Rabu, September 11, 2013

WTH! Miley Cyrus Berbogel Dalam Muzik Video Terbaru!


Loading...

Apa sudah jadi pada bintang "Hannah Montana", Miley Cyrus? Dia kini seperti mahukan perhatian apabila sentiasa mencetuskan kontroversi-kontroversi yang memualkan.

Miley Cyrus
Aksi tidak senonoh ketika Video Music Awards MTV (MTV VMAs).

Bintang yang sebelum ini berimej bersih dan menjadi idola kanak-kanak, baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi dan telah dikritik hebat mengenai persembahannya di pentas Anugerah Muzik Video MTV apabila beraksi separa lucah dengan penyanyi duetnya, Robin Thicke ketika menyampaikan lagu Thicke, "Blurred Lines".

Terbaru, Miley sekali lagi menjadi perbualan hangat ramai apabila Miley berbogel dalam muzik video terbarunya "Wrecking Ball" yang baru di muat naik di laman YouTube semalam.

Rata-rata peminat yang komen menyukai lagu terbarunya itu, namun mengkritik penampilannya yang dilihat seakan-akan terdesak mahu membuang imej hadis baik atau 'girl next door' ketika zaman Hannah Montananya.

Kontroversi

Miley Cyrus

Miley Cyrus telah mencetuskan kontroversi selepas mengadakan persembahan pada anugerah MTV Video Music baru-baru ini, dengan aksi tidak senonohnya ketika di pentas bersama Robin Thicke.

Namun kali ini, timbul kontroversi baru yang melibatkan gambarnya selepas mengadakan persembahan pada malam itu.

Apa tidaknya, wajah pelakon Carlton, yang pernah membintangi siri tv `The Fresh Prince of Bel-Air’ dikatakan menjelma pada lutut kanan Cyrus.

Cyrus yang bergambar dengan menjelirkan lidah itu nyata bakal mencetuskan kisah hangat yang baru.

Kali ini tumpuan adalah di lutut Cyrus, bukan wajahnya atau pakaiannya lagi.

Dalam pada itu, dalam perkembangan lain, akibat berkelakukan tidak senonoh ketika membuat persembahan pada anugerah MTV Video Music itu, majalah Vogue telah membatalkan hasrat menjadikan penyanyi Miley Cyrus sebagai gadis muka depan.

Majalah berkenaan sebelum ini mahu menjadikan Miley sebagai ikon fesyen yang baru.

Miley pernah bergambar untuk Vogue untuk edisi Disember lalu.

Namun pengurusan Vogue berubah fikiran sebaik sahaja menyaksikan Miley membuat persembahan tidak senonoh pada malam anugerah berkenaan.

Vogue bimbang penampilan Miley pada malam anugerah itu akan menjadikan arah tuju majalah itu berbeza sama sekali.

-Yahoo/Mynewshub

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon