Monday, September 16, 2013

Perpindahan Ozil Ke Arsenal Kerana Kecewa Dalam Percintaan?


Penghijrahan Mesut Ozil dari Real Madrid ke Arsenal bukan disebabkan dia kecewa dalam `mengejar’ cinta bekas ratu cantik Venezuela, Aida Yespica.

Aida Yespica

Sebaliknya kata Yespica, hubungannya dengan Ozil sudah dalam berlalu dan tidak ada kaitan dengan penghijrahan tersebut.

“Saya bertemu Mesut Ozil dua tahun lalu. Dia pernah datang ke Milan,’’ katanya yang kini menetap di Malibu bersama teman lelakinya yang juga pakar kewangan, Roger Jenkis.

Yespica memberitahu, selepas satu pertemuan di Madrid, mereka bertukar nombor telefon dan Ozli telah menghubunginya.

Ketika itu Ozli memberitahu bahawa di berada di Milan dan mahu bertemu dengan Yespica.

“Kami bertemu di sebuah kelab terkenal di Milan dan ia merupakan kelab yang menjadi tumpuan paparazzi.

“Hari ini saya tahu dia sudah bertunang,’’ katanya.

Yespica mengulas mengenai dakwaan surat khabar di Sepanyol yang melaporkan tuduhan pengerusi kelab Real Madrid, Florentino Perez bahawa Özil terlalu obses dengan Yespica hingga menyebabkan permainannya terjejas.

Ia juga menyebabkan Real Madrid terpaksa melepaskan Ozil kepada Arsenal dengan harga 42.5 juta pound (RM219.39 juta).

Tindakan itu menimbulkan tanda tanya terutama kepada bintang-bintang Real sendiri seperti Cristiano Ronaldo, yang mengakui amat kecewa kerana gandingan terbaiknya sudah hilang.

Dalam pada itu, bapa Ozil mahu menyaman Perez kerana membuat kenyataan bahawa anaknya itu obses dengan wanita.

“Ia jelas menunjukkan bahawa Perez bukan seorang lelaki mulia. Dia telah mendapat banyak wang, namun itu tidak menjadikan dia sebagai lelaki yang boleh dihormati,’’ katanya. -Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon