Tuesday, September 10, 2013

Restoran Ditutup Gara-gara Benarkan Pelanggan Berbogel


Info Unik Dunia. Gara-gara membenarkan sekumpulan pelanggan datang dan makan di restoran mereka sambil berbogel, sebuah restoran di Kanazawa City, Jepun ditutup kerana membiarkan perlakuan aneh berlaku di tempat awam.

Bogel

Kejadian itu berlaku di sebuah restoran yang menyediakan menu makanan China, Gyoza No Osho (King Of Gyoza).

Pada masa kejadian, sekumpulan 10 orang pelanggan lelaki datang ke restoran itu dengan sengaja dan makan dalam keadaan bogel.

Yang peliknya, pihak pengurusan restoran tidak pun menghalang mereka tetapi terus membiarkan mereka makan di restoran itu.

Tidak diketahui tujuan kumpulan pelanggan itu apabila ada di antara mereka yang mengambil gambar perlakuan bogel mereka dan memuatnaiknya di Facebook.

Kejadian itu hanya disedari pengurusan tertinggi restoran apabila para pengurus mereka diberikan email beserta gambar berkenaan oleh orang ramai.

Menurut agensi berita Jepun, Itai News, pada malam 2 September, restoran itu ditutup sepenuhnya.

Wanita Paling Fleksibel Di Dunia

Zlata

Sementara itu, mungkin wanita kelahiran Rusia ini boleh digelar sebagai wanita yang paling fleksibel di seluruh dunia.

Zlata, 27, mula menyedari dirinya boleh melenturkan badan kepada posisi dan bentuk yang mustahil untuk dilakukan sejak dirinya berusia empat tahun lagi.

Wanita ini juga telah memecahkan beberapa rekod dunia dengan keupayaannya melenturkan badan dalam pelbagai posisi yang sukar dan unik itu.

Di bawah ini merupakan beberapa aksi melentur badan yang dilakukan Zlata dalam usaha memecahkan rekod dunia yang dipegangnya.

Zlata
Zlata

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon