Friday, November 15, 2013

Restoran “Nasi Ganja” Diarah Tutup!


Sebuah restoran yang popular dengan makanan nasi kandar atau lebih dikenali sebagai 'nasi ganja' di Jalan Yang Kalsom di Ipoh, diarah tutup selama dua minggu berikutan gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.

Nasi Vanggey aka Nasi Ganja
Restoran “Nasi Ganja” di Ipoh diarah tutup dua minggu.

Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Abdul Rahman Ismail itu berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 28 November.

Operasi bersepadu bermula 5 petang itu melibatkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri dan Jabatan Imigresen.

Menurut Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, persekitaran penyediaan makanan yang tidak bersih boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam.

Katanya notis itu dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983, jika disabitkan kesalahan boleh didenda atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Nordiyanah Hassan ketika dihubungi mengesahkan arahan tutup premis itu dan operasi dijalankan atas arahan Kementerian Kesihatan.

Najis Dalam Peti Sejuk Dijadikan Pelaris


Kerana popularnya restoran Nasi Ganja di Jalan Yang Kalsom, Ipoh, Perak; berita penutupan restoran tersebut yang menggunakan nama Perniagaan Nasi Kandar Ayam Merah sejak semalam sekejap saja sudah diketahui umum.

Restoran tersebut diarah tutup selama 14 hari bermula semalam hingga 28 November kerana didapati kotor setelah Pejabat Kesihatan Daerah Kinta datang menjalankan pemeriksaan kesihatan di premis tersebut.

Penutupan ini sudah tentu memeningkan kepala taukeh Nasi Ganja.

Tapi belum habis pening, timbul satu lagi isu yang membuatkan taukeh Nasi Ganja Jalan Yang Kalsom naik berang apabila seseorang mengepos di Facebook mendakwa punca penutupan disebabkan pemeriksa kesihatan menemui najis dalam peti sejuk restoran.

Dakwa pihak yang memuatnaik status, najis itu dipercayai digunakan untuk disalut pada periuk bagi dijadikan pelaris atau penunduk hingga membuatkan ramai pelanggan mengunjungi Nasi Ganja setiap hari.

Hal ini menurut taukeh Nasi Ganja, telah memberikan reputasi buruk sekaligus memberi kesan pada perniagaannya.

Tak dapat dinafikan, isu najis memang boleh memberikan impak besar pada perniagaan makanan sebab ia terlalu menjijikkan.

Bagaimanapun dari satu segi lain, taukeh Nasi Ganja Jalan Yang Kalsom harus menerima hakikat bahawa premisnya mempunyai masalah kebersihan yang perlu diselesaikan segera sebelum ia memberi kesan pada pelanggannya yang ramai.

Sumber: Bernama/Tengoktvonline

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon