Tuesday, December 10, 2013

Rusuhan Di Little India Satu Pengajaran Kepada Singapura


Rusuhan yang berlaku di Singapura menginsafkan kita bahawa polis Malaysia adalah jauh lebih hebat dari pihak berkuasa di Singapura.

Rusuhan Di Little India Satu Pengajaran Kepada Singapura

Mengikut laporan, seorang perusuh mati ditembak polis Singapura dalam rusuhan yang melibatkan sekitar hanya 400 orang itu pun.

Ada satu laporan lain mengatakan, kematian itu disebabkan oleh kemalangan yang kemudian mencetuskan rusuhan, bukan kerana ditembak!!

Walau bagaimanapun, soal sama ada yang mati itu ditembak polis atau dilanggar bas, bukan isu. Isunya disini ialah rusuhan 400 orang pun susah sangat nak kawal?

Itu belum disebutkan bagaimana pihak berkuasa Singapura turut mengerah bantuan tambahan dari satu kontijen pasukan Gurkha untuk mengawal keadaan, atau dalam lain maksud, minta bantuan luar untuk kawal rusuhan oleh 400 orang.

Dengan bantuan Gurkha ini pun, banyak juga kenderaan polis, ambulan dan harta benda awam yang dibakar atau dirosakkan perusuh.

Nampak sangat disitu, takdelah hebat mana Singapork ini pun. Harap gah dengan peralatan canggih sajalah, sedangkan bila berlaku kejadian yang sebenar, kelam kabut juga nak mengawal keadaan, walhal bukan ramai mana pun yang merusuh tu.

Berbanding dengan Malaysia, bila pembangkang cetus huru-hara dalam Bersih 2 & 3, polis negara ini mampu mengawal keadaan dengan TIDAK ADA satu pun kemalangan jiwa yang diakibatkan oleh pihak polis, walaupun jumlah perusuh adalah berkali ganda dari apa yang berlaku di Singapura.

Semua ini menunjukkan polis negara kita adalah jauh bersedia dari polis di Singapura. Dari segi risikan, teknik dan taktikal menangani ancaman, semua membuktikan pasukan polis kita jauh di atas polis Singapura.

Dan penulis yakin, bukan polis Singapura sahaja, malah semua agensi keselamatan di negara tersebut tidak cukup bersedia menghadapi ancaman sebenar.

Harapannya selepas ini, janganlah ada sesiapa lagi yang memandang rendah keupayaan pasukan polis dan agensi keselamatan lain di negara kita lagi.

Apa yang berlaku di Singapura membuktikan pasukan polis kita terlalu jauh lebih baik walaupun mungkin tidak setanding polis Singapura dari segi kelengkapan yang canggih-canggih.

Lebih-lebih lagi parti pembangkang seperti DAP yang terlalu memandang tinggi negara tersebut walaupun sedar Singapura punya amalan demokrasi, masih 40 tahun kebelakang berbanding Malaysia, kebebasan bersuara yang hampir tidak ada disamping pasukan polis yang tidak bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, macam malam semalam.

Ini bukan kali pertama pihak berkuasa Singapura dibuktikan tidak bersedia, sebelum ini pun penjenayah paling bahaya di negara tersebut, Mas Selamat lolos dengan mudah dari tahanan di penjara Singapura.

Siapa yang tangkap selepas itu? Polis Malaysia yang serba kekurangan ini jugalah.

Sumber: MYKMU.NET

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon