Friday, October 25, 2013

Video Mengharukan Bapa Menangis Anak Lulus Matematik


Video seorang bapa menangis kegembiraan apabila mengetahui anaknya mendapat gred C dalam ujian matematik kini menjadi viral di YouTube dengan ditonton lebih 1.2 juta dalam masa cuma dua hari.

Kasih seorang ayah

Dalam klip berdurasi 2:37 saat itu, seorang anak pada mulanya memasang kamera tersembunyi sebelum memanggil bapanya untuk memberitahu sesuatu.

Sebaik bapanya muncul dan ditunjukkan slip keputusan, bermulalah babak yang mengharukan apabila si bapa tidak dapat menahan kegembiraan hingga menjerit dan menangis terharu.

(Baca: Yang Anda Tidak Tahu Tentang Seorang Ayah)

Menjelaskan mengapa bapanya memberi respon sampai begitu sekali sedangkan dia cuma memperoleh C, anaknya menjelaskan dia amat lemah dalam subjek tersebut hingga layak mendapat gred F sahaja selama ini.

Namun untuk lulus dan menyambung pelajaran di England, dia perlu mendapat sekurang-kurangnya C. Jadi walaupun cuma itu yang mampu diperoleh, dia telah mencuba sedaya upaya dan usaha itu dimaklumi bapanya.

“Saya bukan budak pandai dan terpaksa berusaha keras dalam pelajaran. Bagi orang lain mungkin ia cuma ‘C’ tapi baik saya, ayah mahu pun cikgu tak pernah sangka saya mampu memperoleh keputusan ini,” katanya.



Apa pun, video ini amat menyentuh perasaan dan membuktikan betapa seorang bapa amat memikirkan masa depan anak yang disayangi.

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon