Thursday, December 05, 2013

Fizz Fairuz, Almy Nadia Kahwin Tahun Depan!


Pelakon popular, Fizz Fairuz bakal menamatkan zaman solonya dengan kekasihnya Almy Nadia pada pertengahan tahun hadapan.

Fizz Fairuz, Almy Nadia

Menurut Fizz, keluarganya dan keluarga kekasihnya sudah pun bertemu untuk berbincang mengenai tarikh perkahwinan mereka, dimana mereka akan terus diijabkabulkan tanpa mengikat tali pertunangan.

"Mana ada bertunang. Saya tak akan bertunang sebab saya dah kenal lama dengan Almy. Tahun ini dah masuk 8 tahun kami kenal. Jadi tak perlu bertunang. Saya akan terus nikah.

"Sebenarnya tarikh nikah dah ada. Saya dah pilih tarikh itu. InsyaAllah, dalam pertengahan tahun hadapan.

"Saya nak selesaikan dulu majlis kahwin adik saya yang akan berlangsung pada awal tahun depan.

"Selepas itu barulah difikirkan tentang hal saya dan Almy," katanya kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Dalam pada itu, bintang drama popular "Nur Kasih" itu berkata, dia tidak bercadang untuk mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran, tetapi hanya mahu membuat majlis yang bersedarhana dan ringkas namun tetap meriah.

Sumber: My.entertainment.yahoo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon