Wednesday, December 18, 2013

HOT! Manny Pacquiao Cabar Floyd Mayweather!


Perlawanan Manny Pacquiao selepas kejayaan mengatasi Brandon Rios menawarkan hadiah paling tinggi dalam kariernya.

Manny Pacquiao beat Brandon Rios

Pada 12 April depan perlawanan dianggap sebagai ‘pertarungan mega’ antara Manny Pacquiao dan Floyd Mayweather masih dapat diteruskan “andai kedua-dua peninju tidak melakukan tindakan merepek,” menurut promoter peninju Filipina itu, Bob Arum.

Pacquiao kembali menghidupkan kariernya yang dianggap kaku selepas menewaskan Rios dengan keputusan sebulat suara pada pertarungan di kasino Venetian Macau.

Kemenangan itu menebus kekalahan sama kepada Timothy Bradley tahun lalu dan menerima kekalahan ‘knockout’ kepada peninju Juan Manuel Marquez.

(Baca: Joe Louis Juara Tinju Yang Akhirnya Menjadi Penyambut Tetamu)

Perlawanan dijadualkan berlangsung pada 12 April 2014. Menurut Arum pertarungan itu berkemungkinan besar akan diadakan di Amerika Syarikat.

Pilihan lain adalah mengadakan perlawanan semula menentang Bradley dan pertarungan berdepan Marquez sedang diatur. Peninju Russia, Ruslan Provodnikov turut disenaraikan sebagai lawan kemungkinan.

Pacquiao menyahut cabaran pertarungan menentang Mayweather selepas menewaskan Rios dengan mengatakan: “Saya sanggup melawan Floyd, jadi sekarang terpulang kepadanya.”

Arum menyifatkan perlawanan yang mahu disaksikan oleh dunia berkemungkinan menjadi kenyataan.

“Saya tahu ia perlawanan yang perlu berlaku kerana di mana terdapat kemahuan di situ ada jalan,” kata Arum.

“Jika kedua-dua peninju tidak melakukan tindakan merepek, ia dapat dilakukan.”

Pacquiao akan berusia 35 bulan depan sementara Mayweather berhasrat bersara selepas menghabiskan empat daripada enam perlawanan menawarkan hadiah jutaan ringgit menerusi kontrak bersama Showtime/CBS.

(Baca: Manny Pacquiao vs Brandon Rios Full Fight Video)

Pacquiao pula akan menerima lebih AS50 juta (RM161 juta) sekiranya dia melawan Mayweather.

Beberapa masalah menjadi halangan untuk menghadapi perlawanan. Pacquiao memiliki kontrak bersama pesaing syarikat kabel Amerika Syarikat HBO yang dimeterai menerusi yang boleh dibawa ke meja rundi­ngan.

Isu lain seperti pembahagian wang kemena­ngan dan ujian dadah yang sebelum ini pernah menjejaskan semua kemungkinan untuk perlawanan itu diadakan mungkin akan menjadi faktor yang akan timbul semula.

Sumber: Harian Metro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon