Wednesday, November 20, 2013

Anwar Nafi Pernah Mendakwa Wujud 40,000 Pengundi Hantu Warga Bangladesh!


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya atau mana-mana pemimpin pembangkang tidak pernah membuat dakwaan bahawa wujud hampir 40,000 pengundi hantu warganegara Bangladesh semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Mei lalu.

40,000 Pengundi Hantu Warga Bangladesh!

Kenyataan mengejut dan boleh ditafsir sebagai penipuan terdesak itu dibuat Anwar dalam satu sidang media hari ini.

Rujuklah mana-mana laman web dan blog pro pembangkang, pasti mereka dengan jelas menyebut dan menabur fitnah tentang kehadiran 40,000 pengundi hantu warga Bangladesh. Malah, siap dengan bukti email sekali.

Beliau sebaliknya mendakwa isu pengundi Bangladesh adalah mainan penulis-penulis blog Barisan Nasional (BN).

Sedangkan yang diketahui umum, dari awal portal pembangkang seperti Malaysiakini dan Malaysia Insider yang menghangatkan penipuan berkenaan dengan bantuan cybertropers Red Bean Army milik DAP yang mengerakkan kempen penipuan itu di media sosial seperti Facebook.

40,000 Pengundi Hantu Warga Bangladesh!
Penduduk Sabah dihina sebagai pengundi hantu!

Serangan secara tersusun dan serentak antara Red Bean Army dan portal-portal pro mereka telah menyebabkan rakyat tertipu ketika PRU-13 berlangsung.

Selepas PRU-13, sehingga kini, pembangkang dan portal-portal berkenaan masih belum mengemukakan sebarang bukti kukuh mengenai kewujudan kumpulan pengundi berkenaan walaupun digesa untuk berbuat demikian berkali-kali.

Malah, beberapa dakwaan lain seperti kejadian blackout di pusat penjumlahan dan peti undi dibuang daripada helikopter juga disahkan penipuan yang dirancang.

Gambar-gambar berkenaan dan video-video yang dikeluarkan semasa PRU-13 terbukti merupakan lakonan dan ada yang dimanipulasi kerana kejadian asal melibatkan perkara lain.

40,000 Pengundi Hantu Warga Bangladesh!

Penafian Anwar hari ini adalah kemuncak kepada kegagalan untuk membuktikan semua dakwaan yang dibuat pihak beliau.

Cubaan meletakan kesalahan itu dibahu penulis blog pro BN adalah sesuatu yang seharusnya dinilai sebagai memalukan untuk datang dari seorang ketua pembangkang yang begitu senior dalam politik.

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon