Friday, September 13, 2013

Saya Sayang Papa - Nabila Huda


Tidak berniat untuk mengetepi atau melupakan ayahnya, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, aktres Nabila Huda enggan menggunakan media bagi menyelesaikan konflik yang berlaku antara mereka.

Nabila Huda

"Saya sayang papa, juga keluarga saya. Jika benarlah dakwaan saya melupakan beliau, saya fikir biarlah perkara itu diselesaikan antara kami anak-beranak bukan menggunakan platform media sebagai mencari penyelesaiannya," ujar Nabila seperti dipetik dari Harian Metro.

(Baca: Ditelan Mati Emak Diluah Mati Bapa - Nabila Huda)

Konflik ini tercetus berikutan kenyataan daripada isteri Amy Search, Norhasniza Hassan atau dikenali sebagai Nourish yang memberitahu bahawa suaminya tersinggung selepas aktres berusia 29 tahun itu tidak pulang menjenguknya pada Aidilfitri baru-baru ini.

Malah kejadian kemalangan yang menimpa Nabila dan anaknya, Keisha Laila, 4, pada Ahad lalu dikatakan adalah petunjuk kecil kerana sebelum ianya berlaku, lagenda rock negara itu telah berdoa agar aktres itu diberikan pengajaran.

SMS Maaf Nabila Di Pagi Raya Tak Dibalas Amy


Aktres, Nabila Huda akui tiada niat untuk membelakangi bapanya, yang juga penyanyi rock lagenda, Amy Search ketika Syawal lalu sebaliknya dia akui sukar untuk membuat pilihan dengan siapa dia perlu menyambut Hari Raya selepas turut menerima undangan daripada ibu kandungnya sendiri yang mengajaknya beraya di Klang.

Nabila Huda berkata selepas bingung memikirkan di mana dia harus pulang menyambut Syawal, dia akhirnya mengambil keputusan untuk menyambutnya di Singapura bersama rakan-rakannya.

“Sebenarya saya mendapat undangan dari mama (ibu kandung) untuk menyambut raya bersamanya di Klang, tetapi dalam waktu yang sama saya teringin untuk beraya di Johor bersama papa (Amy Search).

“Dek kerana sukar untuk membuat pilihan di antara kedua-duanya, akhirnya saya pun memilih untuk bertukar angin dan beraya di negara jiran, Singapura bersama rakan-rakan saya. Boleh tahan meriah juga sambutan di sana,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi

Nabila berkata demikian setelah diminta mengulas mentenai kenyataan ibu tirinya, Nourish Hassan dalam artikel murai.com.my terdahulu. Dalam kenyataan itu. Nourish memberitahu, suaminya, Amy Search berkecil hati terhadap Nabila Huda kerana tidak pulang beraya berjumpa dengan bapanya.

Bagaimana pun, Nabila Huda akui dia masih tidak melupakan kedua-dua ibu bapanya, apatah lagi mengucapkan Selamat Hari Raya serta meminta maaf di pagi raya menerusi panggilan telefon.

Namun Nabila memberitahu panggilan serta SMS (pesanan ringkas) yang dihantarnya kepada Amy Search tidak dibalas sehingga kini.

“Di pagi raya saya juga berasa sebak juga bila mengenangkan mama dan papa di kampung halaman masing-masing. Saya ada telefon mama untuk ucap selamat hari raya dan minta maaf, begitu juga dengan papa.

“Tapi panggilan yang saya buat untuk papa gagal. Jadi, saya pun menghantarkan SMS kepadanya untuk mengucapkan selamat hari raya dan meminta maaf daripadanya, tetapi SMS saya pun tidak dibalasnya.

“Tapi, tak mengapa kerana jika diizinkan Tuhan, saya dan Keisha boleh sambut raya bersama mereka di tahun akan datang, Insya Allah,” luahnya lagi.

Syazwan Kesal Dituduh Bercinta Dengan Nabila

Syazwan Zulkifli

Sementara itu, aktor Syazwan Zulkifli yang memandu kereta semasa kejadian menafikan dia bercinta dengan Nabila dan kesal dengan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia mabuk ketika kemalangan itu berlaku.

Syazwan mempersoalkan motif peminat menyebarkan dakwaan itu sedangkan mereka keluar bersama kerana memenuhi tuntutan tugas dalam mempromosikan drama lakonan mereka berjudul Jodoh Itu Milik Kita yang kini sedang hangat ditayangkan di Astro Mustika HD.

“Hanya kerana kemalangan itu, peminat sesuka hati membuat spekulasi sedangkan kami memang akrab. Saya mula berkawan dengan Abil sejak dia baik dengan Johan. Takkanlah disebabkan kami terbabit dalam kemalangan, dengan mudahnya kami dituduh bercinta,” katanya memetik laporan Berita Harian, kelmarin.

Selain itu, dia juga membidas tuduhan mengatakan dirinya mabuk ketika kejadian malang itu berlaku.

“Secara logik, takkanlah saya mabuk pada siang hari apatah lagi saya membawa nyawa orang dalam kereta,” katanya lagi.

Ekoran kejadian malang itu, aktor yang popular menerusi drama rantaian Juvana ini telah mengambil cuti selama seminggu sebelum kembali ke pentas lakonan seperti biasa.

-Mynewshub/Yahoo/Murai

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon