Thursday, September 19, 2013

Korea Selatan Aibkan Skuad Sepak Takraw Buat Kali Kedua!


Tidak cukup dengan kekalahan Siri Super 1 Istaf, 1 September lalu mendapat perhatian besar seluruh negara, skuad elit kali ini terus menanggung aib kekalahan kepada Korea Selatan dalam Kejohanan Dunia Piala Raja Thai Ke-28 di Udonthani, Thailand, semalam.


Setelah kalah 1-3 (15-17, 4-15, 15-12, 12-15) dalam acara beregu Kumpulan A Divisyen Perdana, Isnin lalu, mereka tersungkur lagi dalam antara regu juga pada peringkat itu, 12-15, 10-15, 15-12, 4-15 kepada lawan yang diakui kian jauh meningkat.

Semalam, Sahidan Md. Ali (Izurin Refin), Norshahruddin Mad Ghani dan Farhan Adam (Mohd. Syazreen Qamar Salehan) menerima tamparan hebat Korea Selatan itu yang menyusuli kegagalan beregu Mohd. Hanafiah Dolah-Amirul Zazwan Amir (Mohd. Azlan Alias).

Bezanya keputusan kali ini dengan Korea Selatan yang turut menghampakan Izurin, Norshahruddin dan Farhan 3-0 pada perlawanan akhir Siri Super di New Delhi ialah satu set yang sempat dicuri regu elit kita di Udonthani sebagai membuktikan ikhtiar dan semangat kebangkitan melawan mereka.

Malah, mereka bangkit menewaskan Jepun 3-0 dalam perlawanan berikutnya untuk menghidupkan peluang ke separuh akhir antara regu kemungkinan besar nanti sebagai naib juara Kumpulan A Divisyen Perdana.

Skuad elit turut menerima berita sedih semalam dengan kematian anak seorang pemain elit, Mohd. Muqlis Borhan yang baru lahir beberapa minggu lalu sehingga apit kiri itu terpaksa bergegas pulang ke tanah air daripada kejohanan di Udonthani.

Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail ketika dihubungi di sana, berkata: "Kami akur bahawa Korea Selatan sungguh bagus. Pemain turut sedar dengan kesilapan ini dan berjanji memperbaiki permainan mereka. Saya harap (peminat) berilah mereka sokongan."

Sumber: Utusan

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon