Wednesday, November 06, 2013

Unik! Restoran Yang Memasak Menggunakan Cahaya Matahari


Info Unik Dunia. Restoran yang bernama Delicias del Sol, yang terletak di Villaseca, Chile, menggunakan tenaga matahari untuk memenuhi keperluan tenaga mereka.

Delicias del Sol Restaurant

Semua makanan dan minuman dimasak menggunakan oven tenaga matahari dengan suhu mencecah 180 darjah celsius.

Mereka melakukannya bukanlah kerana suka-suka. Penduduk disini sebenarnya telah beralih dengan menggunakan oven tenaga matahari kerana kekurangan kayu.

Suatu ketika dahulu, penduduk-penduduk miskin di Villaseca terpaksa menghadapi kenyataan menyedihkan kerana setiap ahli keluarga perlu mencari kayu api masing-masing untuk memasak makanan.

Kemudian, seorang wanita bernama Rojas yang tinggal di The Elqui Valley bersama empat wanita lain terpilih dalam projek penyelidikan tenaga solar yang dianjurkan oleh University of Chile.

Mereka diberi oven khas yang boleh menangkap cahaya matahari sekaligus mampu memasak makanan di dalamnya.

Delicias del Sol Restaurant

Idea ini diterima dengan baik dan daerah gersang yang mendapat cahaya matahari lebih dari 300 hari dalam setahun.

Hasilnya, masyarakat di sini telah menjadi perhatian kerana oven 'ajaib' ditambah lagi mereka semakin sihat kerana makanan yang dimasak dengan ketuhar ini bebas karbon dioksida yang biasanya terhasil dari pembakaran kayu api.

Merka menguji ketuhar selama empat bulan dan eksperimen tersebut telah mencapai kejayaan - makanan lazat boleh disediakan dengan hanya menggunakan tenaga solar.

Namun, selepas eksperimen itu berakhir, Universiti telah menuntut penduduk kampung untuk mengembalikan oven tersebut.

Berhadapan dengan kekurangan kayu, ditambah pula bahan bakar yang semakin mahal membuatkan Rojas dan masyarakat mengambil inisiatif bagi mengumpulkan wang dan membeli oven mereka sendiri.

Delicias del Sol Restaurant
Ketuhar matahari.

Namun, ketuhar tersebut jauh dari ekspetasi mereka. Benda itu tidak mampu di selaraskan dengan tepat untuk menangkap cahaya matahari dan masakan tidak sempurna dimasak.

Oleh itu, Rojas dan suaminya telah menghabiskan masa selama bertahun-tahun bagi mereka-bentuk semula ketuhar agar dapat di selaraskan dengan lebih cekap.

Pasangan itu, bersama-sama dengan keluarga Villasecan yang lain, kemudiannya membentuk Association of Solar Artisans of Villaseca dan mendapat bantuan $10,000 daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Program Pembangunan Syarikat untuk membuka sebuah restoran yang unik di mana makanan akan dimasak hanya menggunakan ketuhar solar baru mereka.

Pada mulanya, restoran Delicias del Sol hanya mampu menampung 24 pelanggan pada satu-satu masa, namun kerana kelazatan makanan yang di masak menggunakan oven matahari buatan, persatuan itu akhirnya berkembang.

Restoran mesra alam mereka kini mampu memuatkan seramai 120 pengunjung, yang kebanyakannya datang dari tempat yang jauh hanya untuk mencuba hidangan mereka.



[Sumber] [Edited by SP]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon