Saturday, December 14, 2013

Gambar “Follow Me” Idea Unik Dan Kreatif


Info Unik Dunia. Jurugambar yang berasal dari Rusia, Murad Osmann telah menarik perhatian pengguna laman sosial dan pelayar Internet beberapa minggu ini dengan foto-foto yang dimuat naik beliau.

“Follow Me”

Bukan gambar profesional yang menunjukkan orang mahupun tempat, tetapi lebih kepada projek pintar beliau yang menggunakan media sosial, Instagram sebagai medium.

Bertajuk “Follow Me” serta mempunyai prespektif unik, setiap gambar adalah dari sudut pandangan Osmann dan menunjukkan bahagian belakang badan teman wanitanya Nataly Zakharova sebagai orang yang membawanya dengan tangan ke pelbagai lokasi di seluruh dunia.

(Baca: Asal-usul Simbol Lelaki Dan Wanita Dalam Dunia Sains)

Lokasi merangkumi beberapa tempat yang terkenal dan eksotik di dunia, yang terdiri daripada Big Ben di London dan Istana ‘Sleeping Beauty’ di Disneyland Hong Kong hingga ke air terjun di Bali.

Projek itu bermula semasa beliau bercuti di Barcelona pada tahun 2011.

Ia bermula apabila Zakharova mula marah kepada Osmann yang sentiasa sibuk mengambil gambar lalu menarik tangan Osmann.

Tetapi ia tidak menghalang Osmann daripada meneruskan minatnya itu.

Gambar-gambar yang ditangkap telah dijadikan sebagai satu projek yang kini telah menjangkau lebih setahun serta dari pelbagai lokasi.

Mengenai imej, Osmann mengambil gambar menggunakan iPhone atau DSLR beliau serta menambah pelbagai kesan kepada gambar menggunakan Camera+, dan kemudian memuat naik menerusi akaun Instagram beliau.

Beliau yang menetap di Moscow kini telah ke pelbagai lokasi menarik di seluruh dunia bagi menjayakan projek beliau.

Osmann merupakan penerbit eksekutif sebuah syarikat filem, Hype Productions.

Saksikan gambar menarik yang dimuat naik oleh Osmann bersama tangan teman wanitanya.

“Follow Me”
“Follow Me”
“Follow Me”
“Follow Me”

Anda boleh melihat dengan lebih banyak lagi karya-karya kreatif Osmann menerusi akaun instagram beliau, http://instagram.com/muradosmann

Kini, akaun Instagram beliau telah diikuti hampir 500,000 pengguna laman sosial tersebut.

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon