Friday, November 15, 2013

Robin Thicke Serik Berduet Dengan Miley Cyrus!


Ternyata aksi ‘nakal’ penyanyi Miley Cyrus sewaktu MTV Video Awards pada Ogos lalu mengubah persepsi pelantun Blurred Lines, Robin Thicke terhadap gadis itu.

Robin Thicke - Miley Cyrus!

Melalui laman web Perezhilton.com, jejaka itu tidak mahu lagi digandingkan bersama Miley untuk masa akan datang.

Biarpun nama gadis itu melonjak naik selepas persembahan pada malam itu, ia tidak mengagumkan Robin yang merasakan kontroversi itu sudah cukup baginya.

“Oh tidak, tidak, tidak. Tidak, tidak, semestinya tidak. Semestinya tidak,” tegasnya.

Melihat betapa banyaknya perkataan ‘tidak’ itu, kami memang percaya Robin sudah serik untuk berduet bersama Miley.

Hai, lelaki pun tahu erti malu. Mungkin Miley sudah putus urat malu agaknya.

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon