Wednesday, November 13, 2013

Unik! Jam Tangan Kayu Buatan Jepun


Info Unik Dunia. Syarikat pengeluar jam dari Jepun, Tokyoflash mungkin merasakan bahawa tahun 2013 adalah tahun untuk mereka semula koleksi jam tangan mereka dengan elemen kayu.

Kisai Console Futuristic Wooden LED Watch from Tokyoflash Japan

Syarikat tersebut baru-baru ini telah melancarkan semula model jam 2011 Kisai Console versi “semula jadi” yang terdiri daripada variasi Rogue SR2, Stencil, Zone dan Maru.

Sama seperti rekaan semula mereka yang lain, Kisai Console terbaru dari Tokyoflash masih lagi mengekalkan muka jam asal yang kelihatan ala sci-fi komputer.

Namun, perbezaan kali ini adalah talinya yang diubah daripada besi kepada kayu sandalwood berwarna merah (LED hijau) atau perang tua (LED hijau atau biru).

Bagi peminat jam tangan pelik di luar sana, video di bawah menerangkan ciri dan cara pembacaan masa bagi jam ini.

Harga promosi bagi pelancaran Tokyoflash yang dijadualkan sehingga 14 November ini adalah AS$109 (RM349). -Mynewshub



Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon