Monday, September 02, 2013

Operasi Besar-besaran Memburu Pendatang Tanpa Izin Bermula!


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dibabitkan dalam operasi besar-besaran menahan pendatang tanpa izin yang telah dilancarkan bermula semalam.

pendatang tanpa izin

Operasi bersepadu secara besar-besaran ini juga bertujuan supaya Jabatan Imigresen dapat melaksanakan operasi yang lebih efektif dan menyeluruh.

Ia bukan sahaja untuk mencari kesalahan berkaitan Akta Imigresen tetapi merangkumi kesalahan undang-undang di Malaysia. Selain kesalahan jenayah, antara masalah lain yang menjadi fokus Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah dadah dan Pati.

Antara lokasi gerakan operasi bersepadu bagi memburu Pati adalah pusat-pusat hiburan, kawasan perladangan dan perkilangan.

Menerusi Program Penyelesaian Menyeluruh Pati (Program 6P) yang dilaksanakan oleh KDN sebelum ini, seramai 1.3 juta Pati telah didaftarkan dan daripada jumlah itu, 500,000 Pati telah menjalani proses pemutihan serta 330,000 telah pulang ke negara asal mereka secara sukarela.

Sepanjang operasi (Ops) 6P yang dijalankan sejak 20 Oktober 2011 sehingga 18 Julai tahun ini, seramai 40,730 Pati telah ditangkap dan hampir 1,000 majikan telah ditahan untuk siasatan.

Daripada jumlah tersebut, 318 majikan telah didakwa dan 46 majikan telah dipenjarakan.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon