Friday, November 22, 2013

Akhirnya Amy Search Mengaku Muflis Angkara Khianat Rakan Sendiri


Amy Search akhirnya membuka mulut tentang isu muflis yang pernah menjadi perhatian ramai sebelum ini dan lagenda rock Malaysia ini mengakui yang dirinya muflis kerana perbuatan khianat kawan sendiri dan akan membawa kes ini ke mahkamah.

Amy Search Muflis

"Apa yang boleh saya katakan, saya sebenarnya dianiaya oleh sahabat baik sendiri sehingga menyebabkan saya muflis. Itulah akibat terlalu percayakan kawan".

"Namun buat masa ini saya tidak mahu mengulas lanjut kerana saya akan membawa kes ini ke mahkamah untuk tindakan seterusnya", jelas Amy Search.

Amy Search dikhabarkan telah gagal untuk membayar sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert jelajah Di Awan Biru sekitar 2009.

Kes ini telah dibawa ke mahkamah dan keputusan yang dikeluarkan telah menyebabkan beliau diisytihar muflis.

Sumber: Rotikaya

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon