Tuesday, December 03, 2013

Yana Samsudin Buat Pembedahan Plastik?


Pelakon dan penyanyi Yana Samsudin menafikan yang dia membuat pembedahan plastik susulan dakwaan sesetengah peminat yang melihat ada perubahan di wajahnya ketika menghadiri Anugerah Skrin 2013 baru-baru ini.

Yana Samsudin Buat Pembedahan Plastik?

Jelas aktres berusia 28 tahun itu, perubahan wajah dan penurunan berat badanya adalah disebabkan baru pulang menjalani penggambaran program realiti Fear Factor di Afrika Selatan bulan lalu yang mana meyaksikan penurunan 4 kilogram selepas melakukan pelbagai aktiviti lasak.

Malah pelantun lagu yang pernah berduet bersama Shaheizy Sam menerusi lagu "Begini Caranya" ini turut menegaskan hidungnya yang kelihatan lebih mancung adalah hasil daripada solekan dan bukannya disebabkan pembedahan plastik.

Tambah pemilik nama sebenar Norliana Samsudin ini, dia tidak menyorok atau melarikan diri daripada sesiapa tetapi sebenarnya dia cuma berehat seketika dari melakukan aktiviti seni.

"Saya bukan melarikan diri atau bersembunyi. Saya ada saja muncul dan tak pernah gagal menghadiri majlis-majlis hiburan. Cuma saya berehat seketika daripada penggambaran buat masa ini," ujarnya kepada Harian Metro.

Sebelum ini,menerusi sekeping foto yang dimuat naik di Istagram miliknya, ramai peminat telah memberi komen merasakan wajah Yana semakin pelik, tua dan tidak comel seperti dulu.

Sumber: My.entertainment.yahoo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon