Friday, November 22, 2013

iPhone 5C Sesuai Untuk Wanita


Kelainan iPhone 5C banyak bergantung kepada warna dan keupayaan iOS 7 namun ciri paling mencuri tumpuan adalah keupayaan operasinya pada pemprosesan A6 menyamai model dalam iPhone 5 yang disifatkan lancar.


Lancar yang dimaksud­kan misalnya jika anda membuka satu aplikasi ke aplikasi lain, antara muka ke antara muka yang lain kemudian membuka video pula, menontonnya dan kerja lain tanpa henti, telefon masih berada dalam keadaan baik tanpa masalah ‘enjin’.

iPhone 5C beroperasi baik dan tidak mendatang­kan masalah.

Mungkin ada yang berkata, ‘telefon baru memang begitu’ namun hakikatnya terdapat banyak jenama yang menghadapi masalah meskipun baru tiga hari memakainya.

Kombinasi warna pada rekaan iPhone 5C tidaklah sehebat Nokia Lumia 625. Warna Lumia lebih cantik, tetapi kerangka iPhone 5c tidak terlalu licin jadi ia selesa ketika digenggam.

Kekuatan 5C sama saja sekiranya anda sedang memakai model iPhone 5 dan hanya dibezakan de­ngan warna saja.

Bagaimanapun, skrin Retina 1136 x 640 piksel menyamai model model 5S.

Ketika ia mula-mula muncul, ramai yang meneka C sebagai ‘Cheap’ apabila Apple akhirnya memaklumkan ia sebenarnya bermakna ‘Color’ dan memberi gambaran betapa cerianya iPhone baru kepada pengguna.

Harga Apple pun memang mahal. Pengujinya memperolehnya di Amerika Syarikat dan ia menelan kos sehingga $549 (edisi paling murah) atau sekurang-kurangnya RM1,756 kalau mahu diikutkan nilai tukaran ringgit semasa.

Namun di Malaysia, ia dijual kira-kira RM1,999.

Harga sama juga membolehkan anda mendapatkan telefon lain yang mungkin lebih baik misalnya HTC One, Sony Xperia Z atau Nokia Lumia 925.

Tetapi, produk Apple mempunyai kekuatannya sendiri sekali gus menjadikan harga bukan ukuran.

Bateri pula mempunyai jangka hayat 20 peratus lebih baik berbanding iPhone 5.

Sebelum ini, jika anda memakai iPhone 5, tempoh paling lama sekiranya anda seorang yang aktif mungkin tujuh jam jika anda menggunakannya dari jam 8 pagi hingga 3 petang, kadang-kadang jam 12 tengahari pun sudah habis.

iPhone 5C juga mengekalkan kuasa kamera yang menarik. Jarang penguji melihat pengguna iPhone tidak mampu merakam foto yang cantik meskipun banyak aplikasi pihak ketiga memberikan kelebihan pada fotografi, kamera 8 megapiksel iPhone 5C menawarkan kualiti dibantu saiz apertur f/2.4.

Disebabkan iPhone 5C mempunyai lima warna berlainan, IT@Metro pasti wanita antara pembeli yang paling teruja mahu mendapatkan­nya.

INFO
Ciri: iPhone berwarna-warni
Pro: iOS7
Kontra: Harga
Produk: iPhone 5C
Pengeluar: Apple
Laman Web: store.apple.com/my/buy-iphone/iphone5c

Sumber: Harian Metro Online

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon