Monday, November 04, 2013

Video Bayi Terharu Dengar Ibu Menyanyi


Kita biasa melihat orang dewasa terlalu beremosi apabila mendengar lagu kegemaran mereka yang memberi makna sehingga menitiskan air mata kesedihan.

Bayi Comel

Ada juga yang sama menggerakkan mulut menyanyikan lagu dengan penuh penghayatan lirik kegemaran mereka.

Bagaimana pula rupanya, jika seorang bayi yang masih berusia dalam beberapa bulan memberikan emosi yang sedih kerana menghayati nyanyian ibunya.

Satu rakaman video di Facebook menunjukkan seorang bayi yang seakan-akan memahami bait lirik yang dinyanyikan ibunya sehingga menitiskan air mata seakan memahami mesej yang cuba disampaikan melalui lagu itu.

Apabila ibunya tamat menyanyikan lagu itu, kelihatan air matanya bercucuran jatuh tetapi tidak pula dia menangis seperti kebiasaan seorang bayi, tetapi ia mirip menangis terharu selepas mendengar lirik yang penuh bermakna.


Comel betul bila melihat reaksinya mendengar nyanyian ibunya itu.

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon