Thursday, November 21, 2013

David Moyes Mula Disanjung Di Manchester United


Jurulatih Manchester United, Phil Neville mengakui bahawa strategi pengurus baharu, David Moyes mula mendapat kepercayaan para pemain skuad The Red Devils.

David Moyes

Neville, 36, menyuarakan keyakinan itu selepas anak-anak buah Moyes menewaskan Arsenal 1-0 pada aksi Liga Perdana England di Stadium Old Trafford, 10 November lalu.

Moyes yang menggantikan pengurus legenda United, Alex Ferguson pada Julai lalu memulakan langkah sumbang, sekali gus merupakan aksi terburuk kelab itu dalam tempoh 24 tahun lalu.

"Kekalahan kepada West Bromwich Albion ibarat kebangkitan United.

"Para pemain mula mempercayai pengurus dan falsafahnya. Saya rasa, anda dapat melihatnya pada aksi menentang Arsenal.

"Sudah tentu (Moyes) perlu mengambil sedikit masa untuk memimpin pasukan dengan baik kerana sebelum ini Ferguson mengendalikan United untuk satu tempoh yang lama. Sudah tentu ada waktu peralihan," kata Neville yang menyertai staf kejurulatihan United pada musim panas lalu selepas bermain di bawah kendalian Moyes di Everton.

Ferguson mengambil keputusan untuk bersara selepas merangkul 38 trofi sepanjang 27 tahun di Old Trafford termasuk status juara Liga Perdana England tahun lalu.

Setakat ini, United berjaya mengutip 11 mata daripada lapan perlawanan liga termasuk menang 1-0 ke atas Arsenal.

Neville turut percaya penyerang England, Wayne Rooney kembali di puncak pretasi meskipun sebelum ini terdapat spekulasi yang mendakwa pemain itu akan meninggalkan Old Trafford.

"Tahap persembahan kelas pertama (Rooney) bukan sahaja semasa perlawanan tetapi semasa latihan. Kini, anda dapat lihat gandingan antara Rooney dan Robin van Persie cukup baik untuk mencetak gol dalam setiap perlawanan.

"Setiap kali mereka beraksi bersama, United akan memenangi perlawanan tersebut," kata Neville. -Agensi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon