Friday, October 11, 2013

Planet Baru Terapung Tanpa Orbit Di Temui


Saintis menemui sebuah planet di luar sistem solar yang berada terpencil di angkasa dan tidak mempunyai orbit pada mana-mana bintang.

PSO J318.5-22

Planet yang diberi nama PSO J318.5-22 itu berada pada kedudukan 80 tahun cahaya dari bumi dan enam kali lebih besar daripada planet Jupiter.

Ia dipercayai terbentuk kira-kira 12 juta tahun lalu dan dianggap sebagai planet baharu.

Ketua saintis dari Institut Astronomi di Universiti Hawaii, Micheal Liu berkata, beliau tidak pernah melihat sebuah planet terapung di angkasa tanpa orbit.

"Planet terbabit mempunyai ciri-ciri seperti planet baharu dalam kalangan bintang lain, tetapi ia bergerak tanpa arah di angkasa.

"Selama ini saya percaya wujudnya planet sedemikian dan penemuan terbaharu ini membuktikan ia benar-benar wujud," katanya.

Saintis mengesan planet berkenaan menggunakan teleskop peninjau, Pan-STARRS 1 yang ditempatkan di gunung berapi Haleakala di pulau Maui, Hawaii.

Menurut saintis, planet PSO J318.5-22 menunjukkan wujud planet berjisim rendah yang menyebabkan ia terapung dan bergerak bebas.

Sejak 10 tahun lalu, saintis menemui kira-kira 1,000 planet di luar sistem solar termasuk sejumlah planet yang tidak mempunyai orbit. -AFP


Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon