Wednesday, November 20, 2013

Malaysia Dituduh Rekrut Rakyat Indon Menjadi Askar Wataniah!


Sebuah liputan berita di saluran SCTV, Indonesia mendakwa Malaysia merekrut rakyat negara itu bagi dijadikan askar wataniah di negara ini.

Malaysia Dituduh Rekrut Rakyat Indon Menjadi Askar Wataniah!

Dalam laporan yang dikatakan dibuat oleh wartawan mereka yang pergi sendiri ke perbatasan sempadan Malaysia-Indonesia, terdapat ratusan malah mungkin ribuan rakyat negara seberang diserap oleh Kerajaan Malaysia ke dalam askar wataniah di bawah Tentera DiRaja Malaysia.

Kebanyakannya rakyat asal Indonesia yang lahir atau sudah lama menetap di sini, tetapi ada juga didakwa masih memiliki dokumen warga Indonesia.

Ada antara mereka dikatakan kini terlibat menjaga 17 pos keamanan bersama di perbatasan Kalimantan Barat sepanjang 870km yang menempatkan askar kedua-dua negara.

Laporan SCTV tersebut menyuarakan kekhuatiran tentang perkara ini kerana jika terjadi konflik, askar yang berasal dari negara mereka akan saling berhadapan dengan rakan senegara di medan pertempuran.

Wartawan stesen tersebut turut menemuramah Panglima Tentera Negara Indonesia, General TNI Djoko Santoso untuk meminta ulasan namun beliau menyatakan akan menyiasat terlebih dahulu dakwaan ini.

Meskipun sudah dimaklumkan perkara masih dalam siasatan, stesen berkenaan kelihatan memainkan isu ini hingga ada pihak yang diwawancara termasuk pengamal politik sana meluahkan kecaman terhadap Malaysia dengan menyifatkan negara kita sebagai tidak beretika kerana mempergunakan warga negara mereka.

Apa pun, ini adalah satu tuduhan berat dan pihak berkuasa perlu menyiasat dakwaan ini dengan segera dan telus.

Sekiranya benar, bukan Indonesia sahaja yang bimbang rakyatnya dipergunakan, kita sendiri semestinya risau sejauh mana kesetiaan individu yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam negara yang menjadi benteng pertahanan kita.

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon