Saturday, December 07, 2013

LG G2 Telefon Pintar Terbaik 2013


Jika anda menyangka iPhone 5S adalah telefon pintar terbaik tahun ini, anda silap.

LG G2

Sebaliknya pemegang takhta telefon pintar terbaik di Stuff Gadget Awards 2013 dianugerahkan kepada LG G2.

LG G2 dipilih berdasarkan ciri utamanya skrin Definisi Tinggi 5 inci, kamera 13MP dengan penstabilan imej optikal dalam cahaya rendah serta bateri yang sangat jimat.

Secara tak langsung, ini bagai satu amaran kepada Apple dan Samsung bahawa LG bakal mengungguli bisnes telefon pintar selepas ini.

Nokia Lumia 1020 41 MegaPixel Best Gadget 2013

Pada masa sama, Apple dan Samsung yang begitu popular dan berjaya menjual gajet pintar mereka dengan banyak seluruh dunia, turut kalah kepada Nokia.

Para pembaca memilih Nokia Lumia 1020 sebagai Gajet Terbaik kerana keupayaannya merakam gambar dengan cemerlang menerusi sensor 41MP dan teknologi superpixel pintar yang ada padanya.

LG G2

LG G2

LG G2 dilancarkan di New York pad bulan Ogos yang lalu adalah pengganti kepada Optimus G dan sebagai telefon pintar utama syarikat.

G2 hadir dengan spesifikasi yang memberangsangkan. Selain itu, lebih menarik, LG memperkenalkan sesuatu yang unik pada G2 iaitu kesemua butang fizikal pada peranti ini diletakkan dibahagian belakang telefon ( berhampiran kamera) yang mana LG mendakwa ianya membantu penggunaan telefon pintar yang bersaiz besar ini.

Spesifikasi Penting LG G2
  • Android 4.2 Jelly Bean
  • Pemproses Qualcomm Snapdragon 800 quad-core (2.26GHz)
  • Skrin paparan 5.2-inci beresolusi 1080 x 1920 dengan 424ppi
  • Kamera Belakang 13MP
  • Kamera Hadapan 2.1MP
  • Memori Simpanan Dalaman 16/32GB

-Sentiasapanas.com

1 comment

  1. Produknya menarik sekali, kamera dan kapasitas penyimpanannya besar, layak dibeli :-)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon