Monday, September 16, 2013

Selebriti Indonesia Yang Bertudung Hanya Untuk Semusim


Jika di Malaysia, ramai yang mengkritik penampilan selebriti- selebriti yang berhijab kerana menyarung pakaian ketat dan mengikut badan.

Nikita Mirzani

Namun, lain pula di Indonesia apabila beberapa selebriti seksi mengambil keputusan untuk berhijab.

Hijab mereka cuma seketika iaitu pada bulan Ramadan, selepas mengerjakan umrah atau haji atau ketika membawakan watak berhijab.

Rossa

Rossa

Penyanyi Rossa atau nama sebenarnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani, 35, antara selebriti yang dikritik hebat oleh peminat- peminatnya kerana membuka hijab.

Pelantun lagu Ayat-Ayat Cinta itu hanya mengenakan hijab selama dua bulan selepas menunaikan haji pada 12 Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun, Rossa mempunyai jawapan pada tindakannya membuka hijab itu.

Ujarnya, dia hanya berniat untuk berhijab selama 40 hari dan kemudiannya melanjutkan niatnya itu sehingga dua bulan.

"Saya faham ramai yang tidak senang melihat saya masih tidak berhijab walau- pun sudah bergelar hajah.

"Ramai yang mengkritik tetapi saya menerimanya dengan hati yang terbuka. Saya tahu kritikan tersebut untuk kebaikan saya juga.

"Begitupun, keputusan itu harus datang daripada saya sendiri. Sampai masanya saya juga akan berhijab. Buat masa ini saya mula meninggalkan pakaian-pakaian seksi," ujarnya kepada Kapanlagi.com.

Julia Perez

Julia Perez

Sebanyak 20 filem lakonan Julia Perez atau Jupe menonjolkan sosok tubuhnya. Begitupun, Jupe kemudiannya memuat naik gambarnya mengenakan hijab di laman sosial Twitter.

Ramai peminat yang memuji perubahan bintang seksi itu. Bagaimanapun, Jupe hanya mengenakan hijab pada bulan Ramadan sahaja atau ketika membawakan peranan berhijab dalam sesebuah filem.

Dewi Persik

Dewi Persik

Pelakon Dewi Persik juga seperti Jupe apabila mengenakan hijab sekali dalam setahun iaitu semasa bulan Ramadan. Ketika mula-mula Dewi mengenakan hijab, ramai yang terkejut dengan perubahan pelakon yang penuh dengan kontroversi itu.

Cinta Penelope

Cinta Penelope

Selama ini, penyanyi Cinta Penelope begitu terkenal dengan penampilan seksi. Bagaimanapun, selepas berkahwin dengan vokalis kumpulan Debu, Mustafa, Cinta berubah secara drastik. Dia tidak lagi memakai pakaian seksi, malah ketika bulan Ramadan, Cinta sering kali dilihat mengenakan hijab lengkap demi menghormati bulan mulia itu.

Trio Macan

Trio Macan

Kumpulan Trio Macan yang dianggotai oleh Ifa, Lia dan Dian tidak akan beraksi seksi di pentas nyanyian semasa bulan Ramadan. Ini kerana menjelang Ramadan, ketiga-tiga mereka mengambil keputusan untuk menyarung hijab. Perubahan penampilan Trio Macan itu akhirnya membuahkan hasil apabila mereka terpilih menjadi salah seorang penyampai anugerah AMI Award 2012.

Donita

Donita

Bekas kekasih kepada pelakon terkenal, Randy Pangalila iaitu Donita juga memakai hijab ketika membawa peranan ustazah dalam sinetron Kami Bukan Malaikat. Malah, selama proses penggambaran tersebut Donita tidak membuka hijabnya. Bagaimanapun, selesai sahaja penggambaran, Donita menjalani kehidupannya seperti biasa tanpa menyarung hijab.

Nuri Maulida

Nuri Maulida

Terkenal menerusi filem Me vs High Heels, Nuri Maulida mengambil keputusan untuk memakai hijab selepas mengerjakan umrah. -Kosmo

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon