Saturday, December 21, 2013

iPhone 6 Bakal Perkenal Skrin Melengkung


Syarikat gergasi gajet terkenal dunia Apple dikatakan bakal membangun ciptaan terbaru mereka dengan keupayaan skrin boleh melengkung iaitu iPhone 6 yang mana merupakan inovasi terbaru masa depan gajet itu.

iPhone 6 punyai skrin paparan melengkung.

iPhone terbaru milik Apple bakal dibangunkan dengan teknologi skrin boleh melengkung ke bawah pada bahagian sisinya selain bakal dilengkapi dengan aplikasi dan software lebih hebat dan gempak berbanding iPhone 5.

Tambahan lagi, ciptaan terbaru iPhone 6 ini juga dikatakan mempunyai sensor yang boleh mengesan sekiranya anda menyentuh skrin dengan kuat atau perlahan.

(Baca: Misteri Penemuan Teknologi Canggih Manusia Zaman Kuno)

Malahan menurut Bloomberg, Apple juga akan muncul dua ciri model yang mana salah satunya bakal hadir dengan skrin 5.5 inci dan satu lagi mempunyai skrin 4.7 inci.

Pendek kata dengan saiz skrin 5.5 inci, saiz tersebut hampir sama besar dengan saiz Galaxy Note 3 ketika ini.

Sementara itu, pesaing terkuat Apple, Samsung sudah pun mengeluarkan telefon pintar model melengkung pertama di dunia yang dinamakan sebagai Galaxy Round. Bahkan LG juga sudah tampil dengan produk sulung mereka, LG G Flex.

Sumber: Tupai.com.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon