Tuesday, December 10, 2013

Ronaldo Bakal Berkahwin Kali Ke-4!


Bekas penyerang Brazil, Ronaldo bakal menamatkan zaman dudanya untuk berkahwin kali keempat dengan Paula Morais.

Ronaldo - Paula Morais

Lagenda Brazil itu atau nama asalnya Luis Nazario de Lima telah melamar Morais pada hari jadi ke-28 teman wanitanya.

Ronaldo, 37, yang sudah mempunyai tiga orang anak hasil tiga perkahwinannya sebelum ini, telah memuatnaik detik-detik manis tersebut dalam instagram.

Pemegang anugerah World Cup Golden Ball pada 1998 itu, melamar Morias dalam suasana romantik di hadapan rakan-rakannya.

Ketika dia mengeluarkan cincin, orang ramai melaungkan ‘Aceita, aceita, aceita’ iaitu meminta Morias menerima lamaran tersebut.

Dia kemudiannya memuat naik gambar mereka berdua bersama cincin baru itu dengan mesej ‘Love you, Paula Morais’.

Sumber: Mynewshub

2 comments

  1. Assalammualaikum...sentiasa panas,

    Ronaldo nie dah pencen. Ingatkan cristiano ronaldo...hhehehe..

    mselim3

    pls: dulu mselim3 suka ronaldo nie skill gelecek dia unik, sampai keeper pun dia gelecek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Tuan Selim. Macam-macam betul la kalau dah jadi kaya, kahwin cerai suka hati..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon