Saturday, December 14, 2013

Syarikat Belanda 'Hukum' Israel


Pembekal minuman air terbesar Belanda, Vitens mahu memutuskan hubungan dengan syarikat bekalan air Israel, Mekorot.

boycot israel

Jurucakap Vitens memaklumkan mereka tidak lagi akan menjalinkan kerjasama dengan Israel pada masa hadapan.

"Kami membuat keputusan ini sebagai 'hukuman' kepada Israel kerana tidak memberikan akses kepada penduduk Palestin untuk mendapatkan air bersih dipetik dalam Press TV.

"Selain itu, tindakan ini juga ada kaitan dengan kedegilan Tel Aviv yang meneruskan projek penempatan haram Yahudi mereka walaupun ia jelas melanggar undang-undang antarabangsa," jelas wakil syarikat tersebut lagi.

Zionis serbu kem pelarian Aida

Suada dari Palestin

Tentera Zionis terus bertindak kejam apabila menyerbu kem pelarian Aida dan memecah masuk beberapa kediaman sebelum menahan lima individu, subuh rabu lalu.

Beberapa risalah ugutan diedarkan di sekitar makam Rachel berhampiran kawasan kem.

"Tentera akan menahan individu yang ingkar dengan arahan. Hukuman keras akan diambil kepada pesalah," menurut risalah itu.

Media tempatan PIC melaporkan, tentera Zionis tiada hak untuk mengawal pergerakan penduduk di kem pelarian itu termasuk mengugut dengan kekerasan.

Pelan keselamatan AS berat sebelah

Yasser Abed Rabbo

Pelan keselamatan yang dibentangkan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry didakwa akan menjadi punca utama kegagalan rundingan damai bersama Israel.

Selasa lalu, Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Yasser Abed Rabbo menyatakan bahawa idea Kerry itu hanya akan menyebabkan usaha menjayakan rundingan tersebut bakal menemui jalan buntu.

"Pelan keselamatan di Lembah Jordan tersebut seperti berat sebelah kerana askar rejim Zionis dapat mengekalkan kedudukan mereka di sepanjang timur Tebing Barat," jelasnya lagi.

Sementara itu, jurucakap Presiden Mahmoud Abbas memaklumkan Pihak Berkuasa Palestin (PA) tidak akan menerima sebarang penangguhan untuk membebaskan tahanan Palestin.

Menurut Nabil Abu Rudaineh, AS dan sekutu kuatnya, Israel cuba berdolak dalik dan turut mengancam menangguhkan tarikh pembebasan baki tahanan yang telah dipersetujui, Julai lalu.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon