Friday, November 08, 2013

Panas! Sharifah Sakinah Dihantar Ke Pusat Rawatan Mental?


Beberapa blog dan laman sosial hari ini melaporkan bahawa artis yang selalu berkelakuan pelik, Sharifah Sakinah telah dihantar ke Pusat Rawatan Mental Sungai Buloh.


Menurut blog berkenaan, ia bagi membolehkan Sharifah diberikan rawatan atas permasalahan jiwa dan perangai gilanya.

Tidak diketahui bila dia dihantar dan sampai bila dia akan ditahan di sana.

Semua itu dibuat berdasarkan sekeping gambar seorang wanita yang menyerupai Sharifah Sakinah dalam sebuah van yang tertulis perkataan Pusat Rawatan Mental Sungai Buloh yang tersebar di Facebook sejak semalam.

Sebenarnya, agak menggelikan hati apabila membaca cerita ni.

Bukan apa, laporan blog-blog seperti kurang tepat dan gambar itu pun terutama bahagian tulisan Pusat Rawatan Mental Sungai Buloh mungkin direka.

Ini kerana apabila di Google nama Pusat Rawatan Mental Sungai Buloh, tak jumpa pun!

Tanya beberapa rakan pun tak pernah dengar.

Paling hampir selain Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) ialah Unit Psikologi Kaunseling di Hospital Sungai Buloh.

Lagipun, rawatan kerajaan untuk bidang itu akan menggunakan istilah psikologi atau psikiatrist dan bukannya mental.

Jadi, melainkan penulis benar-benar tersilap, rasanya Sharifah Sakinah belum lagi diheret ke mana-mana pusat rawatan jiwa di negara ini.

Namun, apa yang menarik hati di sini ialah, sebenarnya seolah-olah ada sebahagian anggota masyrakat mempercayai entri blog-blog berkenaan tanpa mempersoalkan langsung kebenarannya.

Hakikat, itu bukan salah pembaca atau masyarakat, tetapi salah Sharifah Sakinah yang sering membawa imej yang pelik-pelik melalui video klip yang dihasilkan dengan kawan-kawannya, menyebabkan ramai yang menerima berita dia dihantar ke Pusat Rawatan Mental Sungai Buloh tanpa banyak soal.

Membaca sesetengah komen, bukan sekadar ramai yang tidak terperanjat, malah semacam gembira kerana artis itu akhirnya dihantar untuk menerima rawatan.

Kalau tiba-tiba muncul cerita Siti Nurhaliza atau Yuna dihantar ke tempat itu, penulis yakin ramai sekali yang akan mempersoalkan kesahihan dan pastinya marah dengan pihak yang menyebarkan berita seperti itu.

Namun tidak pula bila ia melibatkan Sharifah Sakinah.

Jadi, dalam hal ini, Sharifah Sakinah adalah pihak yang harus melihat kepada reaksi masyarakat bila berita seumpama itu tersebar dan kemudian berfikir, “Apakah aku nak kena buat parodi baru untuk kutuk orang yang kata aku kena dapatkan rawatan mental atau aku perlu berubah?,”.

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon