yang Berlakon Di Hollywood

Ibrahim Hassan atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Pendek merupakan pelakon melayu pertama yg berlakon di dalam filem keluaran Hollywood. Bahkan beliau juga merupakan pelakon Malaysia yang pertama juga berlakon di dalam filem Hollywood.

Sedutan dari filem lakonan Ibrahim Pendek di Hollywood.

Filem lakonannya adalah THE SPIRAL ROADS dan pengambarannya telah di lakukan di UNIVERSAL INTERNATIONAL, HOLLYWOOD.

Filem tersebut turut di bintangi oleh pelakon, Rock Hudson, Gene Rowlans, Burt Ives dan Ibrahim telah berlakon sebagai pembantu Burt Ives dalam filem tersebut.

Ibrahim telah berangkat ke Amerika pada 18 ogos 1961. Beliau telah dibayar sebanyak US35 sehari. Ketika itu umur beliau 37 tahun dan merupakan pelakon tetap Shaw Malay Production Ltd, Singapura.

Pihak Universal telah menawarkan Ibrahim untuk tinggal dan berlakon di Hollywood tetapi beliau telah menolaknya.

Ibrahim Pendek juga merupakan pelakon pertama Malaysia yang berlakon dalam filem berwarna.

[Sumber]

Edited by SP

Percayalah Video Ini Sangat Menyentuh Perasaan

Klip video ini pendek sahaja namun ia cukup menyentuh perasaan siapa pun yang melihatnya.

Gambar hiasan

Saksikan bagaimana si abang hendak membantu adik perempuannya untuk melintas sebuah parit kecil.

Semoga nilai-nilai murni yang tertanam itu akan kekal sehingga mereka meningkat dewasa.

Saksikan...


[Sumber]

Wajah Justin Bieber Sebelum Menjadi Terkenal

Justin Bieber saat ini merupakan artis yang menjadi idola remaja seluruh dunia khususnya remaja perempuan yang tergila-gila dengan ketampanannya.


Penyanyi yang popular melalui lagu ‘Baby’ ini pada awalnya hanyalah kanak-kanak lelaki yang menjalani kehidupan normal seperti remaja lain.

Pernahkah anda lihat wajah Bieber sebelum menjadi terkenal? Kepada peminat fanatiknya, mustahillah juga jika belum tengok.


Layankan...

[Sumber]

Cuba Bunuh Suami Dengan Meletak Racun Dalam Kemaluan

Seorang wanita Brazil dituduh cuba membunuh suaminya dengan meletakkan racun dalam alat sulitnya sebelum meminta lelaki terbabit melakukan seks dengannya.


Lelaki berusia 43 tahun yang terkejut itu kini menyamannya atas cubaan membunuh.

Wanita dari Sao Jose do Rio Preto di Brazil itu meletakkan bahan bertoksik dalam kemaluannya sebelum menggoda suami untuk tidur bersama, lapor akhbar tempatan semalam.

Namun apabila dia meminta suaminya melakukan seks oral kepadanya, lelaki itu dikatakan enggan kerana menyedari ada bau aneh.

Lelaki yang curiga itu kemudian membawa isterinya ke hospital, di mana doktor menjalankan ujian terhadapnya dan mendapati dia meletakkan bahan beracun dalam kemaluannya.

–TS

Sajian Yang Menyeksa Binatang Ketika Dihidang

Inilah antara cara penyediaan menu makanan direstoran yang boleh dianggap sangat tidak berperikemanusiaan.

Ikizukuri (Jepun)

Ikizukuri (Jepun)

Makanan khas Jepun yang menyajikan ikan segar di atas piring dalam keadaan hidup. Di luar masyarakat Jepun, menu ini sangat kontrversi kerana makanan itu dianggap terlalu kejam.

Menu ini menyajikan ikan diatas piring dengan tubuh yang sudah dihiris nipis-nipis namun ikan tersebut masih dalam keadaan masih hidup. Menggeliat, malah masih berjuang untuk terus hidup di atas piring hidangan.

Ortolan (Perancis)

Nama menunya sesuai dengan sajian yang akan kalian dapatkan jika Anda memesan menu ini. Bahan sajian menu ini diperolehi dari burung Ortolan.

Membuatnya cukup mudah, ketika burung ini hanya seberat 2 ons, kedua mata burung ini ditusuk di kedua matanya dan diberi makan secara paksa sehingga berat badannya naik dua ke empat kali ganda.

Selepas itu, burung tersebut dilemaskan hidup-hidup dalam Armagna (sejenis minuman keras). Burung yang sudah mati kemudiannya dipanggang selama 6-8 minit sebelum dijadikan santapan.

Foie Gras (Perancis)

Menu yang ini lebih sadis lagi, dibuat daripada hati (liver) angsa ataupun itik. Untuk menyediakan hidangan ini, itik/angsa terlebih dahulu harus memenuhi syarat tertentu.

Apabila umur itik/angsa telah cukup matang, lalu diberi makan dengan cara memaksa itik/angsa ini menelan jagung yang berlemak hingga hati (liver) haiwan-haiwan ini mengembang 6 kali ganda lebih besar.

Setelah itu, barulah hati itik/angsa ini di hidangkan ke meja pelanggan.

Dojo Tofu (Jepun)

Cara memasaknya cukup mudah, rebus air hingga mendidih, masukan tofu hingga tenggelam ke dalam dasar baldi dan masukkan belut-belut kecil yang masih hidup di dalamnya.

Belut-belut ini akan berebut untuk masuk ke dalam tofu yang sejuk kerana tidak tahan dengan air yang mendidih.

Hasilnya, sajian ini akan berbentuk seperti keju Swiss yang berlubang-lubang yang terbentuk kerana perjuangan belut-belut kecil yang meronta-ronta menghindari kepanasan air yang mendidih.

Feng Gan Ji (Tibet/China)

Menu masakan yang ini hanya memerlukan ayam segar dan pisau yang sangat tajam serta seorang tukang masak berhati dingin dan kejam.

Persiapan untuk menu ini adalah siapkan ayam yang sudah dibelah perutnya hidup-hidup, lalu keluarkan isi perutnya dan digantikan dengan beberapa ramuan herba sebagai penyedap.

Setelah itu, perut ayam dijahit semula dan digantung begitu saja di bawah terik matahari sehingga kering.

Huo Jia Lu (China)

Menu makanan ini adalah haiwan yang paling bodoh kepada manusia, keldai. Daging keldai memang sudah biasa menjadi santapan.

Namun untuk menyajikan menu ini, menurut panduan memasak kuno dari China, supaya lebih sedap, daging keldai perlu dipotong dalam keadaan hidup, dimasak dan terus disajikan kepada para pelanggan.

Jiao Lu Rou (China)

Hampir sama seperti menu diatas, masakan ini menggunakan bahan yang sama iaitu daging keldai, namun berbeza cara penyajiannya.

Keldai akan dikuliti hidup-hidup dan disiram dengan air mendidih pada dagingnya terus-menerus hingga masak. Daging keldai yang telah siap kemudian dipotong untuk segera disajikan.

BACA INI JUGA: Unik! Nikmat Kopi 'Gantung'

Semoga memberi manfaat.

Alat Anti-Onani Untuk Kaum Lelaki

Onani atau masturbate adalah aktiviti yang dilakukan oleh kaum lelaki khususnya bagi yang belum kahwin sebagai cara untuk puaskan nafsu.


Alat anti onani ini telah dicipta pada awal abad ke 19 oleh agamawan Perancis bagi mengelakkan anak teruna mereka melakukan dosa yang di tegah tuhan.

Alat ini dipasang terus di bahagian genital si lelaki yang disertakan sekali dengan sebuah set tali pinggang.


Alat anti onani rare ini telah di jual secara lelong di e-bay pada tahun 2008 oleh David Burns dengan harga permulaan £750 (RM 3,682).

[Sumber]

Lelaki Moden Kerap Tolak Ajakan Asmara Kerana Letih

Wanita tidak lagi menjadikan sakit kepala, sakit perut atau letih menguruskan anak sebagai alasan menolak ajakan suami berasmara.


Kini lelaki pula yang semakin kerap memberi alasan itu, menurut satu kajian baru.

Kajian itu mendapati, lebih separuh responden lelaki mengakui menolak ajakan seks lebih kerap, lapor akhbar Daily Mail.

Penyelidikan farmasi online di United Kingdom mendedahkan, lelaki lebih berkemungkinan menolak ajakan pasangan mereka dalam perkara itu dan letih serta tekanan kerja adalah alasan paling biasa.

Kajian yang dilakukan oleh ukmedix.com, meninjau pandangan 1,922 lelaki Britain berusia melebihi 18 tahun dan ada hubungan jangka panjang.

Ia dijalankan selepas laman itu mendapati wujud peningkatan ketara dalam pencarian ubat menaikkan syahwat dalam dua minggu pertama bulan Januari 2013.

Responden ditanya soalan berkaitan kehidupan seks mereka dengan pasangan.

Mereka ditanya siapa lebih kerap menolak ajakan melakukan hubungan seks dan 62 peratus lelaki mengaku mereka yang berbuat demikian.

Mereka kemudian ditanya apakah alasan paling kerap diberi kepada pasangan untuk tidak melakukannya.

Lima alasan paling popular ialah terlalu letih – 45 peratus, diikuti tekanan kerja – 39 peratus, sakit kepala – 39 peratus, terlalu kenyang selepas makan malam (29 peratus) atau mahu menonton rancangan di televisyen, 24 peratus.

Sebaliknya, apabila diminta memberikan punca sebenar mereka menolak ajakan seks, alasan lima teratas termasuk tidak selesa dengan tubuh iaitu, 39 peratus dan kurang bernafsu, 35 peratus.

Mereka juga ditanya kekerapan hubungan seks dengan pasangan. 42 peratus responden lelaki menjawab, dua minggu sekali.

–Agensi

Tuesday, January 29, 2013

Apabila Pondan Terlupa Yang Suaranya Garau

Seorang lelaki Thai bersama teman wanita beliau sedang membeli-belah di sebuah pusat perabot. Teman wanitanya kemudian terlihat bantal yang dijual dengan harga murah, dan tiba-tiba, suara lembut wanita tersebut berubah menjadi garau.


Terkejut dan takut, teman lelaki wanita tersebut tidak berapa lama kemudian melarikan diri.

Senario itu adalah sebahagian iklan dikenali sebagai Luem Aeb (Lupa Untuk Menipu) yang dikeluarkan oleh Ikea Thailand yang menyebabkan kumpulan transgender negara itu marah serta menyifatkannya sebagai sesuatu yang ‘negatif dan stereotaip’ selain ‘telah melanggar hak asasi manusia’.

Kumpulan berkenaan telah menulis surat bantahan kepada syarikat gergasi di Sweeden tersebut.

Menurut Thai Transgender Alliance, iklan yang disiarkan selama 20 saat yang dapat dilihat di YouTube dan di dalam keretapi-keretapi di Bangkok dari Disember hingga Januari lalu nyata tidak menghormati kumpulan transeksual dan kumpulan tersebut mahukan penjelasan dari pihak Ikea.

Golongan transgender, atau popular dengan gelaran Ladyboy, adalah adalah golongan yang diterima baik di Thailand dan golongan itu sering dapat dilihat dalam bidang-bidang seperti fesyen, kecantikan dan hiburan, walaupun secara rasminya mereka tidak diiktiraf sebagai wanita.



Pihak pemasaran Ikea Thailand berkata, pihak mereka telah memberikan respon terhadap aduan tersebut.

“Ikea telah menjawab aduan yang dikeluarkan oleh kumpulan tersebut melalui panggilan telefon dan segalanya berjalan lancar. Kami kini sedang menyiapkan surat untuk menjawab aduan tersebut,” kata pegawai pemasaran Ikea yang enggan dikenali kepada pihak media.

[Sumber]

40 Tahun Karier Hebat Sylvester Stallone

Muncul menerusi lebih 60 buah filem sepanjang bergelar insan seni, pastinya aktor kelahiran New York ini bukan calang-calang pelakon di persada seni Hollywood.


Malah penampilannya dalam setiap filem yang dibintangi bukanlah sekadar memainkan watak tempelan sahaja, sebaliknya tunjang utama filem terbabit.

Bercerita mengenai latar belakang aktor yang terkenal sebagai pelakon yang sinonim dengan genre aksi ini, dia sebenarnya telah melibatkan diri dalam bidang seni sekitar tahun 1970 an lagi.

Meski pun bekas graduan Philadelphia Miami Dade College, University of Miami ini baru sahaja berusia 24 tahun ketika membintangi filem No Place to Hide, namun dia cukup bertuah kerana diterima dalam industri perfileman Hollywood.

Walaupun masih 'hijau' ketika itu, dia diberi kepercayaan untuk menggalas pelbagai peranan di awal kemunculannya memandangkan bakat yang ada dalam dirinya. Antara filem yang melonjakkan namanya ketika itu seperti A Man Called... Rainbo, The Party at Kitty and Stud’s, Death Race 2000, Police Story dan Kojak.

Ternyata lakonan mantap dan bersahaja bapa kepada lima anak ini telah memukau orang-orang kuat industri seni Hollywood sehingga meletakkan dia antara aktor terhebat di negara itu.

Menariknya, meski pun sudah 40 tahun berlalu, pelakon yang diberi nama Michael Sylvester Gardenzio Stallone atau lebih dikenali sebagai Sylvester Stallone ini tetap diminati sehingga ke hari ini. Malah, wajar dikatakan dia antara insan seni yang sentiasa dinantikan kemunculannya menerusi pelbagai filem dalam industri perfileman Hollywood.

Pasti peminat filem dan pengikut setia pelakon berbadan sasa ini mengakui, Stallone sentiasa tampil dengan karya terbaru dari masa ke semasa. Malah pada satu masa yang dipanggil era kegemilangannya sekitar tahun 1982, dia amat terkenal sebagai Rambo.

Ketika itu, ramai yang terpukau kerana lakonan hebatnya membawakan watak tersebut menerusi sekuel filem First Blood yang mendapat sentuhan pengarah Ted Kotcheff ini.

Ketika memainkan peranan tersebut, dia ibarat menjadi diri sendiri dan dilihat begitu hidup menjadi Rambo iaitu seorang tentera dari unit khas United States yang terlibat dalam perang di Vietnam.

Boleh dikatakan, lakonannya menerusi filem itu masih melekat di hati peminat sehingga ke hari ini. Malah menurut Stallone sendiri, menjadi Rambo meninggalkan satu momen indah sepanjang bergelar insan seni.

Kerana kejayaan dan keberkesanannya melakonkan filem box office itu, Stallone juga telah tampil menerusi sekuel seterusnya iaitu, Rambo: First Blood Part II dan Rambo III.

Selain penampilannya sebagai Rambo, Stallone juga amat terkenal dengan watak Barney Ross menerusi filem The Expendables. Baru sahaja muncul menerusi sekuel filem tersebut iaitu The Expendables 2, tahun lalu, nampaknya Stallone kembali mengubati kerinduan peminatnya apabila muncul dalam filem Bullet To The Head pula sebagai pembuka tahun 2013 ini.

Masih selesa dengan genre aksi dan thriller di usianya yang mencecah ke angka 66 tahun, Stallone bagaimana pun gembira apabila masih mendapat kepercayaan pengarah Hollywood.

Jelasnya, mana mungkin dia menghampakan harapan pengarah dan peminat apabila muncul menerusi filem yang menelan belanja sekitar RM167 juta ini.

"Saya semakin berusia namun mereka tetap mengambil saya sebagai pelakon utama. Selain satu penghargaan, saya andaikan filem ini hadiah kepada peminat.

"Lagi pun, wataknya hampir sama dengan filem-filem aksi yang dilakonkan saya. Tiada sebarang perbezaan dan saya masih dikenali menerusi watak sebegini sehingga ke hari ini," katanya memainkan peranan sebagai Jimmy Bobo bagi filem ini.

Dalam pada itu, filem arahan Walter Hill ini turut diadaptasi daripada novel hasil tulisan Alexis Nolent’s iaitu Du Plomb Dans La Tete. Ia berkisarkan sekumpulan detektif muda New York City Police Department (NYPD) yang diketuai oleh Stallone dalam berhadapan dengan pelbagai jenayah di New Orleans.

Selain Stallone, filem ini yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 31 Januari ini turut dibintangi Sung Kang ,Sarah Shahi dan Jason Momoa.

-mStar

Penduduk Bandar Di Australia Terkejut Dilanda Buih Sabun

Penduduk di bandar Mooloolaba, Australia, terkejut selepas mendapati sebahagian besar daripada bandar tersebut yang terletak di tepi laut, dilitupi dengan buih sabun.


Banjir buih sabun itu telah melanda bandar berkenaan sehingga mencecah paras tiga meter. Keadaan itu bagaimanapun tidak membimbangkan penduduk dan pelancong di situ.

Mereka sebaliknya menggunakan kesempatan yang ada untuk mengambil gambar dan bermain-main dengan buih berkenaan.

Kejadian itu berlaku disebabkan ombak dari pantai Sunshine telah menolak buih tersebut hingga ke darat.

Ia bagaimanapun disifatkan sebagai fenomena semula jadi.

[Sumber]

Gambar Sambutan ‘Hari Tanpa Seluar Di Subway’

Tahukah anda pada 13 Januari lalu telah berlangsung ‘Hari Tanpa Seluar Di Subway’ yang disambut para pengguna perkhidmatan keretapi bawah tanah di 60 buah bandar besar di seluruh dunia?


Untuk pengetahuan anda, di bandar Mexico sebagai contoh, beratus pengguna keretapi bawah tanah telah menanggalkan seluar dan skirt mereka bagi menyambut perayaan yang entah apa-apa itu.

‘Hari Tanpa Seluar Di Subway’ sebenarnya telah bermula mula sejak tahun 2002 lagi.


Antara bandar besar yang menyambut perayaan ini adalah Bangkok, London, Sofia, Stockholm, New York dan Washington.

Pada hari berkenaan, para pengguna subway ini akan menanggalkan seluar dan skirt mereka sambil ‘menayangkan’ seluar dalam dan boxer masing-masing.


Nasib baiklah kat Malaysia takde yang ikut perangai yang tak senonoh tu, kalau tak mau haru biru dibuatnya!


Untuk rekod, ketika mula-mula dilancarkan, hanya tujuh penumpang yang sanggup berbuat demikian.

Tahun ini, di New York saja, seramai 4,000 penumpang menyabut cabaran berkenaan dan jumlah penumpang di negara lain yang berbuat demikian juga semakin bertambah!


Macam-macam hal…

[Sumber]

Gempar! Bendera DAP Dipijak Penyokong PAS

Isu Kalimah Allah benar-benar meletakkan PAS di dalam keadaan tersepit di antara agama dengan politik atau antara Allah SWT dengan Tokong Lim DAP.


Media perdana beberapa hari ini giat melaporkan bantahan yang dibuat oleh ahli-ahli PAS sendiri terhadap DAP melalui perhimpunan aman, serta memijak bendera DAP. Malah, terdapat juga laungan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Antaranya di Pulau Pinang dan juga Kelantan.

Seiring dengan itu Ketua Dewan Ulama serta beberapa orang pemimpin Ulama PAS bertali arus membuat kenyataan tidak bersetuju Kalimah Allah digunakan di dalam Injil Kristian. Tetapi, seiring dengan itu juga, Ulama-ulama ini ditempelak oleh DAP dan PKR kerana mereka telah terlebih dahulu bersetuju dengannya sebelum ini dan sebarang tindakan untuk menukar fikiran adalah tidak relevan sama sekali.

Keadaan ini membawa kepada keputusan demokrasi iaitu DAP, PKR menang dan PAS kalah, walaupun PAS enggan mengakuinya.

Sehubungan dengan itu, pemimpin tertinggi PAS pula mengambil keputusan untuk menutup mulut membiarkan isu ini berlarutan dalam keadaan “DAP menang tetapi PAS enggan mengaku kalah”. Pendek kata, PAS mengambil keputusan untuk tidak membuat keputusan.

Kita faham, bahawa PAS dan DAP sudah menjadi satu, yakni jika dicubit peha kanan peha kiri terasa juga.

Sikap ini membuatkan rakyat tertanya-tanya, apa kesudahannya? Sampai bilakah penyokong PAS akan berdemo membantah DAP dan tidak diendahkan? Apa yang mereka harap akan perolehi dari memijak bendera DAP?

Akhirnya, Harakahdaily minggu ini memberi jawapannya melalui kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman yang menafikan bahawa mereka yang berdemo itu adalah ahli-ahli atau penyokong PAS. Katanya, itu semua adalah gimik UMNO untuk melaga-lagakan PAS-DAP. Katanya, itu adalah bukti UMNO terdesak.


Menurut beliau, ahli-ahli PAS menghormati keputusan Majlis Syura dan tidak akan bertindak demikian dan menuduh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai tidak mampu menangani isu Kalimah Allah ini sedangkan ia di bawah penguasaan UMNO.

Dalam ertikata lain, beliau menerima keputusan Majlis Syura bahawa Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh kitab agama lain tetapi keputusan itu hanyalah tertakluk kepada Ahli PAS sahaja, dan di masa yang sama, tertakluk kepada keputusan Pakatan Rakyat bahawa ahli DAP, PKR dan semua masyarakat yang tidak menjadi ahli PAS boleh menggunakan Kalimah Allah di dalam kitab agama lain.

Inilah hakikat keputusan rasmi Pakatan Rakyat yang sukar untuk diterjemah secara jelas oleh para pemimpin PAS, tetapi Abdul Latif ternyata telah berjaya memberanikan diri untuk menjelaskannya kepada kita.

Abdul Latif pasti faham, bahawa selagi PAS terus bersama PR, selagi itulah PAS terpaksa akur kepada keputusan demokrasi PR dan apa saja keputusan PAS secara bersendirian adalah keputusan yang tidak relevan dan tidak ada nilai.

Oleh itu, sekiranya, PR memenangi PRU kali ini, maka kita boleh menjangkakan satu undang-undang baru yang menyatakan dengan jelas bahawa Kalimah Allah boleh digunakan oleh agama-agama lain, tanpa pemantauan dan tanpa halangan atas dasar hak kebebasan dan hak asasi masing-masing.

Jika Abdul Latif menafikan yang ini juga maka beliau wajib menjelaskan apakah kedudukan isu Kalimah Allah ini jika PR menjadi pemerintah.

Beliau perlu nyatakan apakah umat Islam perlu berputih mata membenarkan Kristian menyalahgunakan kalimah tersebut kerana suara Majlis Syura tidak ada nilai di dalam kerajaan PR dan tiada siapa boleh berdemo mengutuk keputusan itu bagi menjaga kesepakatan PAS-DAP?

[Sumber]

Luarbiasa! Hotel Mewah Terletak 155 Meter Dibawah Tanah

Sebuah hotel terletak paling dalam di bawah tanah di dunia dibina di wilayah Västmanland, Sweden.

Luarbiasa! Hotel Mewah Terletak 155 Meter Dibawah Tanah

Hotel terletak 155 meter di bawah tanah itu pada asalnya adalah sebuah lombong perak dikenali sebagai Sala Silver Mine yang beroperasi sehingga 1908.

Namun, ia kini telah diubah suai dan menempatkan sebuah muzium, panggung wayang, dua bilik makan yang penuh dengan hiasan dan sebuah hotel.

Pelanggan hotel akan dibawa melawat kemudahan yang disediakan sebelum ditinggalkan bersendirian di waktu malam. Penjaga hotel akan berada di atas tanah.

Hotel itu tidak mempunyai tandas dan pengunjung perlu ke paras dalaman 50 meter di bawah tanah jika mahu membuang air di waktu malam.

Bayaran untuk menginap di hotel ini untuk semalam ialah AS$580 (RM1,825).

-AGENSI

Pakaian Artis Terlondeh Atas Pentas Sewaktu Terima Anugerah

Tidak disangka pada malam kemuncak karier lakonannya, satu kejadian memalukan telah berlaku kepada Jennifer Lawrence pada majlis Anugerah Screen Actors Guild, semalam.


Di depan hadirin yang terdiri daripada bintang ternama, pelakon jelita berusia 22 tahun itu hampir kehilangan pakaiannya ketika berjalan untuk menerima hadiah.

Dia yang bersaing dengan beberapa pelakon ternama Hollywood telah tercalon untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik.

Apabila namanya diumumkan untuk mengiktiraf peranannya dalam filem Silver Linings Playbook, satu kejadian yang agak memalukan menimpanya.

Sambil berdiri dan memeluk mereka di sekelilingnya, bintang Hunger Games itu tidak menyedari ada orang yang meletakkan kaki kerusi mereka pada gaun Christian Diornya yang mahal itu.

Aktres itu cuba berlari naik ke pentas, menyebabkan pakaiannya terlondeh, sehingga mendedahkan seluruh pahanya.

Pelakon siri Breaking Bad terkejut apabila berpaling ke belakang ketika Jennifer menyedari dia berdepan dengan masalah berhampiran meja mereka.

Rakan pelakon, Nicole Kidman dan Marion Cottilard juga terkejut dengan kejadian itu.

Reaksi mereka dirakam oleh kamera, khususnya Cottilard, aktres Perancis, sehingga matanya terbeliak.

-AFP

Rita Rudaini Tak Terkejut Aidil Rampas Kekasih Nazmi

“Saya tidak terkejut pun, kalau hal itu benar-benar berlaku,” demikian ulas pelakon Rita Rudaini mengenai kontroversi terbaharu membabitkan suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak yang dikatakan telah ‘merampas’ kekasih kepada pemain bolasepak skuad Harimau Muda, Mohd. Nazmi Faiz Mansor.


Rita sendiri membaca komen-komen membabitkan Aidil dalam laman twitter Nazmi, yang dihantar oleh peminat ke laman sosial peribadinya.

“Ini bukan kes pertama dia dikaitkan dengan perempuan, sudah banyak kali. Saya anggap sudah lali dengan cerita cinta dia sampaikan tak mahu fikir lagi dengan siapa dia hendak bercinta, biarkanlah dia dengan cara hidupnya.

Cuma saya harap, dia akan selesaikan kes mahkamah kami dengan baik dan ingat akan tanggungjawab kepada anak-anak yang sudah sekian lama diabaikan,” beritahu Rita kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas dakwaan pemain yang kini beraksi untuk kelab SC Beira-Mar di Portugal itu di dalam twitter hari ini yang mendakwa Aidil menjalinkan hubungan sulit dengan bekas kekasihnya yang dikenali Tengku Fiella.

Mohd. Nazmi mendakwa, Aidil pernah memberikan sejumlah wang kepada Tengku Fiella untuk dia berbelanja di Johor dan tinggal bersama pemain Johor Darul Takzim itu selama beberapa hari.

Bagaimanapun, Mohd. Nazmi kemudian memadamkan dakwaan itu daripada twitternya tidak lama kemudian.

–UTUSAN

Pokok Aneh Yang Memakan Manusia

Pada 1878, seorang pengembara Jerman yang melawat Madagascar iaitu Carl Liche, sempat menyaksikan satu upacara menyeramkan yang dilakukan salah satu puak Orang Asli di wilayah itu. Pengembara itu menyaksikan puak Mkodo menangkap seorang daripada anak gadis kumpulan mereka dan menyerahkan kepada pokok gergasi yang aneh untuk dijadikan korban!

Ilsutrasi kisah Carl Liche mengenai pokok gergasi.Orang Asli Mkodo 
di Madagascar serahkan anak gadis kepada tumbuhan aneh sebagai korban.

Dia melihat bagaimana ahli kumpulan itu mengelilingi gadis terbabit sambil menujah lembing tajam ke arahnya dengan niat memaksa wanita malang itu memanjat tumbuhan gergasi berkenaan. Tidak seperti tumbuhan biasa, pokok aneh yang menyerupai pokok nanas gergasi itu kelihatan menyeramkan dengan bahagian jambul di atasnya dipenuhi jalur hijau seakan sesungut sotong kurita yang mengelilingi takungan berisi cecair tertentu.

Apabila gadis itu sampai di bahagian atas tumbuhan berkenaan, dia dengan berat hati dipaksa meminum cecair yang bertakung di atas pohon berkenaan. Serentak itu, dengan tiba-tiba tumbuhan berkenaan kelihatan hidup dan bergerak-gerak. Sesungut hijaunya dengan rakus membelit jasad gadis berkenaan menyebabkan dia menjerit lantang bagi menzahirkan ketakutan yang teramat.

Sebaik sahaja kisah menyeramkan itu dipaparkan didalam akhbar, tanda tanya segera tercetus di kalangan ramai pihak berhubung kewujudan tumbuhan aneh yang diceritakan itu. Lebih membingungkan adalah kisah berhubung tumbuhan misteri yang memakan manusia tidak tertera menerusi kisah berkenaan saja tetapi turut didapati dalam pelbagai kisah legenda di beberapa negara lain antaranya di Amerika Syarikat dan Mexico.

Beberapa tahun kemudian iaitu pada 1924, bekas Gabenor Michigan, Chase Osborn, dalam buku tulisannya bertajuk ‘Madagascar, Negeri Pokok Yang Memakan Manusia’ mengesahkan kewujudan tumbuhan karnivor berkenaan malah menyatakan bahawa puak Mkodo serta mubaligh yang pernah melawat wilayah itu mengetahui wujudnya pokok aneh itu.

Beberapa kenyataan pengesahan itu semakin membingungkan ramai pihak. Fakta yang diketahui ramai adalah tumbuhan tidak mampu bergerak secara bebas dengan sendirinya, apatah lagi untuk memakan dan menelan hidupan lain.

Setelah heboh mengenai kisah tumbuhan aneh itu, satu pencarian yang memakan masa bertahun-tahun dijalankan. Penemuan mengejutkan itu menyebabkan penyelidik biologi terkemuka, Charles Darwin menghabiskan masa selama 15 tahun untuk mengkaji tumbuhan berkenaan yang kemudian dikenali dengan nama saintifik ‘insectivores’.

Kajian mendapati, tidak seperti tumbuhan lain yang memperoleh ‘makanan’ mereka dengan menyerap mineral daripada tanah, tumbuhan karnivor memerangkap haiwan serta serangga dan memakan mereka bagi mendapatkan nutrien. Tumbuhan jenis ini dapat bergerak dengan sendirinya dan menggunakan pelbagai kaedah untuk memerangkap mangsa mereka. Tumbuhan itu dikenali sebagai ‘venus flytrap’ atau nama saintifiknya ‘Dionaea muscipula’ dan juga ‘nepenthes’ yang banyak tumbuh di Asia Tenggara dan memerangkap serangga, katak dan haiwan sebesar tikus untuk dimakan. Namun, pencarian itu tidak menemui sedikitpun bukti tumbuhan karnivor yang mampu memakan manusia.

Tanpa penemuan memberangsangkan, penyelidik termasuk penulis sains, Willy Ley, berpendapat bahawa kisah Carl Liche seperti yang tertera didalam akhbar South Australian Register itu hanyalah rekaan semata-mata. Tiada pohon yang memakan manusia di Madagascar, tiada puak Mkodo ditemui di situ malah pengembara Jerman bernama Carl Liche juga didapati tidak pernah wujud di dunia ini. [Sumber]

-SP

Wanita Pelik Ketagih Menjilat Bulu Kucing

Info Pelik. Seorang wanita, Lisa memiliki tabiat makan yang pelik. Wanita berusia 43 tahun ini mengaku ketagih memakan bulu kucing sejak 15 tahun lalu.


Lisa telah mendedahkan keunikan dirinya dalam acara popular TLC musim ini. Dia memperolehi bulu kucing dengan mengumpulkan bulu kucing yang bertaburan di apartment menerusi kucing yang dia pelihara.

Dan yang paling pelik lagi adalah, Lisa mengaku bahawa menjilat kucing rasanya lebih enak daripada memakan bulu kucing.

Meskipun begitu, Lisa membuat pengecualian untuk tidak menjilat kaki dan bahagian dubur kucingnya. Lisa memakan segulung bulu kucing setiap 2 jam.

[Sumber]

Moran Baranes Juara Pertandingan Wanita Gemuk

Baru-baru ini, di Beersheba, Israel telah diadakan satu pertandingan ‘Fat and beautifu’ bagi meraikan golongan perempuan yang berbadan besar namun mempunyai perwatakkan menarik.

Moran Baranes

Walaupun bersaiz besar, namun mereka tetap diiktiraf. Mereka yang masuk bertanding itu datang dari pelbagai kawasan.

Lihat gambar dibawah ini di mana Moran Baranes, 22 telah menjadi juara bagi pertandingan berkenaan.

Moran Baranes

Moran bekerja sebagai pegawai keselamatan dan mempunyai hobi melukis dan menari.

BACA INI JUGA: 10 Selebriti Wanita Paling 'Panas' Indonesia 2017

-SENTIASAPANAS.COM

Misteri Lampu Yang Menyala Sejak 1500 Tahun Dahulu

Seorang sarjana Australia, Robbert Briggen, berpendapat bahawa manusia zaman prasejarah memiliki kebijaksaan yang lebih maju daripada ilmu pengetahuan yang kita miliki kerana mereka memiliki lampu-lampu abadi.

Appian Way

Pada bulan April 1485 mayat seorang gadis bangsawan dari zaman yunani kuno dikeluarkan dari tempat perkuburannya di “Appian Way”.

Ketika para penyelidik memasuki tempat pemakamannya, mereka terkejut apabila menemui sebuah lampu yang menyala sejak 1,500 tahun yang lalu.

Pertanyaannya adalah, dengan cara apa para nenek moyang kita membuat lampu yang mampu terus menyala selama itu?

Misteri itu masih tetap merupakan misteri yang pelik akan tetapi sejumlah ahli arkeologi terus berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.

Beberapa orang di antara mereka seperti Briggen, mengemukakan pendapat bahawa tenaga yang digunakan untuk menyalakan lampu itu mungkin telah hilang dari permukaan bumi ini.

Akan tetapi, tidak ada bukti yang boleh membuktikan teori-teorinya itu. Manusia pintar dari manakah yang membuat lampu yang terus menyala selama 1,500 tahun?

BACA INI JUGA: Misteri Penemuan Batu Bersurat Yang Wujud Sebelum Kitab Taurat

Sumber: Rangeboy

Pelik! Spesis Ular Yang Mempunyai Kaki

Info Pelik. Badannya mirip ular tapi ada dua kaki di depannya. Sesiapa yang pertama kali melihatnya, pasti akan takut dan geli melihatnya.


Binatang reptilia ini adalah satu-satunya yang terdapat di dunia ini. Haiwan yang menyerupai ular ini diberi namanya Ajolote dan berasal dari Mexico.



Hidup di dalam tanah, biasanya kaki depan digunakan untuk menggali tanah.

[Sumber]


Panas! Aidil Zafuan Dan Fiella Jalin Hubungan Sulit!

Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak menuntut bintang bola sepak kelab SC Beira-Mar Portugal, Mohd. Nazmi Faiz Mansor membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menuduhnya menjalinkan hubungan sulit dengan bekas teman wanitanya, Tengku Fiella.

Mohd Nazmi (kiri) dan Tengku Fiella.

Aidil, 25, yang juga pemain bola sepak pasukan negeri Johor berkata, tuduhan Mohd Nazmi, 19, yang dibuat menerusi Twitter miliknya itu telah memburukkan lagi keadaan Aidil yang masih berhadapan masalah rumah tangga dengan pelakon Rita Rudaini.

“Masalah saya dengan Rita masih belum selesai, timbul pula hal baru yang tidak benar. Saya tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita dan saya minta Mohd Nazmi memohon maaf dengan tuduhannya itu,” kata Aidil kepada mStar Online yang dihubungi di sini petang pada Isnin.

Salah satu status pada Twitter Mohd Nazmi yang mencetuskan kontroversi.

Mohd Nazmi yang juga bintang bola sepak remaja kebangsaan menerusi Twitter miliknya pada Isnin telah menuduh Aidil Zafuan mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya sehingga sanggup memberikan wang RM1,000 untuk berbelanja.

Malah Mohd Nazmi juga mendakwa kedua-dua mereka turut tinggal bersama sejak beberapa minggu lalu selepas diberitahu oleh rakannya.

Bagaimanapun, kira-kira pukul 9.30 pagi Isnin, Mohd Nazmi telah memadamkan komen berkenaan menerusi Twitter miliknya tetapi sempat disalin oleh pihak mStar Online.

Tambah Aidil, dia telah menghubungi Mohd Nazmi yang kini berada di Portugal pada petang Isnin untuk mendapatkan gambaran kenapakah dia memuat naik status tersebut.

Katanya, Mohd Nazmi memberitahu dia berbuat demikian kerana begitu marahkan bekas teman wanitanya itu selain terlalu mendengar cakap rakan-rakan mengenai hal berkenaan.

"Nazmi menjelaskan bahawa dia tidak fikir panjang apabila mendapat tahu kononnya saya mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya selain tidak memikirkan kesan daripada tindakannya memuat naik status tidak benar itu.

“Dia sudah memohon maaf daripada saya dan sebagai orang yang lebih tua daripadanya, saya memaafkan dia walaupun yang nampak buruknya akan terkena pada saya. Maklumlah (dia) darah muda.

"Cuma saya mahu dia bersihkan nama saya. Lagipun kami tidak bermusuhan pun," ujarnya.

Nazmi membuat permohonan maaf menerusi Twitter miliknya pada malam Isnin.

Aidil turut memberitahu dia tidak mengenali gadis yang dimaksudkan Mohd Nazmi manakala jumlah RM1,000 yang dikatakan itu juga tidak benar.

Sementara itu Tengku Fiella yang merupakan gadis kelahiran Kelantan berkata Mohd Nazmi merupakan seorang yang kuat cemburu dan meminta semua pihak tidak mengambil serius kenyataan itu.

“Jangan ambil serius apa yang Nazmi Faiz tulis di Twitter kerana dia sendiri belum matang dan mungkin dalam keadaan tertekan dengan kelab di portugal,” katanya seperti dilaporkan portal rotikaya.com. pada Isnin.

Malah gadis tersebut juga berkata dia tidak pernah mengenali Aidil Zafuan dan bersimpati kerana turut dikaitkan dalam isu itu.

Dalam perkembangan terbaharu, Mohd Nazmi telah membuat permohonan maaf menerusi Twitter miliknya kira-kira pukul 9 malam Isnin dan meminta semua pihak tidak menyalahkan Aidil.

"Saya minta maaf mengenai perkara yang lepas, jangan salahkan Aidil Zafuan. Dia tiada kaitan dalam hal ini," katanya.

[Sumber]