Wednesday, December 18, 2013

Salji Turun Di Mesir Bukan Petanda Kiamat!


Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menegaskan kejadian turun salji di Mesir bukanlah satu petanda kiamat.

Egypt-pyramids-Snow

Menurutnya, ada pihak mendakwa bahawa turunnya salji di Mesir sebagai satu tanda Kiamat berdasarkan hadis riwayat Muslim, Ibn Hibban dan lain-lain bahawa Nabi SAW bersabda: ”

”Tidak berlaku kiamat sehingga Tanah Arab kembali menjadi bumi yang menghijau dan sungai-sungai”.

“…sebenarnya perkataan ‘Tanah Arab’ itu lebih merujuk kepada Jazirah Arab (Hijaz) dan boleh merangkumi Iraq, Yaman, Sham (Jordan Palestin dan Syria). Adapun Mesir ia bumi Afrika.

(Baca: Akhirnya Telah Lengkap Tanda-tanda Kiamat Kecil)

“Kemudian salji memang saban tahun turun di Jordan, Palestin dan Syria sejak sekian lama, maka itu bukan tanda kiamat.

“Hadis itu sebut Tanah Arab kembali menjadi hijau dan sungai bererti dahulu telah pun demikian keadaannya. Apabila Jazirah Arab (Saudi), Iraq, Yemen, Syria, Jordan, Palestin dan sekitar menghijau dan banyak sungai maka itu itu tanda kiamat.. oleh itu hati-hati dalam memberi maksud hadis,” katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.

Reaksi Terlalu Seronok Tak Pernah Tengok Salji

Egypt Snow

Ketika fenomena cuaca luar biasa sedang berlaku di Timur Tengah untuk pertama kali dalam beberapa generasi, sesetengan individu sedang cuba untuk menyesuaikan diri dengan musim sejuk yang tiba-tiba hadir buat kali pertama.

Di YouTube, seorang lelaki dari Arab Saudi yang pertama kali melihat salji di negara itu dirakamkan melompat dengan kepala ke bawah ke dalam timbunan salji tebal.

(Baca: Misteri Api Terbakar Di Dasar Laut)

Salji tebal menutupi beberapa kawasan tanah tinggi di Arab Saudi yang biasa kerap mengalami keadaan cuaca panas dan kering.

Selepas terjun, kaki lelaki itu dibiarkan seperti tergantung di udara.

Rakaman itu dimuatnaik oleh Mohamed Alobaidan yang mengatakan ketika Charles Darwin menulis bahawa manusia berevolusi daripada monyet, orang Arab Saudi pula berevolusi dari burung unta.



Video ini yang dimuatnaik pada 15 Disember lepas telah pun disaksikan sebanyak 474,066 kali di YouTube.

Sumber: Mynewshub

2 comments

  1. fenomena alam kehendak Allah ni kita tak blh elak . nak gak merasa salji di malaysia .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila la salji nak turun di Malaysia, kita pun nak merasa juga..huhu

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon