Wednesday, December 04, 2013

Azmin Ali Bidas Kerajaan Selangor Tidak Baiki Jalan!


Pendedahan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor, Azmin Ali mengenai peruntukkan Sistem Maklumat Rekod Jalan raya Malaysia (MARRIS) yang gagal diurus tadbir dengan baik oleh kerajaan negeri Selangor ada benarnya.

Azmin Ali PKR

Dalam memorandum BBC Selangor kepada Menteri Besar baru-baru ini, Azmin mendesak supaya kerajaan menggunakan sepenuhnya peruntukkan MARRIS ini bagi memastikan jalan yang berkualiti untuk rakyat.

“Kita dimaklumkan kerajaan pusat menyalurkan sebanyak RM400 juta setahun kepada kerajaan negeri Selangor bagi tujuan penyelenggaraan jalan dan kita menuntut supaya peruntukkan MARRIS ini digunakan sepenuhnya,” tegas ADUN Bukit Antarabangsa itu.

Azmin pernah pertikai kerajaan Selangor tidak gunakan duit Pusat untuk baiki dan selenggara jalan

Azmin bukan cakap kosong kerana Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 3 yang dikeluarkan Isnin jelas menunjukkan kerajaan negeri hanya menggunakan RM640.24 juta atau 57 peratus daripada RM1.14 bilion yang disalurkan dari tahun 2010 hingga 2012.

Disebabkan kelemahan tadbir urus tersebut, pengauditan yang dijalankan antara bulan Mac hingga Jun 2013 mendapati secara keseluruhannya, prestasi penyenggaraan jalan raya dari aspek kepuasan pengguna di tiga kawasan yang dipilih adalah kurang memuaskan.

Hasil dapatan LKAN, antara kelemahan lain yang dikesan ialah wang pemberian tidak dibelanjakan secara optimum, perbelanjaan yang tidak dibenarkan dan tidak dapat disahkan, kerja penyenggaraan yang dirancang tidak dilaksanakan dan kerja penyenggaraan yang diperlukan tidak dilaksanakan.

Bagi memastikan wang pemberian penyenggaraan jalan negeri dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk kesejahteraan rakyat Selangor, pihak Audit mengesyorkan Kerajaan Negeri melalui Perbendaharaan Negeri, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor dan semua Pihak Berkuasa Tempatan mengambil beberapa tindakan perlu.

Selain itu, Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri yang diluluskan oleh Majlis Kewangan Negara pada 30 Julai 2013 hendaklah diangkat untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dengan segera agar dapat diguna pakai di peringkat Negeri Selangor.

Sumber: Bnbbc.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon