Wednesday, December 04, 2013

Panas! Erma Fatima Bayar Saman RM11,200 Guna Syiling 5 Sen!


Rabecca Nur Al-Islam tampil meluahkan perasaan tidak puas hati dengan tindakan Erma Fatima yang menghantar wang tuntutan saman berjumlah RM11,200 dalam bentuk syiling 5 sen dan turut menyertakan senaskah kitab al-Quran bersamanya.


“Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah?

(Baca: Erma Fatima Enggan Halalkan Wang, Didakwa Terus Tabur Fitnah! )

Kenapa dia perlu menghantar kitab al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?,” ujarnya kepada mStar Online.

Pelakon ini berkata jika tindakan Erma Fatima itu sengaja ingin cetuskan kemarahan beliau, ianya tidak akan terjadi dan juga memaklumkan akan memulangkan wang tersebut kepada Erma dan meminta penerbit dan pengarah itu membayar wang tuntutannya dengan cara berhemah.

Bukan susah, hantar sahaja ke bank yang mahu menerima syiling 5 sen sebagai deposit tunai. Selesai cerita dan tiada lagi drama, kata Erma Fatima.

Sumber: Rayyanbelog.blogspot.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon