Wednesday, November 13, 2013

Giliran Awie Pulak Diisytihar Muflis?


“Muflis atau tak, saya tak ganggu orang, bukan? Asalkan tak ganggu orang, saya rasa ia tak patut jadi masalah kepada sesiapa pun,” kata penyanyi dan pelakon terkenal, Awie berhubung dakwaan terbaru mengatakan dirinya kini diisytiharkan muflis.

Awie Wings Muflis

Awie atau nama sebenar Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, dakwaan itu bukan perkara penting untuk diketengahkan kerana ia adalah lumrah dan banyak berlaku kepada sesiapa pun termasuk golongan kerabat dan kenamaan (VIP).

“Kalau benar saya muflis, kenapa? Kalau pun betul, bukan saya seorang saja. Ramai lagi orang di luar sana yang muflis. Golongan kerabat dan VIP pun ramai yang muflis.

“Ada seorang kerabat diraja ini juga bankrap tapi apa masalahnya kepada orang ramai? Pada saya, asalkan benda itu tak kacau orang, tak perlulah nak kacau hidup saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Desas-desus terbaru itu diperkatakan baru-baru ini tetapi pelakon yang kini terbabit dalam pementasan Supermokh Sebuah Muzikal sehingga 18 November ini enggan mengulas butiran terperinci perkara berkenaan.

Ditanya mengenai dakwaan dia memindahkan asetnya kepada isteri, Rozana Misbun, 34, susulan status itu, Awie berkata, tindakan itu adalah wajar dan berasas jika benar dia berbuat demikian.

“Kalau pun saya pindahkan harta atau apa saja pada mereka, itu hak saya. Mereka adalah isteri dan anak-anak saya, keluarga saya sendiri.

“Kalau saya mati nanti, harta yang ada itu untuk mereka juga. Jadi, apa masalahnya? Biarlah orang nak cakap apa saja,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon